Selasa, 7 Mac 2017

Kenapa aku nak jadi blogger ?

 

Kenapa eh ? Selain dari suka membebel dengan menggunakan papan kekunci , aku sebenarnya bercita cita nak menjadi penulis novel ! Haaa.. tapi bukanlah novel serius.. nak buat novel komedi gitu.. Nak kasi orang tersenyum semasa membacanya. Secara tidak langsung , menghilangkan rasa sepi , bosan dia ketika itu. Tapi kalau boleh , aku tak nak la sekadar senyum.. biarlah ada infomasi yang berguna untuk dia.. dunia dan akhirat !

Aku mula menulis dengan menggunakan free web pada usia 20an. Dan ada peminat aku sendiri ketika tu tapi taklah semeriah sekarang ni sebab internet masa tu , fuhhhh.. macam kita pakai Proton Saga edisi pertama di zaman ni ! Haaa.. Cam tu la perbezaan kelajuannya.

Bila aku dah berjaya cipta nama , aku bercita cita nak bantu blogger blogger lain untuk naikkan nama mereka dan seterusnya menjana pendapatan melalui blog mereka sendiri dan Alhamdulillah.. tercapai !

Jangan kata Ben tak tolong blogger blogger baru yer.. Banyak dah tapi aku tak mampu lakukan lagi. Dah tak larat dah.. Terlalu banyak komitmen malah aku cuba hidupkan kembali segmen untuk membantu blogger baru tapi masa mencemburui aku.. aku kena berjaga malam untuk mencari idea bagi membalas jasa mereka yang menyertai segmen aku tu. Nasib baik tak ramai join.. kalau tak ?? Jenuh gak aku.

Ok.. Segmen aku semalam , Ben Ashaari Nak Korek Rahsia Media Sosial Aku disertai oleh beberapa blogger yang aku kira mereka ingin meluahkan pendapat mereka mengenai dunia media sosial terutamanya , blog !

Blogger Shiqeen Sattar yang juga merupakan Pegawai Polis di Buit Aman menjadi blogger atas sebab apa ??? Aku tanya dia jawab.. Dan jawapan dia ialah .. dia pun tak tauuu !! Haahahaha.. Pelik ? Tak gak.. Orang kata , tak kenal maka  tak cinta la kan ? Nasib baik dia dah kawin.. kalau belum , aku rasa boleh huru hara gak la dunia blog ni dengan kehadiran dia yang cukup mengancam ! Hahahaha. Jangan lupa baca jawapan jawapan dia yang lain !

Blogger Saidila Abdul Rahman lak aku kira dia dah jumpa hala tuju dia menjadi blogger ! Dulu dia memang blogger tapi dia main main je sehinggalah aku rasa dia join team #KBBA9 , dia nampak apa yang perlu dia lakukan.. Kenapa dia jadi blogger ? Jawapan dia ialah.. gi dapatkan sendiri ! Memang penuh emosi entri dia.. hahaha..

Blogger Bonde Zaidalifah menjadi blogger untuk kepuasan diri ! Ahaaa.. menarik ! Ada orang jadi blogger untuk beri kepuasan untuk orang lain ! Sapa itu , biarlah rahsia… hahaha. Jawapan dia panjang. Bagus untuk korang yang tengah boring tu.

Seterusnya ialah blogger MamaKembar3 , Syuhada Salleh , HaffizulIskandar dan Shark. Mereka memberi jawapan masing masing berdasarkan pada soalan yang aku berikan..

  • Kenapa anda jadi blogger ?

  • Dikatakan sekarang blog tidak lagi relevan dan akan pupus dari internet . Apa pendapat korang ?

  • Antara blog , Facebook dan Instagram , mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa ?

  • Blogger sering dikaitkan dengan ‘perwira papan kunci’. Bagaimana nak menafikan dakwaan ini ? Apakah yang perlu blogger buat ?

  • Apakah Facebook dan Instagram anda. Sila letakkan link. Kengkawan nak follow..

Soalan menarik kan ? Pasti tertanya tanya apakah jawapan mereka.. Klik je nama mereka tu dan bacalah dengan hati yang terbuka kerana setiap manusia ada pendapat tersendiri.. kan ?

Ok.. tu je la. Jangan lupa baca entri Blogger jer dapat iPhone 7 ? Mana aci !!

5 komen :

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

boleh wat buku dah,mana novel/cerpen bersiri dulu tu heeheeee

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Ben eja betul2... lain bunyinya tu ! Bukit aman la...

mas saari berkata... [Reply to comment]

Saya dulu pun syok² sendiri gak jadi blogger tapi sekarang untuk kepuasan diri, sebab dapat menulis dan berkongsi pendapat dan ilmu.

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

hi hi hi.... perkongsian yang baik suka baca pendapat dan pandangan orang lain :)

ZULHILMI TEMPOYAK berkata... [Reply to comment]

mencabar jadi blogger ni. heheeh

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI