Dah ada ‘geng’ shopping !

by - Isnin, September 21, 2015

 

Hahahaha.. Yesss ! Rezeki bergelar blogger ! 2 kad H&M bernilai RM500 setiap satu ! Bermakna ada RM1000 untuk dibelanjakan. Fuhhh.. mencapah wife aku ! Hehehehe.. termasuk aku.. dan juga Qhaliff.. Zahra pon ! Hehehehe..

Maka dengan pantasnyaa…  hari Sabtu ari tu , semua berpakat ke IOI Mall Putrajaya.. Shopping time ! Weeeee…

image 

Bila nampak H&M ni , teringat aku shopping di Paris tahun lepas.. Fuh , memang best betul rupanya bershopping ni.. Huhuh.. Dan kali ni aku bawak geng sendiri..

image

Sampai kat H&M , masing masing berpecah.. aku bawak Qhaliff ke seksyen lelaki manakala wife dan Zahra ke bahagian mereka..

Hurm.. Setiap kali aku test baju , Qhaliff pon nak gak.. Dia suruh aku letak kat belakang badan dia ..

“ Besar ? “ .

Hahahaha .. Pastu aku suruh dia pilih baju yang dia suka.. Berjalanlah dia ke sana sini dan mencari.. akhirnya dia jumpa ! Minions ! Huhuhuh… Dia panggil..

“ Nakkkk Bananaaa.. “ .

Tengok harga ? Ok.. amik terus .. Pastu dia pegang sendiri… Berjalan ikut aku lak.. cari baju aku lak ! Dia setia ikut.. Seronok rupanya !

Dan.. abis RM600 dalam tempoh sejam. Aku cuma dapat baju 3 pasang.. tak sampai RM100 pon ! Hahahaha.. selebihnya , korang tau la sapa punya kan ?

You May Also Like

8 comments