Doktor ini dah bagitau betapa hensemnya anak ini sejak dalam kandungan lagi !

by - Isnin, September 07, 2020

9 bulan wife buat pemeriksaan kandungan di Klinik Azalea , Putrajaya. Sebelum sebelum ini,  wife pergi ke klinik kerajaan je. Tapi kandungan ketiga ni ada sedikit masalah , maka untuk mudah , buat pemeriksaan di klinik swasta setiap minggu tapi klinik kerajaan tetap gak pergi. 

Kandungan ke 3 ni, wife dapat cuti panjang. Berbulan lamanya. Huhuh.. Tapi dia kena duduk berehat je di rumah. Tak boleh bergerak banyak sangat. Kesan pada kandungan. Sebab tu dia dapat cuti panjang.. huhu.... Tambah lagi dia ada rekod sebelum ni.. Hurm.

Masa scan 4D , Doktor Azalea ada sebut.. " Hensem budak ni... " . Aku tengok dia. Aku tengok monitor. Camana dia leh tau hensem ? Huhuhu.. Tak kisah la. Asalkan kandungan sihat dan sempurna anggota tubuh badannya dah bersyukur aku.

Dan hari berganti hari... rezeki Aariz dilahirkan di hospital Prince Court. Wife pun seronok aja di sini. Gitu gak aku. Kena masuk dan saksikan hari bersejarah itu. Huhuh... 

Berkat pengalaman 2 orang anak , segalanya diuruskan dengan baik. Aariz selamat dilahirkan. Dan membesar bagai johan. 



Dan sungguh aku tak sangka la... memang tepat kata kata Doktor Azalea. Dan aku masih cam.. Wow... Camana dia tau ???  Tapi masa scan tu , nampak la bentuk pipi dan dagu dia tu. Hahaha.. Dan yer.. masih aku ingat... Aariz suka cukup menendang masa dalam kandungan. Huhuhu... 

Alhamdulillah.. hari ni genaplah dia berusia 4 tahun... dan dia sangat cepat menangkap kata kata berbanding abang dan kakak dia. Dan dah pandai perli dah !! Dia bijak menyelamatkan diri kalau dia melakukan kesalahan. Cepat je mulut tuduh orang lain. Sel sel otak berhubung sungguh la... Tu sekarang aku tengah pikir mana nak hantar dia  sekolah nanti.. Huhuh..





Alhamdulillah.. dia penyeri di rumah ni. Abang dan kakak dia pun suka bermain dengan dia. Diorang pun masing masing beralah dengan dia ni. Huhuh.. walaupun dimulakan dengan pergaduhan. Heee... Si kecik yang mulakan dulu. Tapi aku selalu nasihat kat kakak dan abang ..

" Kalau daddy takda nanti.. abang ngan kakak la kena jaga dia. Takkan nak gaduh jugak masa tu ? Sekarang ni la abang dan kakak kena beralah dengan adik. Jaga adik elok elok bila daddy takda nanti.. tau ? "

Gitullah... Semoga anak anak ini membesar menjadi insan yang setia pada Allah dan berbakti pada  negaranya..

Selamat Hari Lahir , Muhammad Aariz Iman.

You May Also Like

4 comments

  1. doctor dah tau cara nak tgk monitor dia tu..kita je tak nampak.
    macam masa sy gi buat check up kat Dr. Hamid Arshat.. sy nampak monitor tu kecik, ada bintik2 itam putih mcm tv kita zaman dulu2, bukan yg mcm la ni ada color 3d, 4d bagai tu..ini oldskul punya. tapi Dr. Hamid nampak ada "bird" disitu. Allahhhh

    BalasPadam
  2. Amin... selamat hari lahir Aariz, smg membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh

    BalasPadam
  3. Happy birthday Aariz Iman... mcm gegirl jer... mst jambu ni bila dh besar nnt

    BalasPadam