Kira dah dapat dua dos suntikan tu, dah kira selamat la eh ?

by - Rabu, Jun 30, 2021

Kelmarin.. saluran paip atas rumah aku buat hal. Terpaksa panggil tukang paip untuk baiki. Dia datang rumah , petang hari. Aku pakai face mask KN95 dan face shield untuk bercakap dengan dia. Jarakkan juga ketika nak bercakap. Huhu.. Walaupun aku dah disuntik dengan vaksin ( baru satu dos ) , aku tetap berhati hati. Dan tukang paip tu pulak katanya dah dapat dua dos pun. Fuh, padu ! Hahaha.. 

Walaupun masing masing dah ada 'perlindungan diri' aku tetap nasihatkan dia memandangkan dia mencari rezeki dengan cara begitu. Jaga SOP ! Bukan apa.. dua tiga kali juga la face mask dia di dagu. Bukan apa.. walaupun kita dah ada vaksin , tapi di rumah kita tu.. masih belum dapat. Anak anak kita tu.. kena jaga juga. Memanglah kita balik rumah, mandi terus. Tapi jaga tetap jaga sehinggalah kita semua benar benar selamat.

Alhamdulillah.. hari berikutnya, dia datang kembali untuk selesaikan kerjanya dan ikut SOP yang disarankan. 



Aku nak keluar gi kedai depan umah pun dah pakai macam ni. Segan tu memang la segan bila tengok orang lain sekadar pakai face mask je. Hahaha.. Lantak la. Aku jaga diri aku dan keluarga aku je la. Diorang pun begitu juga. Cuma mungkin aku sedikit rasa 'takut'. Yelah, setiap hari di Facebook.. ada jer kes kes positif dan kehilangan nyawa. Nak nak lagi.. tak tau dari mana punca ! Hurm.. 

Tapi aku pelik la.. Aku dan rakyat yang lain , sedaya upaya patuhi SOP. Tapi kenapa segelintir orang orang 'ada nama'  ni , macam rileks jer. Macam virus ni cuma serang orang bawahan jer. Yang atasan , kaya raya ni.. terlindung ! Huhhh... Aduh.

Dah ada dua suntikan sekali pun.. patuhi la SOP yer. Kalau kita selamat , belum tentu orang lain tu selamat. Kena berhati hati juga. 
 

You May Also Like

2 comments

  1. Jiran PC nurse, kawan beliau pun alhamdulillah dah selamat dapat dua suntikan vaksin, dah patuh SOP sebaik-baiknya tapi atas kemahuan Allah selepas seminggu dapat suntikkan kedua disahkan positif covid. Suntikkan itu bonus dan salah satu cara untuk kita lindungi diri. Diri sendiri dan orang lain juga namun begitu ianya bukan satu tiket besar menjadikan kita atau sesiapa sahaja kebal virus. Tetap mesti berhati-hati, berjaga-jaga dan beringat.

    BalasPadam
  2. ye betul tu...still jaga sop sampai semua ni berakhir

    BalasPadam