Rahsia turunkan 'tekanan darah tinggi' !

by - Isnin, Jun 14, 2021

Sejujurnya aku antara insan insan yang risau nak ambil vaksin ni. Sebabnya aku golongan berisiko. Satu ketika dulu ( dalam awal 30an ) , aku pernah diiktiraf mempunyai hypertension. Ketika tu aku menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah dan bekerja di Kementerian Pelancongan. Memang wajib dalam seminggu tu, aku MC sehari. Huhuh.. Boss pun dah paham. Asal gi klinik , tekanan darah aku mesti dalam bacaan 190 ! Sampaikan doktor kata aku ni wajib naik ambulan dah. Senyum je la.

Puncanya ialah aku stress ! Tekanan kerja membuatkan aku tertekan. Gaya hidup pun tak sihat. Selalu lepak malam. Tidur lewat. Walaupun bersenam tapi penjagaan makan. ke laut dalam ! Hancur. Walaupun kelihatan kacak dan sihat tapi sakit kepala tu selalu la. Namun aku tak ambil sebarang ubat ubatan. 

Setiap kali tekanan darah aku naik, mak aku akan buatkan air rebusan daun betik. Selepas minum, aku akan berehat. Tidur. Dua tiga hari.. aku ok. Namun tak berani gi klinik. Nanti doktor cun tu marah. Eh.. teringat lak kat doktor tu. Kalau selalu pergi, mungkin boleh jatuh cinta. Hahaha... 

Selepas berkahwin , aku ada beli alat untuk periksa tekanan darah. Tapi aku jarang nak guna. Sampailah dia rosak. Hahaha..Asal check mesti tinggi. Aku syak alat tu dengki dengan aku. Aku dah jaga macam macam cara tapi tekanan masih tinggi. Nak ambil ubat, aku tak nak lagi. Aku yakin aku mampu turunkan tekanan darah ke paras normal.

Beberapa hari sebelum aku gi suntik vaksin , aku beli alat check tekanan darah lagi. Beli kat Lazada ni. Pilih yang memang jenis yang disyorkan punya. Mahal skit pun tak pe. Asalkan bacaan tu tepat dan benar. Hahaha.. 

Selang beberapa hari, sampai. Aku check heart rate dan tekanan darah. Alhamdulillah.. ok. Terkejut gak aku sebab dah di paras normal. Sakit kepala pun dah jarang sangat. Kalau tidak , mesti rajin sakit kepala punya. 

Bukan apa.. aku dah saksikan 2 orang sahabat aku meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi. Dalam usia yang sangat muda. mereka adalah mangsa kepada stress ! Berlaku pendarahan otak ketika mereka sedang beraktiviti. Koma seminggu dan akhirnya pergi buat selamanya.

Bagaimana akum turunkan tekanan darah tinggi aku ?

Aku tak nak la kata aku dah tak da tekanan darah tinggi tapi aku berjaya turunkan ke satu tahap yang sihat. Apa yang aku buat ialah tukar kerjaya. Kemudian aku kawal pemakanan aku terutama di dalam rumah. Segalaya bermula dari dalam rumah ! Aku minta wife masak, jangan bubuh garam ! Tiada rasa tak pe.. janji kenyang. Tiada gula dalam minuman. Jika ada kopi , teh ke.. guna je madu. Sesekali bubuh gula tu ok la. Kalau dah teringin nak manis. Jika beli makanan di luar, aku pilih kedai yang aku tahu masakan mereka juga dijaga. Haaa ! Gitulah. 

Kemudian.. seminggu sekali aku akan minum air rebusan asam keping. Yang ini penting ni ! Kalau korang punya tekanan darah tinggi , cepat cepat buat. Bubuh 4-5 keping dalam bekas air. Kemudian bubuh air suam panas.. Selepas suam, minumlah..  Lepas minum , pastikan rehat. Tidur dalam 2-3 jam.  Dan amalkanlah setiap malam sebelum tidur. 

Dan ini paling penting... senaman ! Nikmatilah kehidupan. Selepas subuh, udara sangat segar. Berjalan kaki setengah jam dah memadai. Macam aku, jika berkesempatan.. awal pagi atau selepas jam 9 pagi aku akan jalan selama sejam naik turun bukit. Kenapa jam 9 jadi pilihan ? Sebab aku nak dapatkan vitamin D dari matahari.  Boleh baca di artikal INI.

Yang ni , aku buat sebulan sekali. Kalau ada duit lebih.. aku buat. Apakah itu ? Buat jus detox. Sangat bagus yer. Berkesan untuk organ dalaman badan. Hehehe.. Jus detox ni bukan aku beli detox yang ada di pasaran tapi aku buat sendiri. Buah buahan terpilih jadi keutamaan. Kalau rajin, buat green jus pon padu ! Terasa awet muda. Boleh baca di artikal INI

Sebelah petang ,bersenam ringan ringan di luar rumah. Ajak anak anak bersama. Jangan abiskan masa dalam rumah walaupun kita diarahkan stay home. Bila di luar rumah, pastikan ikut SOP. Janganlah merayau. Takat depan rumah bermain dengan anak anak, ok la. Elakkan ada contact dengan orang luar buat masa ini. Nak elakkan dari ada rantaian. Terpaksa ! 

Pemantauan tekanan darah sebelum dan selepas mengambil vaksin Covid 19

Jika korang adalah golongan yang mengambil ubat ubatan untuk mengawal penyakit , dapatkan pemeriksaan doktor sebelum gi ambil vaksin. Jika benar benar sihat dan doktor kata ok.. baru gi cucuk. Jika tak sihat, mintak tukar tarikh. Jangan tak amik melainkan doktor tak benarkan. 

Begitu juga selepas ambil vaksin. Dalam masa 21 hari tu, kena pastikan kesihatan terurus. Jauhi gula atau ubat ubatan yang boleh merangsang pada kenaikan tekanan darah. Haaa ! Macam kes aku ni.. terasa perubahan pada kadar denyutan jantung. Dua hari terasa laju lain macam. Tapi Alhamdulillah, bila berlaku macam tu.. kita tenang. Tarik nafas dalam dalam.. Zikir.. Selawat.. Periksa tekanan darah dan ketika ni pentingnya smart watch yang aku baru beli ni. Periksa Heart Rate. Tinggi ke rendah. Di paras biasa atau luar biasa. Jika bacaan tinggi, segera ke hospital ! 







Begitulah adanya. Penyakit tekanan darah tinggi dan diabetis ni, semakin ramai dah dapat ! Muda muda lagi dah ada. Ditambah lagi dengan gaya hidup sekarang ni. Ramai yang 'kena' duduk rumah.. pastu makan makanan segera dan tengok tv atau gajet.. memang sangat bahaya la. Kena tahu... gula ni bukan saja pencetus pada diabetis tapi juga pada penyakit kanser ! Hati hatilah yer.. Enjoy makan tu boleh tapi kena ada had. Sesekali nikmati , terasa keenakkan. Hari hari nak rasa , tu tandanya anda dah mula bermasalah ! 

Apa pun pendapat aku.. sila rujuk pada doktor anda yer. Terutama yang ada gastrik tu, katanya masam masam ni tak sesuai. Haa , tanya doktor dulu yer. 

You May Also Like

3 comments