Murtabak Warisah Toah jadi pilihan sarapan pagi !

by - Selasa, Ogos 31, 2021

Pagi Merdeka ke 64.. Perancangan pagi ni, jalan jalan di tempat lapang yang bersih dan nyaman udaranya. Ada satu tempat yang menarik tapi bergantung pada masa. Jika lewat aku datang situ, mesti ramai dah orang berlari atau bawa anak anak bermain. Awal pagi tadi, hujan. Maka kena tunggu hujan reda , baru boleh keluar. 

Di situ.. ada beberapa orang berlari. Anak anak , aku suruh pakai face mask sebelum turun dari kereta. Diorang pun sendiri takut nak turun tanpa face mask. Dan di luar kereta, aku masih memerhatikan sekeliling. Apakah tempat ni sesuai untuk anak anak aku ? Tiba tiba ada seorang lelaki berlari berhampiran anak anak aku berdiri. Walhal dia boleh je jarakkan diri. Luas kot ? Kalau aku berlari atau brisk walk tempat ni, memang aku akan jauhkan diri dari orang lain. Takkan berada sebelah mahupun belakang orang ! Haish... 

Aku suruh anak anak naik kereta. Hidupkan enjin dan balik. Kita jalan jalan area taman perumahan aku je la. Aku bawak diorang keluar ni pun sebab diorang dah tepu sangat dalam rumah. Sejak PKPD Fasa 1 hari tu, diorang dah duduk di rumah terutama Zahra dan Aariz. Qhaliff pun baru je keluar ikut aku semalam. 

Walaupun di kawasan taman perumahan sendiri dan takda orang berlari pagi ni, aku tetap suruh anak anak pakai face mask ! Biar diorang belajar dan amalkan. 



Sebelum keluar tadi, aku dah pesan kat wife untuk panaskan Murtabak Warisan Toah. Lama betul tak makan murtabak. Kali terakhir makan , masa Ramadan yang lepas. Huhu.. Tu pun dapat yang sedapnya tak seberapa. Huhuh... 

Murtabak Warisan Toah ni , sejuk beku. Simpan dalam peti ais je. Bila nak makan , baru keluarkan dan panaskan jer. Pastu, kita makan di depan rumah.. seperti biasa ! Heee.. Murtabak dari Johor ni cukup tebal dan isinya padat. Makan begitu saja pun dah cukup. Tak perlu nak ada kuah bagai. Kalau jenis nak jaga badan tu , ok dah la begini. Tak berat sangat di pagi hari. Kalau rajin nak buat kuah cam kuah kari ayam tu, memang lagi padu la ! 

Selain murtabak ayam (cheese ) , murtabak daging ( cheese ) , roti canai pun ada dijual. Memang tak kedekut la isinya. 






Mana nak dapatkan Murtabak Warisan Toah ni ? Korang boleh beli atau bertanya lanjut di Mann Vosco.





You May Also Like

2 comments

  1. Mudah ni. Bila mewah isi rasa puas hati.

    BalasPadam
  2. Hidangan sempena Hari kemerdekaan ulang tahun ke 64 ..wah sedap tu ..anak2 pasti suka ..

    BalasPadam