Cuba letak menda ni dalam roti tu ! Perghh.. sedapnya tak terkata.

by - Ahad, September 12, 2021

Ketika aku ke Berkat Madinah sebelum Ramadan lepas, aku ada borong macam macam makanan kat situ. Sedap sedap belaka makanan yang diletakkan atas rak tu ! Hahaha.. Menyelerakan sama sekali. Bagi yang suka makanan Arab, mesti terliur punya.. Aku ? Huhuhu.. Ni pun dah rasa nak gi sana balik. Kasi borong stok. 

Tapi masalah aku ialah.. beli tu , memang dah beli tapi simpan dalam peti ais. Tunggu wife yang buatkan. Aku tak tau nak buat camana. Boleh ? Hahahaha... 

Nanti kena check buku Tips Masakan Yatie Kitchen. Kot kot ada yang sesuai digunakan dengan bahan bahan makanan yang ada dalam stor makanan rumah aku ni. Hahaha..


Setakat ni, wife aku letak dalam roti macam ni je la. Memang aku bedal semua. Huhu.. Nasib anak anak tak suka. Kalau suka, mau berebut gak la.. Hahaha.. Ha, baru terfikir.. ni kalau letak dalam Maggie , mesti padu punya. Huhuhu.. Aku dah la lama tak makan Maggie. Kalau padu, mau ketagihan lak aku semula. Huhuh.. 

Amacam..nampak menyelerakan tak bila letak olive ni ? Siap disumbat pepper tu..




Hari tu beli burger. Letak dalam burger. Oh mak aiiii ! Hahaha.. nasib baik beli dua bungkus burger special. Memang licin laaaa weh ! Patut la orang kata sedap menda ni. Harganya ? Mahal eh ? RM10 sebotol. 

Sesekali layan, ok la kot ? Aku pun bukan selalu sangat nak makan makanan gini. Bila teringat jer. Kalau wife tak hidangkan ari tu..memang aku terlupa walaupun dah beli. Aku dok bedal whey protein dan makanan berprotein aku je.. Huhuh.. nak lawan Norman Hakim katanya. Hahaha.. 



Bagi yang minat makanan Arab, boleh la gi tengok kat laman web dia. Atau kat Facebook dia pun ada gak diskaun diskaun terkini. Kalau nak lagi syok.. terus je ke premis diorang. Jangan lupa beli kebab yer ! Terbaekkkk ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Ya Allah..sedapnyya tu..anak-anak pasti suka. Alahmdulillah rezeki tak pernah habis

    BalasPadam