Kenapa aku tak kurus kurus walaupun dah diet dan bersenam ???

by - Selasa, November 09, 2021

Baru baru ni, aku terbaca satu artikal ringkas mengenai pembakaran kalori di Instagram. Owhh... barulah aku faham ! Hahahaha.. Selama ni main faham gitu gitu jer ! Akhirnya, barulah aku tau di mana salah aku selama ni. Hehehe.. 

Konsep mudah dia gini jer.. Korang pernah tengok keretapi yang guna arang batu tu ? Nah... bayangkan arang batu tu , makanan korang. Dan keretapi tu korang ! Manakala enjinnya pula organ dalaman ! Nah...cuba bayangkan... Apa jadi jika , keretapi tak bergerak. Enjin tak panas tapi kita sumbat arang batu di lubang pembakaran tu ?? Sumbat , sumbat dan sumbat ! Macam kita makan.. makan dan makan. Tapi tak bergerak. Duduk setempat... tengok tv jer ! Jika keretapi bergerak pun, sekejap sekejap.. pastu berhenti. Macam main komputer ! Berapa banyak tenaga digunakan ? 

Pembakaran kalori.. berlaku jika adanya pengerakkan yang melebihi Heart Rate tertentu.. tengok rajah di bawah. Bagi mereka yang gunakan jam fitness , mesti akan tahu punya. Maka sebab itu pentingnya ada jam heart rate ni. Dalam masa yang sama boleh monitor jantung kita untuk elakkan dari serangan jantung secara tiba tiba terutamaya ketika bersenam. 



Pembakaran kalori berlaku bila bacaan HR ( Heart Rate ) melebihi 120. Ketika tu, apa yang kita makan ( arang batu ) tadi,  mula terbakar dan menghasilkan tenaga. Contohnya, tadi makan roti canai. Kalori 400 jer. Air suam. Pastu bersenam... bakar 500 kalori ! Nah... ini bagus ! JANGAN BEGINI yer.. makan 400, tapi bakar 100 ! 300 tu simpan.. jadi LEMAK ! 

Faham ? 

Ni cara bahasa orang tak faham konsep pembakaran kalori secara bahasa pasarnya la yer. Hasil dari pembakaran kalori , akan keluar melalui pernafasan kita yakni Karbon Dioksida (70%) dan juga pembuangan sisa seperti kencing dan berak (30%) ! Heeee.. maaf. Serupa macam keretapi tadi.. dia keluarkan asap dan juga sisa arang. Kan kan ? Keretapi dah bergerak makin pantas sebab berlakunya pembakaran arang batu disamping enjin yang berfungsi dengan baik. Sebab itu organ dalaman kita juga perlu baik dan sihat ! 

Nah... lakukan apa saja aktiviti seperti brisk walk , jump rope , jogging, running, hiking , main bola sepak , badminton dan sebagainya.. asalkan ada pengerakan yang ENJOY ! Tu penting.. ada yang kata.. tu kemas rumah pun macam bersenam. Yer , betul... memang membakar kalori tapi korang stress ! Sambil kemas, membebel ! Nah.. tak bagus tu ! Kena rileks.. Sebab tu kena bersenam pagi hari.. nikmati udara segar dan kehijauan alam sekitar ! Barulah kita tak tertekan dengan kehidupan ni. Apa guna pakai jenama gempak gempak tapi kepala otak dok stress pikir itu ini ! Duit banyak tapi minda tak sihat ! 




Nah... dan ini satu lagi kesilapan kita ! Bila dah abis tenaga, kita perlu mengantikannya ! Sebab tu tak digalakkan bersenam waktu malam ! Bersenam tu bagus dah.. tapi apa yang kita amik untuk gantikan kalori yang hilang tu ? Tu pasal ada yang makan makanan berat ! Pastu.. balik rumah, tengok tv.. tidur ! Nahh... bahaya tu ! Makanan yang ada asid tinggi boleh bikin kita dapat penyakit ulu hati atau GERD ! Jika tak dijaga, boleh dapat kanser wooo ! Jangan main main yer. 

Aku ? Selepas workout , aku amik whey protein. Dan pilihan aku ialah MMX WHEY PROTEIN dan sekarang MMX ISOLEAN yang mana proteinnya lebih halus tapi tinggi proteinnya. Gula dan karbo tiada. Mudah dihadam selepas meminumnya. Pentingnya pengambilan whey protein ni adalah untuk recovery dan memastikan otot kekal sihat dan cantik. Gituu.. Kalau nak amik makanan natural pun ok cam.. ayam bakar , ikan bakar tapi pastikan cukuplah. Macam aku, aku tak nak la nampak kurus dan tak nak nampak besar sangat.. Memadai dengan usia aku ni. Kasi nampak smart je.. 

Dalam gambar di atas , makanan tambahan aku ambil ialah MMX Glutamine dan juga MMX  DEXE BRN-XR

Apa guna Glutamine tu ? Glutamine adalah sejenis asid amino yang biasa terdapat dalam otot anda – lebih 61% otot skeletal anda adalah Glutamine. Glutamine terdiri dari 19% nitrogen, menjadikannya sebagai pengangkutan utama nitrogen untuk sel otot anda. Ketika latihan berat, paras Glutamine dalam badan akan jatuh secara drastik, yang mana mengurangkan kekuatan, stamina dan proses baikpulih otot. Ia akan mengambil masa sehingga 6 hari untuk Glutamine kembali ke paras normal – dan Glutamine memainkan peranan penting dalam sintesis protein.

Manakala MMX DEXE BRN XR tu pula ialah fat burner. Bukanlah amik ni terus kurus. Tak tak.. dia membantu membuat pembakaran lemak lebih baik dan seterusnya membekalkan stamina dan juga tenaga tanpa perlu makan macam macam !  Ada yang takut nak amik sebab tekanan darah akan naik. Alhamdulillah.. kebanyakkan produk dari MMX ni , sesuai untuk aku. Yang penting, ikut sukatan yang dicadangkan. Jangan lebih lebih ! 

Alhamdulillah.. tekanan darah normal.

Sebab tu , selepas bersenam.. kita perlu berhati hati dengan pemgambilan makanan kita. Bukan main belasah je makan asalkan kembali bertenaga ! Sebab tu badan macam tu gak ! Terutamanya malam hari yang mana bila kita makan , kalori yang masuk akan jadi berganda ganda ! Contohnya.. roti canai yang 400 kali tu.. akan jadi 3 kali ganda ! Pergh... lu pk la sendiri ! Heee.. 



Dapatkan makanan tambahan berkualiti di https://nutritionpro.my/

You May Also Like

3 comments

  1. satu informasi yang sangat menarik..

    pastikan ada defisit kalori untuk slim kan begitu bro

    BalasPadam