Bila rumah KJ dirompak ..

by - Isnin, Julai 01, 2013

 

Terbaca di di Sinar Harian malam tadi .. Kesiannya. Nasib baik la keluaga beliau tiada di rumah dan beliau sendiri pon tiada.. Kalau ada , hurmm… Tak tau la nak kata apa ..

“ Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam. “

Sesungguhnya mmg sangat serius ! Bila rumah ahli keluarga dirompak , baru sedar langit sememangnya tinggi kan ? Kalau tak kena kat batang hidung , jauh sekali nak amik tau .. Kalau amik tau pon , hujung hujung jari je sentuhannya ..

Bab rompak , samun , rogol .. sememangnya sangat serius dalam negara kita ni .. Paling teruk samun bersenjata .. Haihhhhh.. makin selamba je diorang buat. Tak kira la sapa mangsa mereka sekarang ni ..

Antara punca berleluasanya jenayah ni ialah DADAH . Ada yang ingat amik dadah ni sekadar akan merosakkan diri sendiri padahal , pasti akan melibatkan orang lain !

Di Hmetro pulak melaporkan ..

Empat lelaki yang menaiki Proton Waja dilihat memanjat tembok rumah milik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara, kelmarin.

Difahamkan, kejadian berkenaan membabitkan kerugian RM25,000 itu berlaku beberapa jam selepas menteri berkenaan bersama isteri keluar dari rumah jam 5 petang.

Pembantu rumah menteri itu dikatakan tidak sengaja membiarkan pintu hadapan rumah terbuka ketika melakukan kerja dalam rumah.” .

 

Hurmmm ..

You May Also Like

6 comments

  1. Menakutkan! Kat mana2 jenayah senang ja berlaku wlaaupun tempat awam.

    BalasPadam
  2. bukan nk buruk sangka, tp btl ke x sengaja tu??huhu..

    ble org2 besar kne rompak riuh 1 mesia..

    BalasPadam
  3. tau takpe..baru sedar msia nie tak selamat sgt.huhuu..tp kt tv3 dan-dan keluar berita, "malaysia ranking ke 20 paling selamat didunia" pftt..

    BalasPadam
  4. x sesuai alasan tu.. tapi ye la.. manusia cepat lupa :)

    BalasPadam
  5. setuju.. kenapa la PM takut sgt nk jlnkn hukum hudud.. kalau hukum hudud dijalan kan kes cam ni akan berkurang..

    BalasPadam
  6. setuju.. kenapa la PM takut sangat nk jalankan hukum hudud.. kalau hukum hudud dijalankan kes camni akan berkurang

    BalasPadam