Kenapa aku beli Samsung Note 8.0 ?

by - Sabtu, Julai 13, 2013

 

Semalam gi Low Yatt utk beli gadget bagi memudahkan lagi kerja kerja aku .. Sasaran aku ialah Samsung Note 8.0 atau Sony Tablet Xperia Z .. Harga tak jauh beza pon .. Walhal Samsung bukanlah gadget pilihan aku sbb ramai sangat dah guna jenama ni .. Aku suka yang tak ramai guna tapi berkualiti .. heee.. (htc la tu .. )

Bila aku pegang Xperia Z ,  terasa nak sangat amik ..Tapi memikirkan apakah aku mudah mengusungnya ke hulu ke hilir dan melakukan kerja dengan lebih mudah rasanya Xperia Z ni lebih sesuai duduk dalam rumah atau tempat tempat tertentu je .. Lagi pon ianya lebih pada 'entertaintment' walaupun specnya cukup mengagumkan.. Perisian khas , tiada la pulak .. Aku tak tau la kot ada , mungkin terlepas pandang. Dah check tapi tak nampak .. hurmm.. Harga , RM1999 ..

Ok.. aku naik ke tingkat atas .. Minggu lepas , harga standard Note 8.0 ialah RM1599 dan minggu ni dah turun .. RM1500. Sewaktu di kedai tu , ada 2 lagi pilihan iaitu ASUS dan ACER .. Kedua duanya di bawah RM1000 . Spec mmg ok sangat.. Bila aku test Note 8.0 , ternyata ada beza dengan kedua dua tu walaupun Note 8.0 tak selancar ASUS dan ACER yang terbaru tu .

Antaranya kewujudan S Pen yang memudahkan aku untuk mengambil nota bila ada apa apa meeting atau perjumpaan. Perisian yang sedia ada di dalam Note 8.0 pon sangat cool ..

Aku pening kepala jap . Skang ni aku nak tengok 'berhibur' atau nak buat kerja ? Hurmmm .. Kalau nak berhibur atau bersosial , Htc One X aku tu saja dah cukup terbaik !

Alasan aku untuk beli gadget baru skang ni adalah untuk buat kerja ! Jadi , aku amik Note 8.0 .. Nekad .. Aku tanya penjual tu apa yang boleh dia offer pada aku . Ok , aku amik .. Bayar tunai dan balik .. Sony tu , bila ada duit lebih baru amik .. hahaha ..

Memula cuba pakai , terasa beza sangat dengan Htc yang aku dah setia lebih kurang 4 tahun .. huhuhu .. Nak cuba apa yang best sangat guna Samsung Note 8.0 memandangkan jiran aku yang bekerjaya profesional pon mengesyorkan Note ni ..

Kesimpulan .. Kualiti paparan gambar ( kamera ) tak secun Htc One bila aku up ke Instagram . Mungkin bukan paparan HD kot ? Tapi perisian nak buat kerja tu , mmg best ! Dan S Pen tu , mmg menyeronokkan ! Aku kembali menulis !!!

Kita takkan mungkin memiliki semua apa yang kita inginkan tapi sekurang kurangnya pastikan kita dapat apa yang kita mahukan ..

Tapi rasanya aku akan kembali guna HTC terutama HTC ONE dikatakan yang terbaik di kalangan smart phone yang ada skang ni ..

You May Also Like

10 comments

  1. wahhh memng nak beli nanti hehehe

    BalasPadam
  2. mmg berkenan sgt dgn Xperia Z.. mesti nak sony jgak.. tak biasa guna samsung.

    BalasPadam
  3. HTC one best ke? nak kena tgk review orang nie..

    BalasPadam
  4. Salah satu kelebihan kt semua hndphone @ smartphone samsung ni adalah di baterinya. Saya dah pakai 1 tahun lebih dh smartphone samsung. Bab bateri mmg tahan lama. Kalau guna sikit2x tu blh cecah seminggu jgak la baru hbis bateri dia.. skdr pndapat :D

    BalasPadam
  5. Share pengalaman jugak ye..

    Dayah pun pengguna setia htc dengan sony dan tak suka samsung sangat sbb tgk sumer org obses ngan samsung sbb taknak ter ikut dengan trend dayah kekal dengan htc dan sony. Bulan lepas bday suami dayah hadiahkan dia note 2 sbb kawan sekerja dia yg guna note 2 ada kata mudah sangat buat keje dengan note 2 tambah dengan s pen tu. Lepas suami dayah pakai dayah pun rajin belek pakai jugak utk update blog dan terus tukar pandangan terhadap produk samsung. Mmg best la.. berbaloi rasa beli.. :) err.. abg ben klu sungguh nak sony z tu bgtahu la tweet dayah yer sbb suami dayah keje sony selalu dua tahun sekali ada sale diskaun mmg kaw kaw la.. murah byk drpd harga luar. Tapi tu lah.. diskaun cam tu selalu setahun dua tiga kali selalu time cny . Aidilfitri . Krismas. Klu sungguh nak bgtau ye. Bila ada sales dayah tweet kat abg ben nanti.. :)

    BalasPadam
  6. wahhhhhhh~ bestnyerrrr....bila lew kitew dapat beli nie....

    BalasPadam
  7. HTC One + Note 8.0 perfect combo..sy target lepas raya In Shaa Allah nak grab! hehehe

    BalasPadam
  8. dah 2 minggu kite menung tak tau nak beli henset ape..haha..oh otak pening

    BalasPadam