Pantau penjualan produk agama Islam !

by - Jumaat, Julai 05, 2013

 

Semalam aku ke Low Yatt Plaza utk survey gadget idaman .. Mood spoil sebenarnya bila gi sana dengan telatah penjual yang macam meniaga di Petaling Street ! Cuma tak la segarang mereka di PS Butik tu.. Lama dah tak gi sana ..

Pusing pi pusing mai .. tercari cari mana satu yang best ! Harga semua sama jer .. Antara yang menjadi sasaran aku ialah Samsung Note 8.0 dan Sony tablet yang terkini .. Dua dua mmg anggun tapi sayangnya aku belum sampai hati nak ‘curang’ pada HTC .. Huhu . Htc tetap terbaik buatkuuu .. tapi saja nak rasa produk lain .. Baru leh nampak perbezaan dan keistimewaannya .

Ok .. sambung.. Dalam dok jalan jalan tu , ternampaklah seorang penjual gadget ni dok asyik pegang pen reader berwarna putih yang amat aku kenali sangat .. biasa dok tengok di Facebook .. Bila lalu depannya , terpampanglah kitab suci Al-Quran ! Astagfirullah Al’ azim .. Aku pandang je mereka .. Cepat cepat kawan dia perasan dan terus tegur yang sorang lagi tu yang dok asyik bermain dengan pen pembaca tu , dihalakan ke setiap baris ayat suci Al-Quran tu.. hurmm ..

Sapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini ? Dah sampai orang bukan Islam jual produk agama ni ? Hurm.. Jangan tanya aku camana aku kenal orang bukan Islam atau tidak .. Aku tau laa.. Nak cerita lelebih , jadi isu sensitif lak ..

Sebaiknya , penjualan secara terbuka begini perlulah ada pemantauan ..

You May Also Like

3 comments

  1. speechless...
    Kitab suci yang dah semakin tak dihormati...

    Mungkin tujuan dia nak jual pen digital tu cuma dia tak tahu cara dia tu tak disenangi orang islam dan dia tak tau atau tak nak ambik tahu....

    BalasPadam
  2. Itulah akibat bila terlalu canggih...

    BalasPadam
  3. Budaya setempat dan etika dalam berbisnis hendaknya menjadi pertimbangan dalam memasarkan sesuatu lebih-lebih produk seperti itu. Di tempat kami produk 'pen digital pemandu dan pembaca huruf kitab Al Quran' telah dijual di toko buku besar. Produk yang sangat membantu utamanya bagi instruktur dan anak-anak yang belajar di Taman Pendidikan Al Quran.

    BalasPadam