DirectD Gadget Mega Store | Gedung Gadget Anda !

by - Isnin, Mac 30, 2015

 

Baru aku tau.. Kalau tak aku , aku tak tahu langsung mengenai DirectD ni selepas aku post beberapa keping gambar di Facebook ! Bukan apa.. biasanya kalau nak cari telefon pintar atau aksesorinya , aku pasti terus turun ke Bukit Bintang.. Situ kan lokasi yang terkenal dari dulu lagi..

image image

Tapi kini segalanya dah berubah bila DirectD Gadget Mega Store telah membuka cawangannya yang terbesar di Malaysia , hari ni di Petaling Jaya ! Perghhhh… Besar tuuu !

Besar ! Luas ! Dan selesa untuk pelanggan berurusan di sini ! Dari nak beli telefon pintar hinggalah nak repair ! Segalanya ada di sini termasuklah pusat sehenti telco terpilih ! Perghhh.. Senang dan mudah !

Dan paling menarik , dikatakan beli kat telefon pintar di sini jauh lebih murah dari beli di Low Yatt Plaza ! Perghh.. Tergugat aku membacanya ! Huhuh..

DSC05423DSC05426DSC05427DSC05429DSC05430

Naik tingkat atas … Ternyata susun atur akan memudahkan pelanggan berurusan disini. Ini satu kemudahan yang mana bagi aku membuatkan pelanggan selesa bila berada disini.

DSC05432DSC05439DSC05433DSC05434DSC05440

Terletak di Lot 11, Jalan 51a/219, 46100, Petaling Jaya, Selangor ,ini akan mudah dilihat dari tepi lebuh raya Persekutuan ( Federal ) , dah boleh nampak gedung gadget yang terkemuka ni ! Pastinya ianya akan menjadi tumpuan ramai peminat peminat gadget setiap hari !

Ini adalah outlet yang ke 6 DirectD di Malaysia. Dibuka pada jam 9 pagi hingga 9 malam. Antara jenama telefon pintar yang ada dijual di sini ialah Acer , Apple , Asus , HTC , Honor , Huawei , Intel , Lenovo , LG , Meizu , Microsoft , Microsoft 365 , Samsung , Sony dan Xiomi selain dari pelbagai aksesori tambahan .

DSC05448DSC05449

Untuk sebarang pertanyaan atau nak tahu dengan lebih lanjut , sila kunjungi ..

Jangan lupa ajak aku kalau gi eh .. hehehe .. tak puas tengok telefon yang ada dalam ni .. Apa pendapat korang ?

You May Also Like

5 comments

  1. Oooooo menarik menarik!! (^-^) nak gi la mcm ni..x larat gak nk gi menongkah arus kalau ke Low yat! ★★★

    BalasPadam
  2. boleh terjah ni nanti...survey2 phone... :D

    BalasPadam
  3. Boleh la nak jalan jalan usha kat sana. Hee

    BalasPadam
  4. kena keje kuat lg...boleh pi sini beli hp baru...sometimes kena reward diri sendiri baru nampak hasil selama ini

    BalasPadam