Selasa, 28 Julai 2015

Punca penyakit kencing tikus dan petua kencing tikus !

 

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah.

Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bacteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.

Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih (“whitewater”) ] adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan boleh dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti.

Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut. – Wikipedia

 

Petua dari rakan di Facebook .. Aku tak pasti ianya mujarab atau tidak.Sekadar berkongsi info !

image

Wah.. alhamdulillah ! Kalau boleh elak , elakkan la yer .. Dan jangan jadi manusia yang kuat kencing juga yer.. hehehe …

Bila aku paparkan gambar wife di media sosial !

 

Pastinya akan tertanya..

Nape Ben blurkan gambar wife

image

Kalau aku tak buat gitu , akan timbul banyak isu.. dan yang paling tidak seronok ialah , wife dah hilang privacy dia terutama di pejabat ! Maka , biarlah aku dan anak anak aku je di media sosial. Diorang pon hanya akan sampai di usia 6 tahun jer pastu akan senyap terus dari dunia maya ini.. Hehehe.. Keselamatan yer !

Yang keduanya.. Aku tak nak la timbul isu yang mengarut dan merepek ! Korang paham paham je la kan dunia maya di Malaysia ni camana.. Kalau diorang tak dapat kita , diorang akan attack keluarga kita.. Nak kutuk , abis satu keluarga kena kutuk walhal  takde pon sangkut paut..

Maka sebaiknya.. aku elakkan selagi mampu.. Nak kata aku sorok tu , tipu la.. Mana mana rakan yang kenal aku pasti dah pernah bersua muka dengannya.. Orangnya biasa je tapi bagi aku , dia dah cukup cantik ! Yang penting , dia seorang ibu yang cukup penyayang bagi anak anak aku !

Persediaan ke Korea !

 

Tak sia sia aku ngorat bini aku , 8 tahun dulu.. Dan sememangnya aku bertuah dapat kenal dia. Aku tak teringat langsung yang aku perlukan beg travel ! Semalam ,di Alamanda.. dia ajak masuk ke House Of Leather.. Nak beli beg memandangkan beg yang ada , dah rosak ! Aiseyman.. tak teringat langsung !

Secara jujurnya , aku ‘melantik’ wife menjadi penolong peribadi aku. Aku tak mampu nak urus segalanya terutama melibatkan urusan ‘blog’ aku ni !

“ Bang , nak amik beg mana satu ? “.

Er.. mana mana je laaa.. Dan dia uruskan segalanya ! Hasilnya , nilah beg travel kami sekeluarga yang pertama !

image

Nampak macam Transformers kan ? Hahahaha .. Aku tauu.. aku pun fikir gitu gakk.. Takkan nak amik beg ni tapi setelah tengok dan bertanya segalanya , maka beg ni jadi pilihan berbanding yang lain ! Dengan harga RM800++ , maka kami miliki kedua dua beg ni ! Haaaa ! Tahan lasak , safety pon bagus.. Dan jaminan sepanjang hidup kami ! Lalalal.. tayar rosak , zip rosak , handle rosak.. leh hantar balik untuk repair ! Ok la kan ?

imageimageimageimage

Aku perlukan beg yang lebih kemas dan selamat selepas cermin mata Oakley aku dicuri ! Aku letak dalam beg.. Huhuhhu.. Silap sendiri laaa.. Masa tu memang dungu part travel ni..

Dan kali ni , aku nak shopping kat Korea ! Dulu kat Paris , aku tengok jer.. Huhuhuh..

Suratan atau kebetulan ?

 

Sebagai seorang yang ‘kais pagi makan petang , kais petang .. lom tentu dapat makan malam ‘ , pastinya aku jenis manusia yang wajib bekerja keras untuk mencari rezeki yang berkat dan halal setiap hari ! Aku takde gaji bulan dan pendapatan tetap !

Sebelum masuk 1 Syawal ari tu lagi aku memikirkan perancangan untuk bulan bulan mendatang. Risau kalau takde lagi jemputan untuk aku. Bila takde lagi jemputan , maka tiada lagi income untuk aku.. huk huk..

Alhamdulillah… aku masih ‘laku’ rupanya ! Huhuhuh.. Minggu lepas aku terima beberapa jemputan untuk menghadiri event event besar. Cuma tak menariknya , event tu jatuh pada hari yang sama tetapi berlainan masa ! Camana aku nak pergi dengan masa kehadiran berbeza cuma sejam dua ? Adehhh.. Pening kepala !

Semalam , selepas aku tenangkan diri.. aku perhatikan semula email dan jemputan yang aku terima melalui whatsapp .

Jemputan pertama..

image

Jemputan kedua ..

image

Fuhhhh…  Tu dia.. Jemputan Air Asia bermula 10 pagi manakala jemputan SONY , jam 12 tengahari ! Sempat la kan ?

Baru nak tarik nafas lega.. aku dapat whatsapp ! Ada satu  jemputan berbayar di Bangsar pulak ! Cukup untuk cover makan 2 minggu punya jemputan.. Huhuhhu… Rezeki rezeki..  Yang tu pulak dalam kul 2 petang ! Adehhh.. Memang kena pecut la kan ? Tapi sila berhati hati di jalan raya yer..

Baru nak tersenyum.. tiba-tiba aku terima satu whatsapp..

Abang Ben , kita punya meeting esok jadi yer ? “.

Haaaaa.. ada meeting ke ??? Alamakkkkkkkkk ! Camana aku terlupa pulak ni ??? Adoiiiiii…

Errr.. errrr..

Nasib baik aku dah kahwin !

 

 image

Artikal ni memang membuatkan aku tersenyum manja di tepi Qhaliff ! Hahahah.. Sambil memandang dia , aku berharap dia tak tertipu dengam mana mana anak gadis dalam instagram , di zamannya nanti ! Huhuhhuh..

Teringat aku di zaman Mircx.. zaman tu pun memang dah berlaku ‘penipuan’ part gambar ! Bila bagi gambar , tu diaaaa ! Perghhh.. terlentok lentok melihatnya.. bila jumpa dalam ‘temujanji buta ‘ , adehhh…. nyesal siut ! Berbezaaa !

Pernah seorang kawan aku bercerita.. dia jumpa satu awek ni setelah berkenalan di ruang maya selama beberapa hari. Seronok sakan ! Maklumlah , akhirnya ada orang nak kat dia .. Dan hari yang dijanjikan , dia pon gi jumpa awek cun dia tu.. Aku pon tumpang gembira la.. Ada jugak orang nak kat kawan aku ni ye.. Alhamdulillah. Malam tu aku tanya dia , camana dating ? Dan dia jawab..

“ Ko tau , Sal.. Aku menyorok sebab nak skodeng dulu. Sekali dia datang kat tempat tu. Aku tengok pastu aku tepuk dahi.. Aduhhh.. Dia pakai mekap ke dia pakai tepung kat muka dia ? Aku buat tak tau la.. Dia datang tegur aku.. aku tak mengaku ! Aku kata aku tunggu orang lain.. Pastu aku blah.. “.

Aku punya ketawa.. Tu diaaa… Nasib ko la kawan.. Hahahaha..

Dan nampaknya di zaman ni lagi dasat. Dengan kehadiran pelbagai aplikasi mengcunkan gambar , aku tak nafikan mana mana si bujang mampu tergoda melihatnya.. di mana mana laman sosial ! Perghh.. nasib korang laaa.. aku kawin dah ! Hahahaha ..

Contoh eh.. contoh ! Dengan sedikit ubahsuai , gambar mamat di bawah ni dah mampu buat anak dara meleleh air liur melihatnya ! Haaaaaa…

image image

Bila jumpa in person ? Haaaa.. Apakah seperti ini ?? ? Apakah ???? Hanya mereka yang berpengalaman saja mampu menjawabnya ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI