Bagaimana nak miliki rumah pertama anda ( Dengan kerjasama Mega 3 Housing ) ?


Aku dah berusia 40 tahun. Terlewatkah aku untuk memiliki rumah ? Tak terlewat pon kalau kita bercita cita nak punya rumah sendiri. Hanya perlu tahu bagaimana caranya je .. kan kan ? Cam aku dulu , aku tak tau apaa apa pun.. Sangat rugi. Korang , untung laa.. ada orang dah sanggup berkongsi tips dan cara bagaimana nak miliki rumah pertama dan seterusnya.. haaa…
Penting sangat ke ada rumah sendiri ni ? Hurm… ramai masih belum sedar betapa pentingnya ada rumah sendiri. Tak semestinya , rumah sendiri tu untuk persediaan nak berkawin tetapi untuk masa depan sebenarnya. Bila dah ada pekerjaan tetap dan berkemampuan , sila simpan cita cita untuk punya rumah sendiri.
Bukan apa.. aku dah rasa dah… Dan ramai kenalan di Facebook aku pun dah mula mencari rumah tetapi persoalannya , di manakah yang sesuai terutama nak hampir dengan kemudahan awam seperti masjid , taman reakrasi dan sebagainya..
Di dalam artikal PENYEDIAAN SEBELUM MEMBELI RUMAH ada bagitau bagaimana korang perlu buat.Tips yang dikongsikan sangat menarik dan mudah untuk diikuti..
clip_image001
clip_image002
clip_image003
Ok.. dah dapat tips kan ? Skang ni , mesti tertanya, layakkah anda untuk membuat pinjaman perumahan ??? Sila rujuk JADUAL KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN dan juga Kalkulator Pinjaman Perumahan Mampu Milik ini .
Haaa.. amacam ? Dah faham ? Dah ada keyakinan ? Haa… Moga perkongsian ni boleh membantu korang dalam mengapai impian korang , miliki rumah pertama ! Serius best bila duduk dalam rumah sendiri …
Hehehe.. tips-tips yang aku bagi ni dari MEGA3 HOUSING SDN BHD. Jutaan terima kasih diucapkan atas perkongsian yang diberikan.. Moga bermanfaat untuk kita semua terutama mereka yang tercari cari rumah pertama..
image

28 ulasan:

  1. Yup.. Mulakan perancangan daripada sekarang. Umur muda ni banyak kelebihan kalau nak buat loan rumah. Tenure panjang. Bayaran bulanan lebih rendah

    BalasPadam
  2. tengah kumpul duit gak ni untuk rumah idaman.. rumah sekarang makin mahal,, tips2 kat atas tu semua membantu. Tq beben.

    BalasPadam
  3. Tips yang bagus abg ben untuk orang muda cam saya ni.. Leh rujuk nanti.. Tenkiuu.

    BalasPadam
  4. masalah budak muda utamakan kereta mewah dulu baru rumah...,

    asas nk beli rumah iaitu menyimpan pun dorg tak mulakan

    BalasPadam
  5. nice tips.. ttiba x sabar nak duduk rumah sndr..

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang baik Ben..Kak Sue pun plan nak beli rumah gak nie..

    BalasPadam
  7. Tq for sharing aben... info yang bermanfaat ni.

    BalasPadam
  8. betul..seronok ada rumah sendiri..saya & hasben pun beli rumah pertama masa tahun ke2 kitaorang kahwin..tapi sekarang tengah plan nak jual semula sebab dah tak duk rumah tu..huhu..kira bagus jugak rumah ni, boleh dijadikan pelaburan..

    BalasPadam
  9. sangat setuju dgn tips ni. saya dl pun mmg ikat perut simpan duit. segala duit simpanan habis beli rumah. skrg misi kumpul balik simpanan.

    BalasPadam
  10. anak-anak muda skang lebih suka bergaya dari menyimpan untuk beli rumah. padahal rumah prtama adalah aset. tq atas info

    BalasPadam
  11. Info yang bagus bermanfaat..!!
    Memang masa umur muda seharusnya beli rumah dulu.
    Alhamdulillah dah punya rumah. Sedang dalam perancangan untuk rumah² seterusnya...
    InsyaAllah

    BalasPadam
  12. Memang tengah ushar tips pmbelian rumah ni. Sikit sikit ada jugak mcm kat atas tu. Tp .. ye laa kan. Mmg kena istiqomah. Ikat perut sikit je. Alan2 boleh diet. Hehe.makin lama rumah ni makin mahal. Jadi kena ikat perut lebih

    BalasPadam
  13. ya Allah moga2 dapatla duduk rumah sendiri nanti aminnnnnnnnn

    dya mohamad

    BalasPadam
  14. impian nak beli rumah sendiri tu memang ada sejak dulu, tapi komitmen dan keperluan keluarga agak membataskan niat tu buat masa ni hehhe ... takpe, kita kira dulu berapa boleh lulus :D

    BalasPadam
  15. Bagus sangat tip ni, harap adik2 yg baru bekerja dapat gunakan info ni sebaik mungkin

    BalasPadam
  16. terima kasih abg ben kongsikan info yang sangat berguna. teringin nak beli umah lagi untuk aset pulak.

    BalasPadam
  17. Thanks bagi tips ni aben, teringin nak ada rumah sendiri.... Doakan ye...

    BalasPadam
  18. Bagus info ni... Dulu saya beli rumah pakai duit kwsp pun tak cukup lagi.. Ada tambahan beberapa ribu kena topup untuk bayar 10% rumah tu... Memang kena menabung dari awal...

    BalasPadam
  19. Tq for sharing, buleh dijadikan panduan!

    BalasPadam
  20. Tip yang sangat berguna tuk org muda mcm saya. Terima kasih. Menyimpan sikit-sikit, lama-lama dapat satu rumah. Amin

    BalasPadam
  21. hmmm..sgt betul..dulu2 takde orang nak kongsikan tips kewangan mcm skrg ni..

    BalasPadam
  22. Good tips. Yup paling paling pun pasang niat dulu & mengumpul skit skit.

    BalasPadam
  23. Tips yang sangat bagus! Terima kasih, Abang Ben. :)
    Memang tengah plan nak beli rumah ni. Doakan ye. :)

    BalasPadam
  24. Nice sharing aben , sesuai untuk kami kami yang bakal beli umah sendiri =)

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah SA pun dah ada rumah sendiri..thanks for info sharing

    BalasPadam
  26. Fida pun buat mcm tips yg abg ben share tu..cuma tu la..godaan dunia ni byk sgt..bila kita himpun...ada la benda yg nak rosak...terpaksa guna jugak duit tu..tapi target fida umur 30 memang nak beli sebijik umah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009