BEN ASHAARI dan EN. MIMPI !

by - Ahad, April 05, 2015

 

Tergaru kepala aku sekejap semalam.. Aku selalu dengar nama dia tapi tak pernah pulak amik tau sapa penyanyi lagu tu. Maklumlah, penyanyi di Malaysia ni tumbuh macam cendawan selepas hujan..

Semalam di Hijabey2015 , aku ternampak dia. Pada awalnya aku ingatkan … hmm ..tapi bila aku nampak ramai dok amik gambar dengan dia , terus aku teringat kata kata seorang rakan blogger di group..

“En.Mimpi ada nanti.. “.

Owhh…. dia la kot ?? Terus aku snap gambar dia sekeping dan post di Facebook.. Ternyata benar la tu dia ! Teruja abis awek awek nak gi Hijabey untuk berselfie dengan dia.. Hahahaa..

Aku sempat layan dua lagu dia dia untuk mengetahui lagu apakah yang membuatkan dia popular.. Dan , ok…. aku tahu lagu tu ! Memang aku pun layan lagu ni .. hahahaah.. Maaf la yer , bukan salah saya sebab tak kenal tauuu ..

Hari ni , aku ke sana lagi untuk cover perasmian Hijabey2015. Dan kali ni berpeluang untuk berbual panjang dengan En.Mimpi memandangkan belum ramai pengunjung..

Dan , rupanya En.Mimpi ni adalah blogger juga ! Adehhh.. Bila dia kata dia dah lama follow blog aku , aku jadi terkedu.. Adeh , sapa dia ni sebenarnya ??? Hurmmm…

Menurutnya dia dah jadi blogger pada tahun 2008 ketika belajar di Jepun dulu. Kira satu batch dengan aku malah pernah jumpa dan berbual dengan aku ..

Aku makin terkedu.. Sapa la pulak dia ni !! Grrrr… Hahahaa.. Buntu ! Terus tukar topik .. Ajak join KelaB Blogger Ben AShaari memandangkan dia juga blogger !

Dan… dan… dia nak ! Haahahhaa… Dia berminat nak join setiap event yang Kelab Blogger Ben AShaari anjurkan.. Ni baru blogger sejati kan ? Walaupun dah jadi artis , blog jangan lupakan kerana blog adalah medium untuk promote apa jua bisnis atau peluang pendapatan yang kita ada ! Apatah lagi bila ada nama , kan ? Amik contoh .. Hanis Zalikha.. kan kan ?

image

Hurmm… Sapa dia eh ?? Adeh.. Misteri benar nehhh..misteri ! Misteriii wehhh !!

Tak kisah la… nanti aku pasti akan ingat balik.. Yang penting , aku dah bagitau kat peminat En.Mimpi yang aku dan dia , sama sama blogger dan tak de makna aku nak anti En.Mimpi ! Tu laa.. Baca caption tak betul betul , dah salah sangka ! Huhhhh..

Kalau jadi En.Mimpi join Kelab Blogger Ben Ashaari , mimpi awek blogger dalam #kelabbloggerbenashaari jadi kenyataan ! Hahaha..

Thanks bro !

You May Also Like

5 comments