Heliza Helmi : Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria

by - Isnin, April 13, 2015

 

Kali terakhir aku bekerjasama dengan dia , Ramadhan tahun lepas tapi tu pun tak sempat bertentang mata. Sebelum tu , ada gak.. Projek Vlog yang diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan.. pastu berkubur saja projek tu.. sayang sungguh !

Semalam , aku kembali berpeluang bertentang mata dengan gadis yang cukup bersemangat waja ini.. Sayangnya , dia tak perasan kehadiran aku.. Hahaha.. walhal aku di depan dia ketika dia berucap dan membuat persembahan. Ternyata dia menjaga matanya.. Alhamdulillah.

image

Apa yang aku perasan ialah dia sangat matang sekarang ni. Cara dia berkomunikasi dengan tetamu yang hadir dan setiap butiran yang keluar dari mulutnya adalah pengalaman hidupnya. Bukan sekadar omong kosong ! Satu perubahan yang menakjubkan , yang aku rasa berpunca dari PALESTIN dan SYRIA !

Semalam juga menyaksikan gadis anggun ini merasmikan buku yang bertajuk Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria. Buku ini ditulis oleh dia sendiri dan Roziyah Mahamad.

imageimageimage

Sebelum tu , dia berkongsi sebuah kisah yang menyayat hati mengenai mengenai pelarian Syria yang membuatkan tetamu hampir mengalirkan air mata.. termasuk berjaya mengusik hati kecik aku dan melonjakkan semangat aku untuk turut ‘ berjuang  ‘ dengannya membantu Syria dan Palestin !

Ternyata perlantikannya sebagai Duta Aman Palestin amat tepat sekali ! Dia memang layak untuk jawatan itu ! Tahniah buat Heliza dan teruskan perjuangan anda !

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku tu , bolehlah menempahnya secara online di Tempahan Buku Diari Seorang Mujahidah ini.

Sebelum balik semalam , aku sempat menegur sapa dan ajak bergambar beramai ramai dengan team #kelabbloggerbenashaari yang telah dilantik sebagai Blogger Aman Palestin. Tu nanti aku cerita lain eh..

Boleh dia cakap aku baru sampai ke ? Huwaaaaa… Walhal aku kat sebelah dia dari awal majlis .. Mesti aku kacak benar hingga dia segan nak tengok kan ? Hahaha.. Gurau je Ija..

imageimage

Aku nampak gemuk ? Ok.. tu isu lain..

You May Also Like

5 comments