Apakah harga barang semakin mahal? - BEN ASHAARI

Selasa, 5 November 2019

Apakah harga barang semakin mahal?

Wife ajak makan malam di luar. Dia balik lewat sebab banyak kerja. Lepas hantar Qhaliff ke kelas tambahan, terus ke restoran pilihan wife. Aku pun suka restoran tu juga selepas pergi buat pertama kali. Saja nak support memandangkan restoran sebelum ni dah tutup dek kerana takda orang?? Makanan sedap tapi kerap tutup. Tak tau sebab apa lak. 

Di restoran baru ni, aku perasan satu jer .. Char keow teow dia.. Sedap ! Kuah dia pun memang power tapi serius . Keow teow dia sikit sgt. Leh kira berapa kali suap dah abis! Apakah memang begitu ?? 

Untuk yang ada telur, harga ialah RM7.50. Aku berkali harga di menu supaya tak tersalah tengok. Takut jadi fitnah lak. Rabun pun satu hal. 

Makanan lain, aku takda hal. Semua sedap. Cuma char keow teow tu jer. Nak tambah lagi, risau lambat. Tengok pelanggan lain yang baru sampai pun menunggu agak lama. Dan takda masalah pun bagi aku cuma aku mengejar masa je utk setiap malam Selasa. 





Aku nak tanya kat diorang sebenarnya  Apakah memang macam tu kuantiti keow teow  atau harga barang mahal dan terpaksa kurangkan kuantiti untuk elakkan harga lebih mahal ? 

Tapi rasa macam tak patut lak . Hahaha.. Redha je la. Aku bukan complen tapi sekadar nak tau . Apakah sebab harga barang atau memang makanan sekarang ni dah mahal ? Atau sewa kedai mahal ? Nak kata nak cepat kaya tu, aku rasa tuduhan melampau lak. Aku masih berfikiran positif. 

Apa pun.. Makanan kat kedai ni memang sedap belaka ! Itu aku tak boleh nafikan. Layanan staff pun bagus. Oh ya..ada sudut permainan utk kanak kanak juga. Bagus ! 

9 ulasan:

  1. Assalam Tuan, berkali2 juga baca ni tapi tak nampak nampak nama kedai..nak juga try, nampak cam sedap.

    BalasPadam
  2. hrga barang mahal mungkin disebabkan faktor seperti sewa kedai..ibarat ayam dan telur sapa yg keluar dulu...tp kesannya mmg kepada pengguna..

    BalasPadam
  3. memang ckt loni sikit berapa urat jer kue teow depa boh..suami saya selalu order 2 pingan baru puas makan

    BalasPadam
  4. Ada kedai makan..kuantiti semakin sedikit tapi harga naik ketara.Ada juga kuantiti dan harga tetap sama..seimbang tak berubah.Tapi kebanyakkannya kuantiti kurang harga bertambah.

    BalasPadam
  5. This is the suitable blog for anybody who needs to seek out out about this topic. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...

    BalasPadam
  6. Harga barang banyak yang dah turun tapi peniaga yang degil nak kaut untung lebih. Contoh macam kedai mamak di Sri Gombak jual roti canai sekeping $1.50 padahal tepung dah turung harga. Ini semua sikap peniaga kapitalis

    BalasPadam
  7. Masakan sedap tapi kuantiti sikit , memang akan buat kita rasa tak puas bila makan. Bersangka baik : bayar gaji pekerja dah mahal kot.

    BalasPadam
  8. Last Monday, ai pergi makan nasi ayam dekat kedai biasa ai pergi. Sekali harga dah naik sampai rm10.50. Makan lebih rm10 untuk nasi ayam sahaja. T-T

    BalasPadam
  9. Alaaa sikitnya kueyteow dia. Huhuhuhu klau skit camni kurang tang harga blh tahan lagi. Ni harga sama kuantiti tak patut laaa. Tapi napak sodapppp

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.