Betulkan urat leher dan pinggang di iREHAB - BEN ASHAARI

Khamis, 7 November 2019

Betulkan urat leher dan pinggang di iREHAB

10 tahun blogging. Hari hari mengadap laptop. Nak lebih tepat lagi , sejak usia 22 tahun lagi dah mengadap menda alah ni ! Hari hari.. siang dan malam ! Tambah lagi dengan workout di gym. Dan hasilnya ? Hehehe... sakit leher dan bahagian belakang badan ! Yer , aku tahan sejak dulu lagi. Sesekali mintak wife urutkan atau terpaksa gi buat urut satu badan. 

Bila tidur, memang akan tidak puas ! Jauh sekali nak dapat selesa. Hurmm... Apakah puncanya ? Macam aku kata tadi.. banyak sebenarnya tapi yang pasti , aku tak tau ! Huhuh.. 

Sekali lagi aku ke iREHAB untuk buat treatment. Kenapa aku kembali ? Dua minggu lepas aku dah datang dan buat pemeriksaan. Yer , aku ada masalah pada bahagian kaki terutamanya yang mana membuatkan keseluruhan badan aku 'bermasalah' ! Nak solat pon susah. Masalah yang ada ketika tu ialah hamstring. Perghh... sakit wooo ! 

Tapi.. selepas buat fisio ari tu , sakit situ hilang dah ! Dan aku mencari pasal lagi ! Aku workout giler giler kat gym. Kesannya ? Hehehe.. pinggang , leher dan belikat aku sakit. Maka , aku kembali lagi ke iREHAB untuk membuat fisio. 

Best ke ? 

Sejujurnya aku cakap.. masa buat tu , memang terasa sakit la jugak. Kalau kita ada masalah, memang akan terkesan sungguh. Tapi serius aku kata.. syok sakit tu ! Sebab memberi kesan pada kita. Dan 2-3 hari selepas tu, tadaaa.. ok ! Ahaaa... ok tu tak bermakna dah pulih yer ! Kena datang lagi dan buat fisio sehingga kaki aku terutamanya , kuat kembali. 






2 jam buat fisio di iREHAB , banyak perkara yang aku tahu. Pertama , masalah dengan leher aku. Jika tidak dirawati , mungkin akan lebih teruk ! Kesannya ? Aku jadi panas baran , mudah angin dan tidak dapat rehat dengan sempurna. Sakit yang lebih teruk akan datang kemudian hari ! 

Kedua... kesimbangan diri yang berpunca dari kaki kiri yang tidak kuat. Punca dari main bola sewaktu remaja dulu. Kena kuatkan semula dengan latihan latihan yang diajar ! Ketiga , masalah urat urat di bahagian tangan dek kerana banyak pegang telefon pintar dan juga laptop. Kalau dibiarkan , hurmm.... 

Korang yang ada masalah cam aku , terutmaanya yang ligat bersukan dan juga bekerja dengan gajet tu.. jangan biarkan teruk baru nak rawat ! Kesan dan ubati. Kalau dah teruk , hurm... nak solat guna kerusi ke ? 

Oh ya... kalau korang ada kenalan yang punya kesihatan seperti strok , lumpuh akibat kemalangan , disyorkan buat fisio di sini. Jangan risau aih.. milik bumiputera 100 peratus ! 



3 ulasan:

  1. Alamak...macam nak kena buat rawatan juga ni. Rasanya banyak urat-urat yang memerlukan urutan pembetulan. Semoga Ben kembali sihat semula.

    BalasPadam
  2. salam tuan.. sekali rawatan berapa ya depa caj?

    qesryn

    BalasPadam
  3. Sesekali kena la pegi buat rawatan ak tahu setakat mana keadaan diri kita. Menaruk gak ni blh try nanti. T1 ben share pasal ni.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.