Mencari semangat baru untuk berbisnes ? Dapatkan IBRAH SIRAH untuk BISNES !

by - Isnin, Julai 06, 2020

Selepas PKP ni , ramai yang patah semangat untuk berniaga. Kalau ada yang berminat pun , mesti fobia atau cuak untuk memulakan dari bawah semula. Pelbagai alasan dan sebab mengapa mereka terpaksa 'bungkus' ! Tapi masih ada yang berminat untuk mulakan semula cuma tak jumpa cara atau partner yang betul...kan ? 

Ok.. tak pe.. Orang kata , kalau nak dapatkan semangat baru ni kena rajin membaca. Yeke ? Ye atau tidak , kita sendiri yang tentukan. Cuma persoalannya , nak baca buku apa ? Kan ? Ada banyak buku mengenai bisnes di luar sana tu. Tapi mana yang bagus ? Sebenarnya.. bukan yang bagus kita cari tapi yang sesuai dengan kita. Sesuai tu bermaksud yang boleh kita serap dan amalkan ! Nah.. aku kasi sebuah buku yang sesuai sangat ! Malah penulis sendiri bermula dari bawah setelah berjaya diperingkat awal ! Kira ni jatuh bangun penulis sendiri la.. 

Buku yang aku maksudkan ini ialah IBRAH SIRAH untuk BISNES (Adaptasi Teladan Nabi Muhammad S.A.W Dalam Bisnes Kini ) . Penulis buku ini ialah Abu Ammar Al-Mahmudi . Nama sebenar , Abdul Hadi bin Abdul Raman. Kelahiran  negeri Kedah , dan berkecimpung dalam dunia pengurusan umrah dan haji sejah berumur 19 tahun lagi.  Pengalaman selama 15 tahun dalam bidang tersebut membuatkan beliau berminat untuk berkongsi segala pengalaman pahit manis di dalam buku ini. Selain berkongsi pengalaman, beliau menurunkan tips tips yang berlandaskan sirah Rasulullah s.a.w untuk berniaga.



Buku ini mengandungi 4 bahagian yang dipecahkan hingga 21 bab. Apa yang menarik minat aku mengenai buku ini ialah penyampaian yang bersahaja tapi cukup tajam dan kena pada point point utama ! Maksud aku , ianya bukan sekadar beri nota pada kita tapi bersandarkan pada apa yang Rasulullah s.a.w telah lakukan. 

Beberapa keratan yang yang aku ambil. Oh ya, buku ini ada 284 muka surat yang padat dengan ilmu yang terdiri dari Tauhid, Akhlak , Kepimpinan dan Pengurusan. Oh ya..dan siap ada penanda buku bagi mudahkan korang bila membaca dan berhenti , serta beberapa keping muka surat ruangan untuk menulis nota. Bagus, kan ?

Kulit buku pun tebal. Berkualiti wooo!!







Buku ini dikarang dengan baik. Ringkas. Tak serabut dek mata ketika membacanya. Dan paling best , bekas Mufti Wilayah Persekutuan , Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohammad Al Bakri dan Tun Daim Zainuddin, dah mengulas mengenai buku yang berharga cuma RM60 ni jer ( pada tarikh publish post ini ). Boleh dapatkan secara online yer..

Untuk pertanyaan , info lebih lanjut serta pembelian , korang boleh rujuk di SINI. Klik je. Tak yah sebut nama aku untuk beli. Hahahaha.. Gurau gurau.. Sebut Bismillah sebelum klik tu..

Semoga bermanfaat. Dah kaya , jangan lupa buat buku tau.. Kongsi pengalaman korang lak. Nak suruh aku ceritakan pon boleh.. hehehe... Terbaik ! Jangan lupa bayar zakat pendapatan bila dah masyuk ! 

You May Also Like

10 comments

  1. Bagus ni. Baru , sedang dan lama dalam perniagaan. Terima kasih sharing.

    BalasPadam
  2. Menarik ni. Betul, kalau naikkan semangat balik kena rajin cari ilmu dan rajin membaca

    BalasPadam
  3. Menarik ni. Betul, kalau naikkan semangat balik kena rajin cari ilmu dan rajin membaca

    BalasPadam
  4. Lengkap apa yang ditulis sini andai ada yg terfikir utk tnya.. Good book.

    BalasPadam
  5. Isi yang baik. Boleh jadi pemangkin semangat untuk terus berniaga

    BalasPadam
  6. Buku yang hebat dari penulis yang hebat! Bagusnya apa yang diterapkan... Bukan jer orang bisnes jer patut baca dan tuntut ilmu ni 👍👍

    BalasPadam
  7. Sedekali baca buku macam ni boleh naikkan semnagat

    BalasPadam
  8. ya UN dah ada buku ni...suka sangta..kena atas batang hidung sendiri hehehe

    BalasPadam
  9. Tengah baca buku ni gak. Suka cara penulisan yang tak terlalu berat nak hadam.

    BalasPadam