Mana lesih sesuai ? Pomade , wax atau gel pada rambut ?

by - Jumaat, September 11, 2020

Aku dah guna macam macam jenis seperti yang tertera di tajuk tu. Ada yang sesuai ada yang tidak. Pernah juga jumpa tukang gunting rambut yang menasihati aku jangan guna clay atau pomade ni. Rambut leh gugur. Hurmm..  Yeke ? Aku percaya. Heee.. Korang ? 

Gel camana pulak ? Dulu gel memang feveret aku la. Tapi cicak boleh mati tercucuk jika jatuh atas rabut aku yang pacak pacak tu ! Hahahaha.. Memang style pacak tu , zaman aku remaja dulu la.. Bukan punk rock tauu.. Tapi nak menegakkan rambut je.. Hehehe.. 

Bila dah dewasa ni.. eceh.. tak nak sebut tua tau ! Masih muda lagi yer.. aku memilih wax atau pomade cuma bila gi gym tu.. terpaksa kerap lap peluh di dahi untuk elak masuk mata. Kalau masuk mata , pedih la gak.. Huhuh.. 

Dan sekarang , aku lebih suka guna wax Swag ni. Satu , dahi tak berminyak bila berpeluh. Ini masalah ketara aku bila rambut diletakkan bahan bahan styling hair ni. Swag ni tak perlu letak banyak. Sedikit pun dah memadai. Aku turut gunakan pada rambut Qhaliff untuk ke sekolah. Hehe.. Kasi nampak lebih kemas dan kacak. 








SwaG tu aku beli kat Tesco jer. Harga boleh tahan gak la. Hehehe.. Tapi dek kerana nak nampak kacak dan bergaya di mata isteri.. ecece.. maka aku beli ajer la.. Kena pandai pandai jimat la gitu.. Pakai skit pun dah ok. Secalit aja.. hee..

Rambut dah tumbuh dengan gemilangnya. Tak nak botak dah. Hahaha.. Terseksa nak kasi tumbuh balik. Faktor usia dan juga pemakanan. Hee.. kena amik banyak telur dan juga aku guna LESPETTUA RAWATAN RAMBUT . 

You May Also Like

2 comments