Pok Him Tukang Urut Labok Machang, Kelantan.

by - Isnin, September 14, 2020

Kisahnya gini.. Bapak mertua aku tergelincir kat tandas. Bahunya terkehel. Esoknya , pekerja dia bawak dia gi jumpa pakcik ni la.. kat Labok. Katanya sohor la area sana. Dan menariknya, tak sampai 5 minit pun dia buat. Dia tarik tangan dan pulas jer. Selesai ! Eh ?? 

Aku macam tak percaya la.. Tapi sebab aku biasa tengok perubatan Tit Tar oleh Dato Eric Leong tu kat FB , maka aku percaya la. Lagi pun aku pernah buat gak chiropratic. Maka percaya la gaya perubatan ala ala Wong Fei Hong ni.. Banyak tengok citer kungfu la aku ni. Hehehehe.. 

Dan aku pernah buat gak fisioterapi. Konsep sama tapi PokHim ni fokus pada urat. Tu yang menarik tu.. Maka aku pun ke sana petang semalam. Bersama wife dan mak mertua. Wife masalah kaki terseliuh. Mak mertua dengan masalah lutut disebabkan terkehel masa menolak kerusi roda kawannya ketika mengerjakan haji bertahun tahun dahulu. Sakitnya hingga sekarang. 

Nak ke sini , aku menghala ke Labok , Machang. Kalau korang nak ke sini , aku rasa korang boleh waze ke Masjid Haji Noh Mukim Labok. Kat gambar bawah ni , ada nampak lorong bertentangan masjid. Lorong tu jalan masuk ke rumahnya. 


Agak ke dalam sedikit rumahnya. Kalau nampak rumah merah ni, korang boleh berhenti. Rumah Pok Him ni di sebelah rumah merah tu. Yang warna hijau tu.. Haaa tu la rumahnya.



Setibanya aku kat situ , ada satu pasangan berusia sedang berubat. Aku tunggu jap la. Rasanya orang luar gak sebab bila isterinya berbual ngan mak mertua aku tu, memang tak keras la bunyi Kelantan. Nasib baik tak panjang pun beratur. Maksud aku tu , tak perlu nak tunggu lama. 

Aku baru nak duduk , dah giliran aku. Terus aku mengadap dia. Dia pandang aku. Aku cakap la sakit kaki. Hahahah.. Dia suruh sua kaki ke dia. Aku cakap la sakit lutut. Dia suruh aku lunjur dia dua kaki aku. Pastu dia amik minyak dan calit ke hujung kaki. Dan membaca apa tah.. aku tak jelas dengar. 

Kemudian dia tunjuk kat mana sakit aku tu. Aku cam.. " Woww.. betul laa ! ". Memang sakit aku kat situ. Setiap kali solat , lepas bangun dari duduk antara dua sujud , terasa la urat menarik kat situ. Tegang sangat kat situ. 

Dia suruh wife aku pegang peha. Dia nak pulas kaki aku ! Erkk... Ngeri jap aku. Tak sempat aku nak menjerit , dia kata dah.. Mak mertua aku kata ada dengar bunyi letup. Seolah olah dia dah masuk ke tempat asal. Aku tak terasa apa pun.. 

Dia kata dah selesai ! Aku cam.. What ???? Aku tak puashati. Aku cakap bahu aku sakit . Dia kata cuba angkat bahu tu. Aku pun angkat.. Dia tanya aku.. " Sakit lagi tak ? " . Aku jawab tak. Memang tak la..  Aku bagitau dia lengan kanan aku sakit. Kat siku. Dia pegang jari aku. Dia tunjuk kat mana sakit. Pastu dia tekan kat situ.. Siap ! Aik ???? Biar benar ? Tu je ???? Punya la aku sakit selama ni , dia uruskan tak sampai 5 minit pun. 

Kemudian wife aku lak. Wife tak nak. Dia ni penakut benar bab sakit ni. Pelik tul aku. Ngan aku berani dia. Tapi ngan sakit gitu , takut ! Huhhh... Aku paksa dia buat gak. Dan pun hulur kaki. Pok Him tu pegang tapak kaki dia. Sentuh hujung jari jer. Pastu dia tunjuk kat mana sakitnya. Memang betul la.. Terus dia tekan kat situ. Melambung laaaa bini aku ! Hahahaha.. 

Siap ! Tak sempat keluar air mata pun dia. Selesai dah. Dia pun cam tak percaya. Hahahaha.. Giliran mak mertua aku. Dia tak nak sebab segan. Hehee.. Tapi sakit lututnya sangat menghantuinya. Buat la jugak . Kes dia macam aku. Kena pegang dan tarik. Dah , 3 orang selesai ! Nak datang jauh tapi sekejap je selesai. Dia tak mengurut pun.. Huhuh.. 

Upah ? Seikhlas hati.  Pastu dia cerita pasal pengalaman dia mengubat orang termasuklah orang yang pernah jatuh dari pokok kelapa. Doktor dah sampai tahap nak buat operation masukkan besi tapi dia selesaikan dalam masa 2 minit jer.. Huhuh.. Dia cerita la.. 

 



Dan dia kasi tips la bab urat urat ni. Alhamdulillah.. Memang bengkak kat lutut aku tu surut dah. Tak sakit. Balik tu terus gi gym. Power lain macam lak tangan aku.. Hahahaa.. 


Di gym.. aku borak la ngan coach gym tu. Aku cerita pasal aku gi mengubat kat situ. Aku sebut nama dia. Diorang kenal la.. Diorang cakap , kalau ngan orang kampung dia tu , kekadang tak menjadi. Tapi orang luar biasanya menjadi. Aku cam.. Hurm..  Dia tanya aku , ok tak ? Aku kata ok je ni. Tapi bukan 100% sembuh seperti sedia kala. Cuma ada beza sebelum berubat tu la.. Kalau aku berehat mungkin ok lagi kot. Aku gatal nak gi gym.. heeee... 

Kata diorang.. budak budak gym tu kalau sakit urat , diorang gi kat Ketereh. Kat sana ada tukang urut sohor gak. Tak mengurut tapi main urat gak. Macam Pok Him tapi cara beza skit. Dia tarik urat kita tu. Haa.. Katanya memang melambung la gak orang tapi sembuh. Sekejap je berubat. Menarik ! Mungkin aku leh cuba gak kalau sakit lagi.. Cuma katanya , kat situ ramai la.. beratur orang. Huhuh.. 



Pok Nik Ketereh ni , korang boleh jumpa alamat dan lokasinya bila korang Google. Guna je keyword ' Pok Nik Tukang Urut Ketereh ' . Mak mertua aku kata Pok Nik ni , bekas tentera.



Haa, korang boleh cuba dua dua ni la.. Aku tak kata diorang mampu sembuhkan. Tapi korang boleh ikhtiar. Mana tau rezeki korang kan ?

No tel Pok Him : 019 902 1412 ( call. Tiada Whatsapp yer )

Aku tanya wife tadi... Camana kaki ? Dia jawab apa tau ? "Tah... ni tak sakit dah pun. " . 2 minggu dia sakit.. sekali tekan ok ????

You May Also Like

9 comments

  1. apapun minta doa dan yakin dengan perubatan yang kita buat. InsyAllah dengan izin Allah lega.

    BalasPadam
  2. wah .. ingat dkt sini masa ben share aritu... kat KB denu... huk aloh .. jauh

    BalasPadam
  3. Nampaknya suami saya pun bolehlah berurut dengan Pok Nik ni... maklumlah, semakin meningkat usia ni, sengal sana, sakit sini... yang paling saya tertarik yang part boleh search kat Google tu... power lah... bukan calang-calang ni... bukan kaleng-kaleng gitu... hehehehe...

    BalasPadam
  4. Jauh.. Kalau dekat boleh gak join 'melambung' tu hehe

    BalasPadam
  5. Macam best je dgr.. Tarik2 siap.. Ehhehe..

    BalasPadam
  6. huish..sampai melambung tu.. tak berani lah nk pergi..hehe

    BalasPadam
  7. Betul ada orang terer bab ni...ralit tgk video

    BalasPadam
  8. alhamdulillah👍🏻lega je bunyinya hehe

    BalasPadam