Setengah jam guna benda ni , serupa 2 jam jalan kaki di Putrajaya !

by - Khamis, September 10, 2020

Minggu ni , aku bersenam ringan ringan je di gym dan rumah. Tak nak usik besi langsung. Nak rehatkan otot otot setelah berbulan lamanya bekerja keras. Huhu.. Bukan nak sado tapi nak turunkan berat badan nak juga lean kan sedikit otot.. takda la nampak berlemak ! 

Oh ya.. makan pun minggu ni kurang jaga sedikit tapi masih dalam ketegasan. Maksud aku ialah , bila teringin nak makan roti canai.. aku makan je la ! Hahaha.. Tapi bila aku makan roti canai, confirm dua keping. Gulp... Berapa kalori roti canai ? Sekeping tanpa kuah dal , 300+ kalori ! Bila ada kuah , 400+ kal ! Camana nak bakar ??? Hahahaha.. 

Maka... inilah cara aku. Nasib baik dah mula kumpul alat alat gym sejak awal kawin. Hehehe... Maka tak susah la untuk aku dan anak anak nanti. Kena jaga je la jangan kasi rosak. Sebab tu aku selang seli je ke gym. Kat rumah punya guna seminggu 2-3 kali jer.. 

Kalau korang suka membakar kalori tinggi tinggi dalam masa singkat , memang sesuai sangat beli cardiohiit trainer ni. Berbaloi ! Tengok la berapa dia bakar dalam masa setengah jam. Tu pun aku tukar tukar level resistance dia. Memang boleh mengeletar la kaki macam panjat bukit kalau tak biasa.. Huhuh.. 

Setiap pagi dan malam , buat setengah jam je cukup. Bakar sedikit kalori dan baki simpan untuk kegunaan harian. Hahaha.. seperti menjemur kain dan amik antar anak gi sekolah. Selebihnya , kemas rumah selepas Aariz sepahkan. 


Bagi mereka yang follow aku di Instagram , mesti tau akan rutin hujung minggu. Akan berjalan jalan dengan anak anak di Putrajaya selama sejam lebih atau 2 jam. Dan bila aku tengok kalori yang terbakar , tak sebanyak aku guna Proform Cardiohiit Trainer ni selama setengah jam. Kalau korang layan movie sambil guna menda alah ni, setiap hari korang buat .. selama seminggu mesti gempak kesannya. Huhuh.. 





Ok... Apa nak buat bila dah bakar banyak kalori ? Nak kena recover balik kan ? Dah tu nak recover caamana ? Sebab tu ada yang kita tengok , mereka yang berbasikal , berlari atau gi gym.. masih lagi boroi ! Apasal ? Sebab tak jaga pemakanan. Kononnya nak fit walhal tak jaga makan. Lepas bersenam, gi lepak kedai mamak atau fast food.. layan kaw kaw makan. Kononnya nak recover energy. Hurmm.. Salah konsep tu ! 

Cari la produk suppliment kalau malas nak masak makanan. Nak recovery ni tak susah. Nak kena tau apa nak kena masuk perut pada waktu tu.. kalau malam camana ? Kalau pagi camana ? Kalau petang camana ? Haa.. kalau betul cara, memang cun la badan awak tu. 



Bila badan kita lean , maka boleh la nampak slim tapi kekar sedikit. Tak da la kurus kering jer. Tak cun gitu. Apa pun , terpulang pada pendirian masing masing. Kalau korang selesa gitu, ok je . Kalau rasa nak nampak bertenaga , bersemangat dan jitu.. eceh.. kena belajar part asas pemakanan bila bersenam ni.. 

Tepuk dada , tanya selera. Sesekali makan sedap , nikmat..

You May Also Like

3 comments

  1. Juju pun suka bersenam di gym bawah rumah tu ben, peralatan dia simple je tp bila nampak dumble punya set kat gym tu teringat kt ben hahahahhaha

    BalasPadam