Tayar tak lurus bila parking kereta boleh merosakkan kereta ke ?

by - Jumaat, September 11, 2020

Aku post gambar ni semalam. Kemudian ada rakan Fb yang jenis memerhati segalanya di dalam gambar , meninggalkan komen yang aku dah jangka ! Hahahaha.. Ternyata dia je yang komen gitu. Wife banyak kali dah tegur part ni tapi aku tak endahkan. Hahaha... Malas nak hidupkan kereta dan betulkan.

Akhirnya.. aku mengalah dan amik tahu. Ikutkan aku , aku malas nak tulis bab ni sebab nanti wife aku akan cakap..

" Orang luar tegur , baru nak dengar... " 

Perkara biasa kan ? Hahaha.. Diorang pun suka dengar cakap orang luar berbanding suami sendiri kannn... Lalalaaaa.. 





Semalam , balik dari gym.. aku parking tayar senget gak. Kemudian, aku betulkan selepas aku confirm yang tayar kereta dalam keduduk senget ketika parking , boleh memendekkan usia kereta tu. Dari mana aku tau ? Rajin rajin la google.. Hehehe.. 

Ok.. aku citer dalam bahasa simple yer. Bukan teknikal punya cerita tau.. 

" Stereng kuasa hidraulik menggunakan minyak atau bendalir berasaskan minyak untuk memberi tekanan pada rak kemudi (steering rack). Tekanan ini akan membantu memudahkan tangan pemandu memusingkan stereng yang akan menggerakkan tayar. 

Jadi, apabila tayar dihalakan ke sesuatu arah, tekanan minyak stereng kuasa akan terkumpul pada bahagian sama. Sebaik enjin kereta dimatikan, minyak itu akan terus tertumpu pada arah berkenaan dan tekanannya masih ada.

Dalam jangka masa panjang akibat parkir tanpa meluruskan stereng, ini akan menjejaskan garisan minyak dan getah kedap minyak hingga menyebabkan kebocoran. Seandainya ada berlaku kebocoran minyak, ini akan menyebabkan stereng kereta itu menjadi lebih berat untuk dikemudi.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang jika menggunakan kereta yang dibeli dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik (EPS). " 

Sumber : Gempak.com

Hehehe... yang dah amalkan , baguslah yer.. Yang perangai macam aku ni , ayuh kita ubah ! 

You May Also Like

8 comments

  1. Cik TK pun bila parking tayar tak lurus, ayah tegur suruh luruskan..

    BalasPadam
  2. ooo baru tahu! TQ abg ben. Jemput join my GA http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    BalasPadam
  3. Selalu parking luruskan tayar, cuma kadang2 ingatkn lurus tapi tak lurus jadi malas nak hdupkan enjin balik. Hihi

    BalasPadam
  4. Betul tu, kalau tayar kereta dijaga dgn baik, usia panjang.

    BalasPadam
  5. ehh baru tahu . tp mmg suka parking tayar lurus. en. husbandlah selalu biarkan senget2.. kena sampai kan ni ilmu baru hehe

    BalasPadam
  6. Baru tahu sebabnya..cuma memamng husband dok pesan kena luruskan tayar bila nak parking.

    BalasPadam
  7. Kalau tengok gambar tu bezza mmg pakai eps. So abaikan bebelan wife tu

    BalasPadam