Kenapa perut boleh buncit ????

by - Selasa, November 02, 2021


Pergghhh.. dia punya naik , memang tak leh dibawak berbincang sama sekali ! Hahaha... Terkejut gak aku. Puas aku fikirkan kat mana salah aku ?? Er... banyak gak la. Hahaha.. Memang minggu lepas , diet pemakanan aku tak terjaga. Saja je tak dijaga. Nak enjoy makan sesekali. Sesekali.. kononnya ! 

Aku kembali ingati detik detik pemakanan yang aku lalui minggu lepas. Nasi air atau bubur memang jadi menu utama. Aku ingatkan tak beri kesan pada badan aku rupa-rupanya itulah punca kepada membulatnya perut aku itu ! Huhhh.. 

Kenapa ?? Faktor air yang banyak membikinkan perut jadi kembung. Bukan sebab lemak tepu mahupun pelbagai lagi bahan bahan terlarang yang memasuki perut aku lalu membentuk lemak lemak yang berlevel profesional ! 

Dan ditambah lagi.. dah beberapa hari aku tak brisk walk di pagi hari dek kerana tumit melecet ! Kalau di usia yang muda satu ketika dulu, aku redah gak la walaupun melecet. Tapi bila dah masuk usia usia kematangan manusia ni , aku tak berani nak main main dengan luka ! Risau ada diabetis tanpa diduga memandangkan arwah ayah aku ada penyakit tu. 

Menurut fakta dari HelloDoktor , " Kencing manis dikategorikan sebagai penyakit yang boleh diwarisi. 

Namun, ia tidak bermakna bahawa anda pasti akan mendapat kencing manis sekiranya ibu atau bapa anda mempunyai penyakit ini. 

Anda hanya mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat diabetes keturunan disebabkan faktor genetik keluarga. ". 


Maka aku perlulah berhati hati ! Kang ada yang kena potong kaki. Jangan main main yer bab ni. Tunggu sehari dua lagi , baru boleh kembali berjalan kaki di pagi hari. Rindu awek awek di jalanan tu nak selisih dengan aku.. cenggitu ! Harap wife  aku tak baca part ni. 

Nah... itulah puncanya kekembungan pada perut aku itu. Maka minggu ni dan minggu depan , aku kena jaga pemakanan. Ada trip travel bersama Ben & Nash Adventure Travel Sdn Bhd. Nak travel bersama aku ? Hahaa... Jomm... banyak projek ni. SOP sangat dititik beratkan yer. 

InshaAllah... minggu ni aku kembali uruskan badan aku ni. Bukan nak tayang badan ke apa... tapi bila badan aku kembali naik , automatik akan menganggu kitaran ekosistem dunia. Haaa.. bila ekosistem dunia terganggu , tekanan darah aku akan naik semula. Bila dah naik... hurm.. paham paham je la ! Aku risau Aariz dapat adik je nanti.. di usia gini ! Haaa ! Cenggitu alasan aku. 


Selain jaga makan.. aku kena amik  MMX Amino Shredd bagi membantu meningkatkan lagi metabolisma badan supaya pembakaran lemak lebih cepat berlaku. Bila dah ok , hati pun dah kembali senang dan tenang. Gituuuu ! Oh ya... alhamdulillah, MMX Amino Shredd ni tak ganggu tekanan darah aku. Dah dua bulan aku amik. Dua minggu lepas je aku tak amik sebab dah abis ! Hehee.. Baru nak beli semula. Bacak kisah MMX Amino Shredd juga di BERSENAM DAH TAPI PAYAH BETUL NAK HILANG LEMAK ! GUNA JE MMX AMINO SHRED NI ! 

Sejujurnya.. boroi aku ni disebabkan dua perkara je... satu , ketika nak amik gambar ni , aku dok tahan sakit perut. Tu membulat jer ! Kedua.. air banyak sebab seminggu tu aku suka makan sup ayam dan sup sayur.. Recovery tenaga gitu. Bagus woo ! Tapi berlemak kat perut tu memang ada la. Bukan senang nak kasi lean yer ! Disiplin bab makan tu penting ! Tak larat nak ikut woiii ! Lain la aku terpilih nak berlakon untuk filem di Turki. Fuh, awek Turki cun cun. 

Ok.. Sekian ! 

Notis Pemberitahuan : Bukan salah isteri masak sedap yer tapi salah tak kawal nafsu pemakanan. 




You May Also Like

4 comments

  1. Kita pun tengah berusaha juga nak kurus. Membulat sakan dah ni.Hu3.

    BalasPadam
  2. Still 60 ke atas, naik sikit praggg!! boleh rasa berat melangkah...teruskan usaha dieat secara sihat ya

    BalasPadam
  3. Terasa kita.. Mmg suka sgt makan mee Sup, mihun sup abgai

    BalasPadam
  4. usaha yang konsisten untuk kempiskan perut...bukan mudah tetapi pasti boleh

    BalasPadam