Azam saya di tahun 2022 !

by - Selasa, Disember 28, 2021

Azam popular ! Nak turunkan berat badan dan jaga kesihatan. Bagus ! Azam nak turunkan berat badan ni tak susah pun. Yang susah ialah kekalkan ! Pergh.. bukan senang wooo. Sangat mencabar terutamanya bila ada anasir anasir luar yang mengoda untuk merosakkan semangat kita tu, kan ? Hahahaha.. 

Takpe.. 

Tak susah pun sebenarnya kalau korang nak turunkan berat badan dan dapatkan bentuk badan idaman ni. Cuma korang perlu konsisten , disiplin dan sedikit modal. Paling utama ialah jaga pemakanan. Bab ni ramai gagal. Katanya tak pe.. nanti boleh cover balik la dengan senaman.

Nasihat aku buat mereka yang baru nak bermula.. 



Mulakan dari bawah ! Jangan gelojoh nak nampak hasilnya. Bila bersenam , ikut kemampuan diri. Perlahan lahan kayuh kata orang. Bukan apaa... aku risau nanti ada yang tombang masa bersenam ! Banyak kali dah aku tengok. Malah aku sendiri pun pernah beberapa kali putus nafas ketika bersenam. Nasib baik aku sedar diri cepat dan tau apa nak kena buat. 

Kalau nak turun berat badan , bersenam bukanlah keutamaan. Tapi pemakanan ! Selepas tu barulah bersenam. Part ni ramai yang silap. Beria bersenam bagai.. gi hiking la.. berbasikal berpuluh KM pastu bila nak recovery, dia bedal macam macam makanan ! Pastu balik rumah.. tidur ! Adeh.. naya Pak Karim. 

Bagi mereka yang nak jaga badan pasni.. boleh dapatkan tips tips dari internet. Kalau susah, cari coach. Ada banyak je kelas kelas jaga badan ni. Oh ya.. jangan amik jalan singkat yer seperti operation gitu. Melainkan jika dah dinasihati oleh pakar kesihatan. Tapi selepas tu pun kena bersenam juga. 

Ingat.. kesihatan kita sangatlah mahal harganya. Bila bersenam, ikut kemampuan dan juga berhati hati. Tak perlu nak berlumba bagai. Nak tunjuk sapa lagi bagus atau sapa lagi power ! Memadailah dengan kita sihat... luar dan dalam. 

You May Also Like

5 comments

  1. nice sharing..betul tu..slow2 je..nak cepat2 nak g mana..hehe

    BalasPadam
  2. Saye pon ade rencane nak rajin olahraga mulai tahun ini, cuma rase masih berat nak melakukannye. Secara badan masih dalam kondisi bobot normal, tapi rase stamina udah drop ndak cem dulu.

    BalasPadam
  3. Ada tips atau cara diet kusus ya biar badan bisa seperti itu..

    BalasPadam