Giliran Fazley Yaakob terkeluar. Ala, tahu dah !

by - Isnin, Disember 13, 2021

 


Mungkin dia setuju untuk sertai Gegar Vaganza kali ni nak tunjukkan pada anak dia yang dia adalah penyanyi. Bukan nak menang sangat pun. Gitulah perasaan seorang ayah. Macam anak perempuan aku la.. tiba tiba nak tengok orang main bola sepak kat stadium. Bila aku kata aku dulu pun pemain bola sepak.. siap pernah wakil sana sini , dia cam.. WHAT ?? Tak cayalah , katanya. Geram pulak nak buktikan kat diorang. Tapi tu la.. Hahahaha.. 

Gegar Vaganza musim 8 dah masuk minggu ke 4.  Peserta perempuan mula menunjukkan belang. Dan aku rasa Top 3 memang perempuan buat masa ni.  Adibah Noor , Nikki , Suki saling bersaing sesama mereka. Memang mantap persembahan dan juga suara. Peserta lelaki , Aliff Aziz bergantung pada mood dia. Namun memberikan cabaran sengit. Ni kira underdog la gitu ! Tak leh caya gak woo.. tiba tiba boleh mengigit ganas ! 

Persembahan Adibah Noor dan Suki semalam... woww !  Macam final Muzik Muzik lak. I loike it beri beri much ! Terpikat dengan Suki gitu. Hahahaa... Mau gak bini aku perambat masuk bilik pasni ! Bukan takut bini.. Malas nak gaduh je. Hahahaha.. Gurau jee ! Tapi serius , aku memang nak sangat Adibah Noor menang malam tadi ! Dan persembahan dia memang tak menghampakan. Dia dah mula temui rentak dia. Kalau dia konsisten , dia boleh berada di TOP 3. Bersaing dengan Nikki dan Suki. 

Bro Azan , kalau dapat lagu slow slow.. dia leh makan ! Bandi Amuk... hurm.. perlu buat kelainan ! SA.YA , lenggok suara perlu mantapkan lagi. Ani Mayuni , dalam senarai nak terkeluar...  

Lepas tengok persembahan Adibah Noor.. terasa nak layan Keroncong lak ketika workout di gym nanti.

You May Also Like

1 comments

  1. Baguslah dia terkeluar. suara tak sedap pun. Giler glamour jer dia ni

    BalasPadam