Menariknya D'Aura Beach Resort , Pantai Bachok

by - Jumaat, Disember 17, 2021

Balik Kelantan setelah hampir 2 tahun tak balik. Korang pun tahu kenapa kan ? Heee.. Sebenarnya , nak balik ni pun risau. Tapi kita tawakal je la. Swab test kendiri sebelum pulang. Alhamdulillah.. semua negatif. Anak anak pun sihat sihat belaka.  Bertolaklah pulang... dan menariknya, dah boleh lalu highway baru. Perjalanan jadi lebih cepat dan singkat.

Sampai Kelantan.. dalam jadual. Kul 2 petang ! 7 jam perjalanan. Biasanya akan amik masa 12 jam. Dek kerana terlalu banyak berhenti akibat penat mata dan mengantuk. Yelah , ikut jalan lama kan.. Berliku liku dan berhati hati 200% ! Banyak lori. 

Alhamdulillah.. Selamat tiba dan hujan mulai turun ! Huhuh.. Lebat lak tu. Nasib baik dah sampai. Aku tak suka memandu dalam hujan. Permukaan jalan raya di Malaysia, sukar diramal sama sekali.Dan mungkin aku fobia kerana dua kali aku dilanggar dari belakang , ketika hujan lebat ! 

Ok... Aktiviti di Kelantan ketika Covid 19 agak tinggi di Kelantan. Huhuh. Sejujurnya aku risau gak nak keluar rumah ni. Rela duduk dalam rumah je tapi memandangkan aku dari Selangor yang kes Covid 19 yang jauh lebih tinggi.. hahaha.. maka aku tawakal je la. Yang penting , kita ikut SOP ! 

Ke D- Aura Beach Resort , guna waze je. Senang ! Walaupun agak jauh sedikit perjalanan tapi bagi aku ok je sebab elak dari kesesakkan jalan raya. Dan cuaca lak.. hurmm.. hujan turun dengan lebatnya. Nak ke pantai apanya hujan hujan gini ? 

Syukur sangat pada Allah... sampai kat sini , mendung je. Takda hujan ! Maka dapat la jap berjalan jalan di tepi pantai. Bagusnya tempat ni ialah.. senantiasa dibersihkan ! Ada orang dok jaga. Bukan sorang dua yer.. Ramai. 

Caj masuk.. RM5 jer untuk parking. Ada tempat duduk berkeluarga. Ada buaian.. Tempat mainan kanak kanak.  Dan ada banyak tempat untuk bergambar ! Mandi laut tak digalakkan yer buat masa sekarang. Main tepi pantai tu ok la.. Dan amat sesuai untuk buat aktiviti bersukan di sini. Best ! Oh ya.. berdekatan.. ada masjid dan tandas bersih. Tip top !

Jam 12 , balik ! Hujan dah sampai... Heee.. 











 

You May Also Like

2 comments