Akademi Fantasia 2014 : Suatu Kelainan !

 

Kawan aku dah lama jemput aku untuk hadiri konsert pertama Akademi Fantasia 2014 ni .. Dia merupakan orang kuat la untuk AF kali ni.. Sebelum ni dia penerbit untuk Karoot Komedia.

Untuk support dia , aku pon ajak la rakan rakan di #kelabbloggerbenashaari join sama. Saja kasi pengalaman buat diorang. Yelah , dah jadi blogger ni , kena tau macam macam.. Jadi tak de la nak kritik , nak kutuk atau main tulis je kat blog kan ? Kena lalui dan kemudian beri pendapat untuk perbaiki mana yang kurang ..

Terus terang , aku pun lama dah tak tengok AF ni . Musim terakhir yang aku tengok , melibatkan Heliza jer. Tu pon jap jap .. Bukan fanatik. 

Dan semalam aku di sana , mengharapkan satu kelainan kali ni. Tak nak dah tengok ada airmata airmata.. Boring ! Tak perlu nak main dengan emosi dah .. Bagi penonton enjoy agar mereka lebih ikhlas nak mengundi peserta kesayangan mereka ..

image

Terus terang aku bagitau la.. Aku pelik nape Zizan dan Jihan terlibat dalam AF kali ni ? Mampukah diorang buatkan AF ni menjadi sebutan ramai ??

Dan segalanya terjawab semalam .. Kelainan kali ni , mereka lebih pada komedi ! Konsep santai bergurau ni mmg berjaya memikat penonton di Dewan MBSA.. Masing masing tak kering gusi termasuk aku yang tak suka Zizan ni .. Terus terang ni !

Ada dua tiga perkara yang aku rasakan AF ni perlukan pembaharuan terutama part mengundi ! Dengan penonton yang dah terpaksa melanggan ASTRO , pastu kena sms undi .. aku rasa tak relevan dah ! Memanjang kena keluar duit ! Kan dah ada ASTRO Beyond ? Apa kata nak mengundi tu , kena langgan channel khas.. Ahaaaa . Melalui remote , diorang leh mengundi setiap hari ! Sehari sekali undi jer ! Dan malam konsert , leh undi 2 atau 3 kali ! Ahaaa.. kan kan ? Camana nak buat , diorang leh fikirkan part tu.. aku lom kerja ngan ASTRO.. hehehe .

Satu lagi teguran dari aku .. Part pakaian terutama yang pelajar yang bertudung tu… Hurmmm.. Faham kan ?

Apa pun , semoga maju jaya buat semua pelajar Akademi Fantasia 2014 kali ni .. Aku nampak dah sapa yang bakal menyengat kali ni .. Walaupun di konsert pertama , aku rasa beberapa orang bakal membuatkan musim kali ni lebih menarik .. Mereka berbakat.. takde dah main rupa rupa gitu.. hehehe ..

16 ulasan:

  1. tak pernah mengundi sebab ianya satu pembaziran...hehehe...

    BalasPadam
  2. saya suka gandingan pengacara, memang kelakar.. pastu peserta pun mmg ada yg betul2 berbakat.. bukan sekadar nak cari publisiti jer..

    BalasPadam
  3. Last sekali tengok sewaktu Aznil jd pengacara ... lepas tu x berapa minat dah ... :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan salam singgah pagi isnin...suka tengok Jihan dan Zizan bergandingan semalam....semoga perserta AF ni dapat memperbaiki kelemahan masing2...

    BalasPadam
  5. bagus lah klo AF kali ni lebih berkualiti..bosan kdg tgk AF ni..drama je lbh..

    BalasPadam
  6. Sayang betul Jihan Muse dah digantikan dengan Faizal Ismail..

    BalasPadam
  7. Blum sempat tengok lgi, tapi ramai blogger yg buat review af kli ni ckap best ><

    BalasPadam
  8. Lama dah tak komen kat ruangan Ben ni.. selalu singgah baca je.. ehehe!! tapi kali ni masuk blog Ben pun dah ada kelainan gak.. sebelum dapat baca post dah ada tol pulak.. kena beri laluan pada iklan trailer filem.. kira ok gak la. tak de la langsung tak boleh nak masuk baca.. sebab setengah blog bila ada iklan kita tak boleh masuk selagi tak klik..

    BalasPadam
  9. Sy tgk kejap je xsampai seoaruh jln pun. Pastu tv tgk kita. Haha

    BalasPadam
  10. assalamualaikum... betul2. gandingan zizan dan jihan memang best. tapi sayangnya jihan sekejap je.

    BalasPadam
  11. Boleh dosa free jer kalau terlibat dgn AF ni...Aku pun x paham kenapa masih ada orang yang menyokong program macam ni...hurrmm

    BalasPadam
  12. Dah syok tgk Jihan ngn Zizan tu...
    Mmg saya x pernah ngundi. .. trends undi ni femes lg ke untuk lg ke time duk brg semua naik ni... agak undi pun naik gak... tang bakat mmg boleh tahan... ada yg kena polish...

    BalasPadam
  13. tgk sebab pengacara zizan n jihan nampak menarik.
    lagi best lawak diorg dari nyanyian bintang :)

    BalasPadam
  14. Dah! lama tak layan AF ni. Masa memula dulu jer...pernah gak mengundi tu ngeh!ngeh!ngeh!. Maybe faktor usia menyebabkan Mrs. A tak layan AF lagi. Tak tahu ler... AF 2014 nak tengokler.. apa yang lain tu

    BalasPadam
  15. tapi lawak zizan malam tadi over sangat, sampai ramli ms pun terasa sebab kena bahan dengan zizan.

    jangan lupa jemput singgah sini http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. apa kata undi dengan blog lagi bagus. kurang2 dia boleh letak iklan kat blog cadangan saya je...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009