Impian Ku sebagai BLOGGER !

 

Ben , free tak hari Isnin depan ? Wartawan Harian Metro nak interview .. “ .

Aku terima panggilan tadi.. Terkedu jap ! Interview ! Wow.. masuk surat khabar koooo !!  Tak sangka tua tua gini pon ada masih berminat nak ‘amik tahu’ .. heee..

Rasanya Harian Metro je lom pernah masuk lagi.. Alhamdulillah… rezeki anak anak.. Nanti diorang besar , diorang tau diorang dah masuk sana sini , seawal usia baby lagi ! Semoga semua kenangan tu mendorang mereka untuk lebih berjaya dari ayah mereka !

Ok.. Pastinya setiap rakan blogger punya impian tersendiri ! Aku , syukur pada Allah… Rezeki aku setiap tahun macam macam bentuk ! Berkat usaha aku siang malam dok ngadap blog dan juga rezeki anak anak ..

Bukan semua orang bagi sokongan pada apa yang kita buat .. Namun begitu , semangat dari orang tersayang , sahabat handai akan membuatkan kita berjuang bersungguh-sungguh untuk buktikan pada mereka , apa yang kita buat ini bukanlah satu kerja sia sia !

Dalam majalah ? Sudah !

Berada di Paris , sudah !!

Apakah impian aku sebagai seorang blogger dah tercapai ? Setakat ni , syukur pada Allah… impian jadi kenyataan ! Namun masih ada yang ingin dicapai !

Ok.. tolak tepi aku punya impian tu.. Korang dah baca pasal aku setiap hari.. Apa kata , baca pulak impian rakan rakan seperjuangan yang masih mengejar impian mereka ! Yer , mereka juga ada impian sebagai seorang blogger !

Apakah impian mereka ???? Jom baca kat SINI .. Semoga impian mereka terlaksana satu hari nanti !

20 ulasan:

  1. Banyak ni impian nak capai ni, tapi ikut kata Big Brother... pelan2 kayuh... hik hik hik...

    BalasPadam
  2. haa.. satu lagi impian abang ben tercapai...jeles!!! hahaha. :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah tahniah Abg Ben..
    Moga terus sukses lagi selepas ini...

    BalasPadam
  4. kagum dgn impian Ben yg dah tercapai.. insya Allah, doakan jugak utk saya.. Amin...

    BalasPadam
  5. Kagum..walau dah berjaya blogger ben masih ramah pada blogger baru nak bertatih macam kathy ni..

    BalasPadam
  6. Terlalu byk impian kita moga kita semua terus success

    BalasPadam
  7. Semoga menjadi inspirasi untuk semua.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...tahniah...semoga impian semua akan tercapai...^_^

    BalasPadam
  9. InshaAllah..semoga segala impian tercapai..

    BalasPadam
  10. Tahniah abg ben... moga terus berjaya pada masa akan datang...

    BalasPadam
  11. http://madey09.blogspot.com/ tahnia ya,
    blog Pesona saya ..saya tersilap klik setting terkeluar . Bro Ben ada tak cara nak log in balik akaun tu. Kalau ada masa . mohon maaf jika ganggu

    BalasPadam
  12. http://madey09.blogspot.com/ tahnia ya,
    blog Pesona saya ..saya tersilap klik setting terkeluar . Bro Ben ada tak cara nak log in balik akaun tu. Kalau ada masa . mohon maaf jika ganggu

    BalasPadam
  13. Wah, bro masuk paper metro yer. Tahniah k ^_^

    BalasPadam
  14. Tahniah abg ben
    .masuk metro tue..he2

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.