Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 18 September 2014

Pendapat anda mengenai KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ?

 

Akhirnya , KELAB BLOGGER BEN ASHAARI tertubuh dengan rasminya baru baru ini. Cuma takde la nak buat pelancaran bagai. Tapi , mana tau nanti kan ? Cuma tinggal satu lagi langkah saja untuk menjadikannya lebih realiti ! InshaAllah.. tu tugas aku tu.. Tugas yang aku cukuppppp malas dari dulu hingga sekarang ! Malas giler babas punyaaa ..

Kenapa dan mengapa aku nak tubuh kelab ni ? Apa kelebihannya ? Apakah blogger yg bernaung di bawah kelab ini akan dapat job ? Populariti ? Glamer ? Atau aku yang mendapat nama ???

Tak dinafikan , ramai berfikiran begitu. Berfikiran yang BEN ASHAARI laa yang akan popular ! Tapi kan , orang yg nak kata tu kan.. tak pikir ke yang BEN ASHAARI ni lama dah popular ? Maaf cakap laa.. aku bukan nak riak atau sombong mahupun berlagak.. Tapi dah banyak kali keluar majalah , surat khabar dan juga tv.. Malah turut dijadikan contoh di kelas kelas pengajaran blog !

Ikut hati aku , aku malas nak kembangkan kelab ni tetapi setelah ramai tanya aku macamana nak join kelab ni serta beraktiviti dengannya , maka atas inisiatif dan usaha rakan rakan yang berpengalaman , mereka jadikan impian ini satu realiti ! Aha.. macam AF lak.. hahaha ..

Aku tak kisah la apa orang nak kata pasal kelab ni .. Nak cakap buruk ke .. nak kutuk ke.. nak keji ke. nak puji ke.. Yang penting , aku tahu apa yang aku buat.. Dan syukur kepada Allah , beberapa blogger di dalamnya dah merasai perubahan dan berjaya memantapkan lagi semangat untuk terus berblog kerana sokongan dari rakan rakan seperjuangan yang bernaung di dalam kelab ni..

Kelab ni bukan kelab bermotifkan keuntungan ! Kelab ini tak amik yuran pendaftaran .. Kelab ni tak amik komisien atas setiap job yang diberi pada rakan blogger ! Kelab ni takde kontrak ! Kelab ni takde protege ! Kelab ni takde sifu ! Kelab ni takde otai ! Kelab ni takde retis ! Semua sama level dalam ni ! Kami saling bertukar ilmu , bersantai , bergurau senda dan memperbaiki segala kesilapan untuk menjadi lebih baik !

Kalau ada yang kata mereka yang buat kelab ni akan mengutamakan kroni , meh aku nak tanyaaa .. Kalau anda ada satu bisnis dan dapati ada rakan rakan anda yang layak mempromosikan bisnis tu , apakah anda akan beri pada dia atau nak cari orang di luar sana tu , yang mana anda pon tak tau disiplinya , ketulusan hatinya serta amanahnya bila melakukan kerja tersebut ? Memang ada .. ramai ! Tapi paling mudah dan cepat , cari rakan yang ada di depan mata yang kita sendiri dah nampak kelebihan dan kesungguhannya bila buat kerja .. kan ?

Dalam kelab ni dah ada lebih 50 blogger yang join group whatsapp dan Telegram .. Bukan semua nak kejar populariti , job dan sebagainya. Mereka hanyalah inginkan persahabatan. Seronok bila ke mana mana tempat , ada rakan blogger yang dikenali di situ dan berjumpa ..lepak minum gitu haaa ..

Akhir kata laa.. Kalau kita malas nak berkomuniti , kita tanya balik diri kita.. Kita malas ke atau sebenarnya , kita yang tak dipelawa ? Tunggu carpet merah depan rumah ? Jangan berlagak retis .. Tak perlu ego dan jangan jadi keyboard warrior .. Apa yang anda dah buat untuk menyatukan blogger ? Blogger perlu bersatu ke ? Tak pernah dengar pepatah , bersatu teguh bercerai roboh ? Takkan tak tau , solat berjemaah tu lebih baik dari sendirian ? Takkan nak beli pulau sebijik dan duduk sorang sorang ? Kalau tak nak berkomuniti , tutup je internet tu.. Layan game sorang sorang  ! Bila dah on internet , gi Facebook dan post status .. Bukankah dalam tu ada ramai kawan kawan .. Tu bukan komuniti ?

Kadang kadang , ego membuatkan kita nampak lebih kurang bijak dari mereka yang tak bijak .. Banyakkan istighfar ..

40 komen :

Norhasniza Khalid berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah, mama sendiri dah merasakan impaknya menyertai kelab tersebut.. tahniah untuk abg ben, .. yang baik kita ikut saja.. :)

Keyna berkata... [Reply to comment]

setuju!!!!!!!... pas tu jangan la jugde blogger lain mentang2 dah senior... sagt2 xsuka...

respect abg ben !!!!!!!!

Ayoi Kema berkata... [Reply to comment]

cmner nk join kelab

Yana Mohamad berkata... [Reply to comment]

betollll. nanti kite buat family day KBBA. tak sabarrr

Asha Lya berkata... [Reply to comment]

Kita br blog bukan nak kejar populariti kan ..klau sy nak join kelab ni blh ke.sy ada follow kat insta dgn fanpage slalu tgk aktiviti kelab ni

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... [Reply to comment]

Ena sentiasa sokong Kelabbloggerbenashaari. Yeahhhhhh!

Etuza berkata... [Reply to comment]

ok faham dah..terima kasih info, sokong pendapat Bro Ben..betul dalam berblong berlaku sosial yg sihat. tahniah kelab Ben..

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

hidup bermasyarakat banyak cabangnya, kalau diluar keliling jiran kita ada caranya, dalam alam maya pon kena gak caranya.. ; tak bergaul mana tau semua tu .., banyak bergaul lebih pengalaman dan pengalaman tu buat kita lebih matang dlm menjalani kehidupan seharian. Dan pada maa sama kita bergaul boleh la saling ingat mengigatkan kepada kebaikan; buang sikap negatif dan ego, terus majukan diri.

Sch@ berkata... [Reply to comment]

kene explore blog en Ben ni .. dah lama tak BW kat sini

khaty aiman berkata... [Reply to comment]

Astaghafirrullahalazim..istifar jap..bagi khaty,melalui blog e.ben jugak,khaty dah dapat ramai kawan2 yang khaty hanya kenal identiti dari dunia blog sahaja..tak pernah jumpa,lepak lagi la jarang kan..hidup di dunia perlu di penuhi dengan warna warni...so,life must go on..semoga KBBA succes hendaknya..Insya Allah

Luahkan apa saja,yang penting enjoy...

Hafiz Rahim berkata... [Reply to comment]

Orang yang suka fikir negatif, biarkan dia dengan labu2 nya.

irrayyan berkata... [Reply to comment]

Terima kasih ben ashaari dan kelab blogger ben ashaari

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

keterbatasan saya hanya mampu bersosial di laman sosial sahaja.. bukan tak suka bergaul.. tak suka berjumpa orang.. tapi tu la sebab keterbatasan pergerakkan. saya join jer yang mana boleh terima keterbatasan saya. Apapun good luck untuk Kelab blogger Ben Ashaari

AMIIZAA berkata... [Reply to comment]

Salams Ben,


Tahniah, kelab ini telah berjaya mencuit hati para blogger.

Saya silent reader & blogger yang selalu mengikuti perkembangan blog Ben & juga ahli kelab benashaari sejak pada awal di tubuhkan pd 2009.

Pada awalnya nampak slow dan steady kelab tersebut. Dan alhamdullilah saya lihat semakin ramai blogger baru yg join kelab ben.

Tahniah sekali lagi kerana Ben telah berjaya menubuhkan kelabbenashaari dengan cara yg tersendiri.

Teruskan usaha murni ini.

Wassalam

Kathy R'bain berkata... [Reply to comment]

Respek....hebat blogger ben. Teringin nk join grup whatsapp KBBA tapi boleh ke?atau ben pilih mana yg layak je dr ramai² member KKBA?

Karya Mahirah berkata... [Reply to comment]

KM pun setuju... dengan cara ni dapat ramai kenalan...

Cikgu Norazimah berkata... [Reply to comment]

Mcm mana nk join kelab ni? Ada borang ke?? Hehe

Nurul Faiz berkata... [Reply to comment]

macam mana nak join? hihi

fatihah fazlin berkata... [Reply to comment]

Pergghh.. ada sesuatu yang mengganggu pemikiran abg ben ni.

Tak kisah la apa orang nak cakap, saya yang baru setahun jagung ni dah merasai keakraban family kkba.

Terbaik.
Semoga Ben Ashaari dan KKBA terus sukses..

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Moga Kelab ni makin berkembang disamping dapat menambah kenalan yang ada..
Dari Blog BA saya dapat mengenali dunia blog.

yong norliza berkata... [Reply to comment]

Thniah ^^

Suka tagline bukan sekadar blogger tu

#togetherweunite

Yg sentap2 tu,abaikan sajaaa

Daus Redscarz berkata... [Reply to comment]

Sesungguhnya, dengan secara tidak langsung aku makin aktif dalam berblogging.

Saling bertukar pendapat mahupun tips.

semua yang ada dalam group ni ada kelebihan masing-masing dan kadang tak perlu google, tanya je dalam group ni pasti ada yang boleh jawap.
lagi cepat informasi.

Yatie Fizzy berkata... [Reply to comment]

yang mana boleh membawa kebaikan kita follow je... ;)... kata orang yang baik dijadikan teladan !

Tahniah abg ben...

Scha Nazri berkata... [Reply to comment]

Yeayyy. Kami support abg ben! teruskan bang!

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Terima Kasih En Ben sudi jemput hehehe ..........Kita ni kalua nak berjaya jgn duk pikir diri sendiri jer kena pikir semua benda ..adakah yang akan kita buat tu bagi impak kat org lain atau sebaliknya...

rabiatul adawiyah berkata... [Reply to comment]

terima kasih kerana sudi terima ruby.my. Walaupun takda karpet merah, tapi jemputan dari uncle ben amatlah dihargai. wakakakaa.

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

terima kasih Allah, terima kasih aben, terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari... people will talk as long as they can talk... they will talk and say whatever they wants... So... just ignore and move on kann??? Biar jer... Kita buat cam tu orang akan kata, kita buat cam ni orang akan kata jugak, dah sifat dan namanya manusia... hu hu hu...

anajingga berkata... [Reply to comment]

Tahniah dan terima kasih Ben dan rakan2 blogger yg tubuhkan kelab,menjalin silaturahim dan belajar ilmu dari rakan2...TQSM :)

mama amir berkata... [Reply to comment]

all the best KBBA...semoga terus maju dan maju...^_^

Ummi Hanifah Abd Halim berkata... [Reply to comment]

Mcm mana cara nak join kelab blogger Tuan?

amir zahari berkata... [Reply to comment]

"Ada apa dengan #KelabBloggerBenAshaari?" ^___^

HASRUL HASSAN berkata... [Reply to comment]

Teringat kata kata isteri ...

"bang kejiranan kita banyak cina...nanti kalau kita mati di rumah siapa yang akan tolong kapan dan sholatkan?"

Komuniti memang penting, pergaulan memang perlu.

tarmizi berkata... [Reply to comment]

teringin nak join kbba tapi kekangan masa..

Syaz Harzays Minme berkata... [Reply to comment]

teringin nak join KBBA.. tapi kita nihh dok jaoh sangadd.. abang ben.. kalau nak join KBBA dalam whatsapp bolehh takk? nak jugakkk ikut perkembangan KBBA.. macam best jaa.. dapat ramai kenalan... walaupun hanya kenal dalam alam maya.. kalau dapat lepak sama buat event sama lagi syiokkkk !!.
all the best abang benn.. kitorang always support KBBA ! Syaz nak letak banner KBBA dalam blog syaz bolehh takkk abg benn?? mintak izinn nihh :D

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Tahniah kepada Abg Ben dan ahli KBBA semua ^_^

Adiek Last berkata... [Reply to comment]

saya ada satu kes anak buah belah suami dtg rumah saya bermalam tuk beberapa hari..dia basuh spenda setiap hari..kalau mandi dia basuh trus spenda dia xtau pakai sabun ape dlm bilik air sabun mandi mayb..n then trus gantung sidai tgu la esoknya dia pakai spenda tu berulang bnda sma..jadi ari2 aku masuk bilik air spenda dia tergntung kt situ..aku ada suami kire suami pgkat pakcik dia la..pastu kadang abang aku dtg rumah gune bilik air so semua akn nmpak spenda dia..dia anak dara bertudung labuh..mcm mana tu??

salmiah awang berkata... [Reply to comment]

macamana nak sertai kelab ni?

Nazifa Mazni berkata... [Reply to comment]

mcm mn nk join?

seri akmad berkata... [Reply to comment]

nak join jugak...tp x tahu mcm mane.

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

Bagus. mesti ada misi dan visi baru kelab ini alan terus berjaya. ummi doakan kbba akan terus mengorak langkah demi masyarakat.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI