Celcom sekali lagi bikin aku pening !

by - Isnin, Oktober 12, 2020

Kontrak aku dah tamat ! Fuh.. lega betul. Rasa cam nak downgrade plan jer. Tapi kebelakangan ni, kes Covid 19 melonjak naik. Anak anak terpaksa bersekolah di rumah buat masa kini.  Tak berani nak antar lagi sebab ada banyak kes melibatkan pelajar sekolah dan sekolah tertentu terpaksa ditutup sementara waktu. Sian diorang kena swab test. Huhuhu... Diorang kecik lagi.. 

Nak tak nak , aku terpaksa ubah perancangan. Wife punya pun asalnya nak downgrade gak dan amik internet fiber je di rumah. Dengan cara tu , penggunaan internet tanpa had dengan kos rendah mampu menjimatkan kewangan bulanan. Tu pelan kitorang la... 

Tapi aku tergoda lak dengan umpan Celcom. Hahahaha.. Dia kasi OPPO Reno 4 jika aku berminat nak sambung kontrak untuk 2 tahun lagi. Yelah , camana pun aku akan tetap kena guna gak telefon dengan nombor yang sama. Adeh... 

Bincang punya bincang maka plan bertukar jadi begini. Aku kekal dengan plan aku yakni First Platinum Plan dengan bayaran RM188 sebulan ( kira RM200+) , wife amik pakej penjawat awam.. RM68 dan pasang satu internet under Celcom.. RM60 rasanya. Terpaksa amik sebab aku terpaksa share internet bila anak anak ada di rumah. Diorang nak tengok Youtube dan aku nak layan Netflix malam hari. Huhuhu.. Memang tak cukup la data. Tu yang buat plan baru. Adoi... Kalau takda Covid 19 , memang tak da plan ni. Dan diorang check , port untuk Home Fiber , ada ! Ha, rezeki. 

Alhamdulillah.. semua berjalan seperti yang dirancang. Dapat 2 phone dan kontrak sama jangka hayat.. 2 tahun ! Aku nak amik sebab plan internet Celcom  Home Fiber tu , 2 tahun gak kontrak. Alang alang kan ?  Huhuh... 



Siap ! Balik rumah.. Tengah aku duk berehat , wife panggil aku. Dia kata ada masalah. Ah, sudah ! Dia kata... plan pakej tertukar ! Yang data kecik , pergi kat aku ! Yang banyak kat dia. Ha ???? 40 GB untuk aku yang mana aku boleh guna , 1 GB sehari !!! 20GB saja untuk sebulan pada hari biasa dan baki 20 GB untuk  hujung minggu yang mana sehari aku boleh guna 5GB jer. Maksudnya ada pecahan dah ! ARghhhh !! Aku nak buat apaaa dengan 1 GB sehari ??????  Bayangkan selama ni aku guna 120GB sebulan... tu pun tak cukup ! Huwaaaaa.... 

Wife aku lak.. dia nak wat apa data banyak banyak ??? Dia kat opis pun guna WiFi ! Bukan kaki download pun. Sebelum ni dia dapat pakej UNLIMITED , tak guna pun. Tu pasal dia nak downgrade jer. 

Kesilapannya ketika isi borang. Nombor telefon tu !! Staff tu pun tak ulang confirm yang mana rakan aku kata , sepatutnya staff kena ulang confirm memandangkan ada 2 nombor telefon dalam satu akaun. Tapi tak nak la salahkan dia.

Maka nak tak nak, terpaksa ke Celcom Alamanda sekali lagi. Fuh , anak anak dah penat. Wife pun. Aku dalam kepala nak gi gym dah. Tapi segalanya perlu diselesaikan segera. 

Tengok la plan aku di bawah ni. Huhuh.. Mampus keras aku weh ! 



Di Celcom Blue Cube Alamanda , wife gi uruskan. Kata mereka tak boleh buat apa dah. Amboi ! Yeke ? Aku contact kawan aku yang juga dalam line ni tapi di negeri lain. Katanya boleh je nak buat cuma aku kena penalti dan staff tu kena bayar la. Aku tak kisah la bab penalti. Sekadar nak switch plan je. Bukan nak cancel ! Pelik kan ? Nama sama je.. Akaun sama. Cuma tukar atas bawah je ! Pun susah ! Huh. 

Terus aku mati hasrat nak guna Home Fiber Celcom. Aku suruh wife cancel. Dan aku dapat satu idea.. Guna Digi Internet. Bukan apa.. Celcom kat umah aku ni , kalau hujan ribut petir , mesti akan down. Yang ok , selamat , Digi dan Maxis jer.. Maka aku ajak wife ke DiGi.. 

Tanya punya tanya.. tertarik dengan plan INTERNET UNLIMITED . Takda kuota pun. Guna la sebanyak mana pun... Bayar je RM150 sebulan. Alamak ??? Apasal tak cakap awal awal ?? Adoi.. ruginya aku... 

Terus amik.. Dan gi ke Celcom balik.. cancel Home Fiber. Best part.. kat kaunter.. diorang check semula pendaftaran wife. Katanya takda pun buat permohonan ! Aik ???? Pulakkk ??? Dan diorang check port , penuh ! Hahahah.. Semalam kata ada .. ari ni penuh lak ! Adoi laaa... 



Dan Digi Internet mulakan tugas malam tadi dengan cemerlang.  Ok la... Takda kontrak dengan Digi sebab takda amik pakej phone. Dan aku..  Kena manfaatkan intenet untuk gandakan wang anda ! Bukan untuk hiburan semata mata.. hurmm..  Dan Celcom , kita bersama untuk 2 tahun lagi. Huhuh.. Nasib baik la dapat 2 phone. Huhuh.. Nak beli , memang tak laa... 
 

You May Also Like

3 comments

  1. macam2 hal.. huda pulak masalah unifi. dah 2 weeks masuk rumah baru, unifi kontraktor ada problem nak pasang kat rumah baru. jadinya bayar saje2 bulan ni x guna pun.. huhu. bila entah nak setel..

    BalasPadam
  2. apsal tak ambik celcom unlimited internet switch pakej kot online je 98/sebln

    BalasPadam