PKPB di Putrajaya , Selangor dan Kuala Lumpur mengecewakan !

by - Rabu, Oktober 14, 2020

 

Hurm.. seperti yang dijangka. Walaupun tak seteruk PKP sebelum ni , PKPB ( Bersyarat ) tetap beri impak pada ekonomi terutama mereka yang berniaga sendiri. Yang boleh bukak kedai , ok la...  tapi pelanggan mereka terhad. Yang berniaga di shopping mall seperti bandar besar di KL tu.. camana ? Pelanggan takkan harap dari pekerja pejabat jer ? Jam 1-2 ramai orang.. pastu ? Hurmm.. 

Masalah mereka yang bekerja pulak.. anak kecil camana ? Mereka  belum tentu dapat buat WFH ! Jika syarikat tu kukuh , ok la.. Kalau tak ? Haa.. ada yang mengeluh bertanya di mana nak letak anak anak mereka ? Nak tak nak.. pakat pakat lari balik kampung hantar anak ! Hurm.. kesian ! Nak letak kat pengasuh ? Bayar harian.. pergh.. naya wooo ! 

Banyak lagi masalah masalah yang terpaksa rakyat hadapi. Segalanya berpunca dari.. hurm.. malas nak tuding jari tapi diorang apa kira ! Asalkan poket penuh.. dapat apa yang diinginkan.. Kedudukan terjamin, dah ! Bak main chest la.. nak menang , korbankan la yang kecik kecik tu... 

Aku ? Hurm... dari awal lagi dah tergugat ekonomi. Tahun depan nak letak anak kat tadika pun dah kena pikir panjang. Kos yuran dan bulanan. Hurm.. Nak antar tadika biasa , tak lepas lak syarat. Aduh...  Ada la lagi banyak masalah tapi tak pe la.. Aku simpan je untuk diri aku. 

Apa pun.. terima kasih la pada Pak Menteri yang kata tak perlu nak kuarantin masa kes tengah melompat naik tu ! Semoga Allah rahamti anda. Menjawab la di akhirat nanti.. 

You May Also Like

3 comments

  1. Harap Seremban tak sampai tahap nak kena PKPB semula :-(

    BalasPadam
  2. Harap2 cepatlah berakhir Si COVID19 ni.. moga semua tabah laa memghadapi keadaan sekarang

    BalasPadam