Siapa Juara Vaganza 2020 ?

by - Isnin, Oktober 12, 2020

Gegar Vaganza 7 dah bermula. Trending semalam di Twitter. Di Facebook, aku tak pasti sebab tak nampak ramai yang update.  Namun aku pasti mereka yang ada ASTRO , mesti layan. Namun aku masih belum terbuka hati nak tonton walaupun penyanyi yang aku minat sangat ada dalam tu.. Sapa dia  eh ? Hehehe.. teruskan membaca.. 

Ok.. Ada 14 peserta otai dalam ni. Yang menarik minat aku ialah Mus May , Yantzen , Noraniza Idris , Linda Nurawil, Rozita Izlyn dan sapa eh ? Yang lain tu aku tak berapa tau sangat kecuali Oja yang baru baru ni , ada la aku promote dia dengan grup baru dia... yang juga band popular satu tika dulu, Spoon. Tapi suara dia , bukan minat aku la. 

Nah... Berdasarkan pengalaman aku selama ini mengikuti perkembangan Gegar  Vaganza , tarikan ke final mesti ada yang ramai peminat , muka kacak , cun dan pastinya yang berkontroversi ! Aku teka Top 3 eh.. Hehehe... 

1- Noraniza Idris. Kenapa dia ??? Kalau korang kaki Muzik Muzik , kalau lagu dia ada masuk.. mesti akan ke final dan bersaing dengan Siti Nurhaliza.  Dan pastinya persembahan dia bukan calang calang la.. Kalau tak menang lagu , persembahan mesti dapat kat dia. Ini tarikan utama untuk GV7. Kalau dia terkeluar awal , memang cari pasal la ! Hahahaha.. Melainkan suara dia ada masalah atau masalah peribadi. 

2. Mus atau Yantzen - Mereka yang layan Rock Kapak , mesti mengamuk kalau takda wakil Rock Kapak di final. Kalau Mus atau Yantzen tak buat hal dalam pusingan seterusnya, ini muka wajib ada di final bagi memastikan jumlah penonton di Final ramai dan juga meriah ! 

3. Linda Nurawil - Naib Juara Akademi Fantasia 2 wooo ! Aku ingat lagi masa AF 2 dulu. Dia ni memang gempak la. Antara yang layak jadi juara dan ramai peminat. Paling utama ialah dia dari Sabah. Haa , mana mana peserta dari Sabah , memang merbahaya !! Suara dah padu. Keduanya, mereka senantiasa dapat sokongan padu dari orang Sabah sendiri ! Support maaa ! Terbaikkk ! 


Yang lain lain ?? Hurmm.. Bergantung pada penampilan pada pusingan seterusnya. Tarikan dan bagaimana mereka bawa lagu tu penting.  Kontroversi juga memainkan peranan. Yang bijak pikat penonton mampu ke final. Yang penting , suara jangan terkucil ! Hahahaha... 

Muka kacak , seperti biasa la.. Yang tergedik memang akan menanti dia muncul punya tapi tak menjanjikan juara. 

Jika di Twitter , aku dapati semua peserta jadi pujian pada Minggu 1 ! Haa , menarik ni. Kata mereka semua layak jadi JUARA. Benarkah ? Wah , macam gempak jer ni... Perlu ke aku tonton GV7 ni ? Huhuuhu.. 

Dan satu hal lagi. Ada yang menyuarakan mengenai Penjarakan Sosial. Harap masing masing jaga la yer... Kalau ada kes , memang semua kena kuarantin la jawabnya.  Pandai pandai la yer. Dan pihak penerbit perlu amik serius dan tulus. Jangan pulak kalau ada kes , senyap sampai abis pertandingan baru nak .. hurm.. maklumlah , bisnes kan.. Tambah lak sekarang ni semua bisnes menguncup jer.. Huhuh.. Mintak dijauhkan la.. 

Ok.. senarai untuk minggu ke 2. 


Amacam ? Korang rasa korang akan follow Gegar Vaganza 2020 ni ?? Hurm...  Hurm.. aku ? Hurm... Kalau aku layan minggu ke 2 ni , aku akan layan seterusnya. Masalah aku ialah.. er , tengok la nanti camna... 

Apa pun.. semoga berjaya buat semua yer.. Semua layak jadi Juara jika bersungguh pikat juri dan penonton..  Harap hadiah berbaloi naa... Er, sapa penaja eh ?
 

You May Also Like

2 comments