Kau keluar je rumah , kau dah berisiko !

by - Isnin, Mei 03, 2021

Kurangkan pengerakkan yang tidak memerlukan. Maksudnya , janganlah ke sana ke sini andai takda kepentingan. Haaa, kenapa ? Sebab setiap tempat yang kita pergi tu semuanya berisiko pada kita untuk  dijangkiti dan seterusnya menjangkiti orang lain terutamanya pada yang tersayang. 

Katakanlah.. aku keluar rumah dan gi jumpa kawan kawan. Di sana , aku lepak makan minum santai bersama mereka. Kawan kawan aku ada dalam 3-4 orang. Masing masing baru pulang dari tempat kerja. Lepak pulak, lebih dari 15 minit. Lepas tu , aku ke rumah mak aku pulak. Saja singgah ziarah dia. Di rumah mak aku tu pulak , adik aku dan suaminya baru pulang dari satu tempat atas urusan kerja. Katakanlah dia ke pejabat kerajaan di Putrajaya. Kemudian dia ke bengkel kereta untuk servis kereta. 

Di rumah mak aku saja.. aku dah berjumpa dengan adik aku yang dah pergi banyak tempat. Aku tak tau bagaimana dia menjaga SOPnya di luar. Walaupun nampak dia gunakan face mask dan ada penjarakan sosial , mungkin ada di satu tempat dia terlupa atau terlalai ? Sapa tau kan ? 

Dan di rumah mak aku tu juga ada anak anak buah aku yang bersekolah. Kes Covid 19 di sekolah semakin membimbangkan walaupun dikatakan terkawal. Nah.. aku telah menambahkan lagi risiko pada diri aku sendiri.. 

Dalam perjalanan balik ke rumah.. aku singgah ke sebuah restoran dan beli makanan untuk anak anak. Ramai pulak orang. Maklumlah ada promosi menarik. Penjarakan sosial diutamakan. Namun aku masih berisiko juga. Mungkin aku terpegang kerusi ? Meja ? Kemudian terlupa nak sanitize tapak tangan ? Aduh.. 

Sampai rumah... wife aku ada di rumah bersama anak anak. Dia pulak semalam , seharian ada mesyuarat di pejabatnya nun di Putrajaya. Malam tu singggah masjid. Ada ceramah agama oleh ustaz terkenal. Lepas Isya' , aku nak pe rumah kawan aku. Kawan baik. Nak lawat anak dia yang baru dilahirkan. Dia buat majlis kenduri kecil kecilan. Jemputan terhad. Lebih pada kawan kawan dan saudara mara terdekat. 

Esok , aku kena keluar lagi. Ada event atau kerja luar yang perlu aku hadiri. Dengan aktiviti  hari ini.. aku berisiko untuk menjangkiti orang lain , pada keesokkan harinya. Tapi aku tak sedari sebab aku rasa aku dah cukup jaga SOP.. Pakai mask yang bukan disarankan KKM atau face mask aku tu pun dah berkali kali aku pakai. Kemudian guna lagi face shield ketika berbual yang mana KKM kata ianya tak mencukupi untuk mengelakkan virus masuk melalui hidung atau mulut. Kena pakai juga face mask bila berada di khalayak ramai. Aku juga boleh dikompaun jika ditahan penguatkuasa.

Ini semua adalah contoh aktiviti yang membolehkan setiap hari , kita berisiko dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Dulu kita risau, orang tua saja yang boleh terkesan teruk. Tapi sekarang, kanak kanak juga adalah golongan berisiko ! 

Dah tu camana ? Takkan nak duduk rumah je kan ? Aku kena cari rezeki untuk keluar... Aduh ! Pening kepala macam ni ?

Jawapan mudah ialah.. Jangan pergi ke tempat yang berisiko tinggi ! Tak perlu melepak contohnya. Boleh je ajak buat Zoom. Meeting pula , bergantung pada tempat. Ajak ke tempat yang terbuka. Penjarakkan. Hati hati jangan sampai bersalaman. Adakalanya kita terlupa juga, kan ? 

Samada kita percaya atau tidak terhadap bahayanya Covid 19 ni.. kita tetap kena jaga diri kita atau kita dalam tidak sedar akan membuatkan orang lain yang dapat sakit ! Yer, setiap hari aku baca di media sosial.. ada kawan 'tumbang' sedangkan hari sebelumnya mereka sihat sejahtera !







You May Also Like

1 comments