Kenapa 2 minggu kena duduk rumah ?

by - Rabu, Mei 26, 2021

Berkali kali dah cakap.. Duduk rumah jika tiada keperluan atau kepentingan untuk keluar. Kalau boleh elakkan dari keluar, jangan keluar. Kenapa lak ? Bila kita dah keluar rumah , automatik kita dah mendedahkan diri pada risiko jangkitan. Jika nak keluar gak , pastikan ikut SOP yang disuruh tu. Nak tak nak, ikut lah ! Makin ramai terkorban tanpa kira umur ! Ini bukan mimpi atau drama petang petang. 

Kenapa 2 minggu je nak kena duduk rumah ? Untuk putuskan rantaian ! Kita tak tau yang kita ni dijangkiti atau tidak. Jika kita bergerak ke sana ke sini , virus tu akan tersebar ! Kita dalam tak disedari menjadi agen penyebar virus tersebut ! 


Tempoh masa dari saat seseorang dijangkiti virus hingga ia mula mengalami tanda-tanda jangkitan dipanggil 'tempoh inkubasi'. Selepas dijangkiti virus, tanda-tanda jangkitan boleh mengambil masa hingga 14 hari sebelum muncul, akan tetapi secara lazimnya, ianya dianggar mengambil masa dalam 5 hari.

Dan 2 minggu tu bukan kira dari semalam yer. Haa , kalau korang keluar rumah  dan jumpa orang hari ni.. pastu tak ikut SOP lak , memang kena kira dari hari ini atau esok ! Dalam tempoh beberapa hari ni, kena pastikan korang tidak bergejala dan juga status kawan tu.. Rajin rajin check status MySejahtera kita juga. 


Tolonglah yer... Aku dah penat nak baca status sorang demi sorang kehilangan yang tersayang. Penat jiwa. Sedih tak terkata. Ini semua bukan mimpi ! Tak da sapa boleh kejutkan kita Realiti yang perlu kita hadapi. 

Bayangkan seorang demi seorang pergi. Terutamanya yang tak bersalah tu ! Yang memang tak dengar kata tu, aku tak tau nak kata apa dah.  


Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah teguran daripada-Mu, ya Allah. 

Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hambaMu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah, hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Ya Rabbal Alamin,
Lindungilah kami, keluarga kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami dan negara kami dan seluruh dunia daripada wabak ini, ya Allah. sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti. Sembuhkan mereka yang sedang dirawat, ya Allah. Berikan kekuatan dan kesabaran kepada barisan hadapan kami yang sedang bertungkus-lumus berjuang merawat pesakit-pesakit dan memerangi wabak ini, ya Allah.

Ya Zaljalali wal Ikram,
Sesungguh kami amat sedih dengan apa yang menimpa kami ini, ya Allah. Hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Berilah kami kekuatan, ya Allah. Berilah keupayaan agar kami menghadapi semua ini. Semoga kami dapat memperbaiki kekurangan, kelemahan kami, ya Allah. Semoga ada hikmah di sebalik ujian-Mu ini. Semoga semakin kuat keimanan dan ketakwaan kami kepada-Mu, ya Allah.

You May Also Like

3 comments

  1. Amin... semoga kita semua dilindungiNya

    BalasPadam
  2. Dua minggu ni boleh la buat blog walking sepuasnya. X perlu keluar rumah.

    BalasPadam