RASUAH punca kepada penularan virus Covid 19 di Malaysia !

by - Selasa, Mei 25, 2021

Sesuatu yang aku takuti, terjadi juga akhirnya. Setiap hari , boleh dikatakan ada saja tangkapan melibatkan pendatang asing ke negara tercinta kita ni melalui lorong lorong tikus. Sapa yang berani bawak masuk diorang ni ? Yang menakutkan ialah bila diorang berjaya bolos..pakej bersama diorang tu ialah virus Covid 19 ! Sebelum negara kita huru hara, kita dah mengecapi nikmat TIADA KES Covid 19 ! Tapi segalanya musnah bila ada kebocoran di sempadan ! 

RASUAH ! Kerajaan perlu buat sesuatu terhadap pesalah RASUAH ni. Pada tekong yang bawa masuk, pada rakyat Malaysia yang membantu tekong tekong ni.. kena kasi hukuman tegas ! Tidak memadai saja dengan hukuman denda wang ringgit ! 

Jika kita berjaya landaikan kes kali ni , masalah virus Covid 19 takkan selesai ! Mereka akan cuba masuk lagi dan lagi ! Selagi ada pengkhianat dalam negara kita ni.. selagi tu negara kita takkan selamat.  Walaupun rakyat kita sudah divaksin tapi RASUAH gagal dibendung , maka... bersedialah untuk hadapi lagi macam macam ujian. 






Sampai bila kita nak hadapi semua ni ? Kita dah bertukar kerajaan. Tak kira la ikut pintu mana tapi mengapa RASUAH masih menjadi penyakit dalam negara kita ni ? Nak kata tak beragama.. ramai cerdik pandai. 
Nak ulas lebih lebih.. kang aku pulak ke dalam ! Aku cuma kasi cadangan yang aku rasa memang kerajaan dan agensi mereka dah tau pun masalah ni... Parlimen pon masih digantung. Kalau tak digantung , ada YB sibuk dengan angkanya pulak. Adoilah ! Pening. 

Bak kata Apek la.. " Hidup pun susah.. Mati pun susah ! " . Semoga kerajaan sekarang dan yang akan datang amik iktibar apa yang terjadi pada Malaysia. 

Semoga Allah lindungi rakyat Malaysia. 

You May Also Like

2 comments

  1. Sebenarnya kalau SEMUA orang kerjasama dan bertindak bijak inshaAllah semua akan pulih dengan cepat. tapi sayangnya .. entahlah.

    BalasPadam
  2. kerana setitik nila habis sebelanga...huhu

    BalasPadam