Boleh sakit jiwa dibuatnya !

by - Sabtu, April 03, 2010

Sapa sapa yang memandu kereta pasti akan terasa betapa pemandu pemandu kereta di Malaysia ni majoritinya mementingkan diri sendiri ! Sapa setuju ? Hehe.. ramai pasti akan mengatakan setuju ..

Petang tadi aku dari Putrajaya nak ke Sg.Buluh .. Biasanya masa yang diambil cumalah 45 minit tapi kali ni hampir satu setengah jam .. Hehe.. jgn tak tau ... jammed sana sini termasuk bz dengan pasar malam .. Parking sesuka hati jeee jer ..

Antara kes kes yang boleh mendatangkan kesakitan jiwa ialah bila berhenti di traffic light atau dalam bahasa melayunya lampu isyarat .. Ada pemandu yang suka giler makan angin bila berhenti di situ .. Sepatutnya dia kena la alert tentang lampu hijau tapi ni tidak .. sambil lewaaaa jer .. bila lampu merah bertukar ke lampu hijau , tanpa rasa bersalah dengan lemah longlai gayanya menukarkan gear keretanya lalu bergerak macam kuda kepang .. slooowww jeee .. Mentang mentang la dia depan sekaliiii ... boleh la dia lepas .. nun kereta yang dibelakang tu ? Sempat lepas 3 bijik kereta dah terus merah padahal pada kebiasaannya boleh lepas sampai 10 bijik ! Disebabkan gaya pemanduan ala ala model suar dalam yang tertelan getah sekerap maka pemandu yang berada dibelakang dia tu semua sakit jiwa termasuk aku !! Aku boleh perasan cara dia memandu bila aku memotong kereta dia ... muka dia selamba jeee... pastu sebijik sebjik potong kereta dia .. dia masih lagi memandu cam siput sedut !! arghhhh


Bila berada di atas highway ... ni satu hal lagi .. had laju 110 kmj .. aku bawak dah lebih dari t ...Datang lak makhluk asing yang memandu lebih laju dari kereta aku terus bagi lampu tinggi .. Aku mmg wat tak tau je memula ..tunggu 4-5 kali baru aku bagi dia jalan .. Masalahnya mmg kereta tengah banyak .. kalau dia potong aku pon , depan aku ada lagi ... kereta tu lagi la slow dari aku ... Habis semua dia bantai bagi lampu tinggi .. Nak kata emergency , aku rasa tak lak sebab biasanya kalau emergency mesti dia akan nyalakan lampu kecemasan .. Tapi ni tak .. bengong tol .. Aku ingat aku dah laju .. Berkali wife aku tegur upaya perlahankan keereta tapi ada lagi mangkuk nak laju .. haihh ...

Kalau korang drive kat utara negara kita ni terutama di Pulau Pinang .. haa ..siap la... satu lagi perangai orang sana lebih lebih lagi orang perempuan ( tu menurut kawan aku ) , jangan harap diorang bagi laluan kalau korang nak masuk ke lane lain .. hahaha ... kena lak kalau terang terang plate keta tu keta luar , jgn harap nak dapat masuk !! Huh...

Kalau parking ? Lagi la teruk ... kalau diorg nampak ada kereta dok tunggu diorng nak kuar , lagi diorng wat lambat .. hahaha ... tak patut betul .. Ego betul pemandu kereta di Malaysia ! Walaupun tak semua pemandu tapi di sebabkan nila setitik .... huh .. ngan aku aku terkena ... hahaha

You May Also Like

3 comments

  1. salam ben..

    alahai! bab sikap pemandu kat Malaysia nie, confirm kalau dibuat 1 sidang mesyuarat pun tak abis2x, apalagi kalau kerajaan buat kempen..sat jer depa ikut....agaknya kes nie tak akan selesai sampai cucu cicit kita...

    ayu pun baru mengalami eksiden yang ala2 tak sedor diri, bukan perut jer kecut...segala tok nenek seranah ayu hambun..mana tak sakit ati..lori besor gile yg ada 20 lebih biji tayor, mai suka2x potong storm ayu, yang buat jiwa kacau tu, depan ayu ada kancil yang bawa slow ..(maklumlah ada tampal P)..sebab ayu sayang nyawa..ayu yang slowkan kenderaan..duk atas tepi jalan..kalau ayu teruskan pemanduan..sah2 storm kena libas...Nyaye jer..

    BalasPadam
  2. Hi Ben,
    I setiap kali balik M'sia, memang tension giler kalau kat highway, tu yang I tak kan drive kat M'sia, hehehe. nasib baik lah hubby I nak jadi driver masa kat M'sia tu.
    Kat sini pun lagi teruk perangai driver masa kat traffic light, punyalah selow kalah kura2 nak bergerak bila lampu dah hijau tu, tensionnnnnn we all yg duk belakang kereta dia!

    BalasPadam
  3. tgk keadaan jugak pemanduan tersebut, kalau time pegi kerja biasanya takde la sengal2 pemanduannyer melainkan diaorang kearah nak balik kerja, jadi tak perlu nak laju2 la.. bab kita yang nak pergi kerja tu yang nak cepat.

    BalasPadam