Apa dah jadi dengan DRYPERS ?

 

image

Viral hari ni pasal DRYPERS ! Isunya ada yang kata lampin pakai buang ini nipis berbanding sebelum ini. Anak anak aku juga adalah pengguna Drypers ni. Secara jujurnya , aku tak perasan juga isu ini hinggalah aku terbaca di Facebook. Aku rujuk pada wife. Dia kata memang pon yang kebelakangan ni guna lebih cepat penuh dan bocor !

Ok.. aku sendiri pon baru je tukar lampin pakai buang Qhaliff yang berjenama Drypants ni. Berak.. hehehe.. Memang keluar dari lokasi sepatutnya ! Tak timbul pelik sebab aku anggap biasa ! Rupa-rupanyaa !! Hurmm..

Di fan page Drypers Malaysia , ramai pengguna sedang ‘ amuk ‘ ! Dan respon dari Drypers Malaysia ..

“ Salam sejahtera … , terima kasih atas maklum balas anda terhadap Drypers Wee Wee Dry yang baharu. Sila hantarkan butiran peribadi berikut melalui PM supaya Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami dapat menghubungi anda secepat mungkin untuk membuat siasatan lanjut berkenaan isu yang anda hadapi.

1) Nama Penuh
2) Nombor Telefon
3) Alamat E-mel

Terima kasih atas kesabaran anda. “

 

Hurmm.. Aku tertanya gak. Apakah aku beli yang tiruan punya ? Wujud ke tiruan punya  ? Sebab Drypers ni boleh beli dari orang per seorangan kalau tak silap aku.. dengan harga yang agak murah berbanding dari pasaraya.. Tapi , aku beli kat Aeon Alamanda ! hurmm..

Acaner tu ? Selamat tinggal DRYPERS ?

12 ulasan:

  1. Sebelum ni pun baby saya pakai drypers. Takut nak tukar brand lain, takut tak serasi. Last2 beranikan diri juga sebab dah rasa lain macam je pakai drypers tu. Alhamdulillah. Yg baru ni baby serasi n takde bocor lagi dah.

    BalasPadam
  2. Ummi pakai drypers juga, tapi yang basic tu...okay jer..beli di kedai yang diyakini.tak ada isu kot.

    BalasPadam
  3. bkn tu je masalahnye ...kadang tu byk jg dlm beg tu yg tak de pelekat kosong je yg kat tepi pinggang tu.... nk buat cam ne tu ... kadang tu lebih dr 3 diapers...rugi la

    BalasPadam
  4. Memang Drypers makin nipisss T.T pet pet pun samaa.

    BalasPadam
  5. terbaca jugak isu drypers ni..selamat dah lama tukar jenama..ish!

    BalasPadam
  6. yup sy perasan memang makin nipis pun drypers packaging baru ni..arini first time pakai hope ok la tak bocor..kalau tak kena tukar brand la..

    BalasPadam
  7. @Nooraini Ali.

    betul. Saya pun pakai yang basic punya. murah pun murah. kadang kadang pakai whoopee. pun okayy gak.

    BalasPadam
  8. lama dah anak tak pakai lampin pakai buang jenama tu....

    BalasPadam
  9. Memang dah beralih lana dah dr Drypers kpd yg lain.. Sejak Drypers mengeluarkan 3 jnis Drypers berlainan kualiti serta harga.. Tp dia downgrade bg setiap jenis sbnarnya..

    BalasPadam
  10. huhuhu.... samalah kita... dulu pakai wee wee dry, rasanya ok ja, then tetiba wee wee dry ni cepat penuh dan pelekat tak bagus ... tukar pakai drypants, yang ni ok better dari wee wee dry tu ... yang drynights tu pun ok, tapi mahallah :( .... drypers classic tu very not ok, better jangan guna kalau anak jenis kuat buang air kecil, ni mmg hampagas ... yang wee wee dry "HERO" tu memang tak HERO langsung! ... hurm ....

    tapi, still juga stick pada DRYPERS, muehehe .... I love drypers drypants so far T_T

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009