Jangan ingat anda saja ada kereta !

by - Jumaat, Ogos 19, 2016


image

RNR Mex ! Aku nak berenti makan. Wife lapar.. aku lapar.. anak anak lapar ! Pastu nak ke rumah orang tua. Ziarah ayah. Wife memang payah nak jalan jauh. Sakit belakang.. dah sarat mengandung.. 
Kalau dapat parking dekat skit dengan tempat makan , pasti lega. Aku terus ke tempat biasa aku parking.. Dan terus mengeluh dalam hati bila ternampak kereta Honda tu.. Cara parkingnya menghadirkan umpatan di mulut aku. Tak pasal pasal cipta dosa ! 
“ Haishhhhhh….”. Aku geleng kepala ! Teringin nak tengok sapa pemandu dia..
Tolong jangan kata nak pergi tandas yer. Bagi mereka yang biasa ke RNR Mex , pasti tau kalau nak ke tandas , surau atau tempat makan , parking dijarakkan bagi memudahkan pengguna. Kalau nak ke tandas, boleh parking depan tandas terus.. Dan memang banyak kosong ! Ni dia parking depan kedai makan. Bermakna dia nak pengsan dah ke sebab berhari tak dapat makan ? Haiyaaaa…
Aku masuk ke dalam kawasan kedai makan.. sambil dukung Zahra. Dilintasi 3 wanita vogue gituuu.. Hurmm.. Cakap utara. Alahai… Takkan kot ? Aku berhenti dan pusing belakang..
“ Perempuan rupanya.. Iskh iskh iskhhh.. “.
Tak rasa bersalah ke ? Walaupun ada banyak parking di tempat lain tapi dengan cara dia parking gitu , secara tidak disedari dia telah menyusahkan orang lain andai ada pengguna lain yang membawa orang tua.. kurang kemampuan termasuk kes aku.. wanita sarat mengandung !
Hurmm…  pesanan ni buat aku dan juga pengguna jalan raya yang lan termasuk juga motorsikal ! Parking jangan ikut suka tekak jer !

You May Also Like

8 comments

  1. Sikap yang harus dijauhi,kereta je mahal tapi perangai langsung kelaut.

    BalasPadam
  2. mungkin sebab jenama kereta dia kut, yang buat dia parking macam tu? hehehe..ramai sebenarnya pemandu yang macam ni. tak perlu tengok jenama kereta. kadang yang biasa pun ada yang parking macam ni kan? kesedaran tu kurang..fikir diri sendiri je..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  3. Dia belum kena tu..patut letak sticker kat kereta dia dan tulis..sila parking dengan betul2, masuk dalam kotak.

    BalasPadam
  4. Kalau julia...malu tebal nak parking cm tu...biar lambat masuk parking dari ambil 2 parking cmtu...

    (pengajaran....jgn amal sikap individualistik)

    BalasPadam
  5. selalu juga steress dengan org mcm nie..hurmm parking x ingt dunia mcm parking dia yg beli

    BalasPadam
  6. Letak nota 'sila parking ditempat yang disediakan dengan elok agar pengguna lain boleh parking disebelah kereta anda'

    BalasPadam
  7. hi hi hi mcm mana boleh lulus parking nih?

    BalasPadam
  8. Buat orang sakit hati jaa parking camtu! Memang jenis penting kan diri sendiri je ni.

    BalasPadam