Perlukah aku guna Samsung Galaxy Note 7 ?

by - Jumaat, Ogos 12, 2016


Buat masa sekarang , aku guna Sony Xperia X dan juga Samsung Tab A with S Pen ! Hehehehe.. Secara jujurnya , pada awal aku gua Sony Xperia X ni , takda beza dengan Sony Xperia Z5 yang aku ada. Tetapi selepas dua bulan guna , ternyata ianya jauh berbeza dan aku amat menyenanginya terutama part charging dan selfie di tempat yang cahayanya rendah.
image
image image
Dan kemudian part charging.. Jujur aku katakan , bateri cepat haus tetapi bukan salah Sony Xperia X yer ! Sebabnya , aku punya whatsapp tak henti henti bergetar ! Ditambah Facebook dan Instagram yang on 24 jam tanpa henti !! Memang laaa cepat haus tetapi , part charging tu menarik ! Jika 50% kuasa yang tinggal , bagi aku tak sampai sejam charge untuk dapat penuh balik ! Giler cepat !!
Ok.. tapi Sony Xperia X tak de S Pen ! Kalau ada , confirm sempurna dah kehidupan blogger aku ni ! Hehehehe.. Maka dengan itu , aku gunakan Tab A with S Pen yang melengkapkan hari aku ketika ada meeting ! Segalanya aku ‘tulis’ jer. Tak perlu lagi menaip !! Hehehehe..
Tab A bagi aku dah cukup menarik namun kameranya , gagal ! Maka Sony Xperia X , menyelamatkan ! Gabungan kedua dua ini cukup mantop ! Huhuuh..
image
Tapi.. dengan dua gabungan tu , lebih baik guna Samsung Galaxy Note 7 , kan ? Huhuhuh.. Harga pon tak la mahal mana.. RM3K++ , dengar kata.. ? Kan ? Huhuhuh.. Tak mampu aii !!
Samsung Note 7.. bagi aku macam tak sesuai je untuk buat kerja berat cam aku buat .. Hurmm.. Skrin kecik ! Tak puas melukis.. Er, aku melukis ? Hahahaha..
Cantik , memang cantik. Serba serbi menepati citrasa aku namun tak sepuas guna tab untuk menulis..
image
Namun, aku rasa Sony Xperia X lebih relevan dengan aku terutama part cuai , ketahanan serta lebih selesa di tangan aku ! Dan aku dapati keluarga S7 ni manja di bahagian cermin. Banyak kes skrin retak bila terjatuh.. Yer , aku memang cuai.. Harga skrinnya , bukan la murah yer.. Cam aku punya Sony Xperia X , dah beberapa kali terjatuh namun terselamat.. Aku tak guna pon tempered glass.. huhuhu..
Kalau kasi free ? Gila tak nak ! Hahahahaha…

You May Also Like

2 comments