Rahsiakan dari dia..

by - Khamis, Ogos 04, 2016

 

image

Pesanan dari adik aku di group whatsapp keluarga… 4 pesanan suara. Semua suaranya bergetar. Aku dah syak sesuatu.. Seperti aku rasakan sebelum ni dan ianya menjadi realiti !

Gegas minta wife bersiap dan begitu juga dengan anak anak.

Jom gi umah mak.. “.

Wife tak banyak cerita. Dia pon dah dengar sendiri. Aku memandang sayu anak anak. Mereka masih kecil. Belum puas bermanja dengan tok ba.

Enjin dihidupkan. Terus ke Cheras. Hurmm… Rupanya hari ni dia ada check up di HKL. Aku terlupa. Terlalu banyak hal aku nak pikirkan terutama hal yang remeh temeh ! Arghhhh ! Buang masa aku sungguh !!

Adik perempuan dan mak aku terangkan keadaan ayah. Suara masing masing tersekat. Takut ayah dengar. Dia masih tak tau.. Masing masing berlagak tenang. Ayah ada darah tinggi. Kang kalau dia tau.. hurmm..

11/8 nanti.. doktor nak jumpa semua adik beradik dan ahli keluarga. Ada perkara penting nak dibincangkan. Hidup atau mati.

You May Also Like

9 comments

  1. bertabahlah ya Ben dan adik beradik yg lain...semoga dipermudahkan segala2nya dan banyak2 berdoa untuk ayahanda tu

    BalasPadam
  2. Tabah ye bro. Semoga dipermudahkan segalanya.

    BalasPadam
  3. Ya Allah sebaknya...ben teruskan berdoa...doa anak soleh Allah lindungi...amin

    BalasPadam
  4. semuga Allah permudahkan segalanya..bertabahlah dan sama2 berdoa semoga ayah Ben akan sembuh dan sihat mcm biasa..Aamiin

    BalasPadam
  5. Semoga semua urusan dipermudahkan dan ayah Ben sihat seperti selalu, aamiin ..

    BalasPadam
  6. Sabar dan tabah.. semoga di permudahkan segala urusan

    BalasPadam
  7. Semoga Allah permudahkan segala urusan aben sekeluarga.. Aamiin

    BalasPadam
  8. Allahhuakhbar, ujian Allah bg kepada abg ben sekeluarga... semoga dipermudahkan

    BalasPadam