Saffron la pulak !

by - Ahad, Ogos 07, 2016

 

Di Alamanda , Putrajaya.  Tiba-tiba wife berhenti dan bagitau nak ke kedai arab yang terletak di tingkat 1. Hurmm.. Aku malas nak tanya apa apa.. Apa saja dia buat , aku tumpang sekaki , selepas kes Chia Seed tu ! Hahahaha..

Dah beli.. dia tunjuk kat aku ! Aku tanya buat apa ? Katanya nak rendam dalam air dan minum pastu ! Hurmmm.. Untuk kasi cantik kulit baby !

image

Seperti biasa.. aku kan suka google ! Dan jumpalah macam macam infomasi yang berguna pada aku dan macam korang tau , aku akan berkongsi pada korang jugak !

Dan jumpa di Za'faran@Saffron utk ibu mengandung  yang dah lama tak aktif ! Last posting , 2014.. Hurmm..

image

Oooooo ! Banyak kelebihan rupanya ! Hurmm.. Dan aku jumpa info lagi di sebuah blog yang dah tak aktif !

image

ZA'FARAN (Saffron) adalah sejenis pohon atau tumbuhan yang berasal dari Loridacces dengan 30cm hingga 50 cm ketinggian kebiasaanya. bunga za'faran punyai tiga kelopak berwarna ungu juga tiga daun yang berwarna ungu. untuk mendapatkan hasil 3kg-5kg maka 1 hektar tanah digunakan utk menghasilkan za'faran. oleh kerana terlalu susah dan sukar utk mendapatkannya maka harganya dikatakan barang yang paling mahal di dunia. za'faran mempunyai nilaian komersial dan khasiat yang sangat tinggi. Filamen Za’faran adalah stigma kering dari bunga za'faran. Setiap bunga tersebut mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran sekilo mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00

Dan oleh kerana bau dan kuasa warnanya yg kuat, hanya sedikit diperlukan sahaja Za'faran yang diperlukan. warna za'faran ialah kuning kemerahan serta bau yang sangat kuat. manfaat za'faran ialah menguatkan ingat dan menguatkan sel-sel otak manusia. disyorkan minum za'faran beserta dengan madu.

ZA'FARAN juga digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah yg banyak menggunakannya untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap terbaik untuk kelazatan dan kesihatan...  Selanjutnya , leh baca sendiri di Saffron - Za'faran Dan Kesihatan.

Dan aku baru tahuuuu pasal Saffron ! Hahahaha.. Dah tua tua gini , baru tau banyak perkara.. Salah sendiri ! Sapa suruh kurang membaca.. kan ?

You May Also Like

3 comments

  1. jadi saffron itu sama dengan zafaran ya tumbuhan yang khasiatnya sudah membumi di mancanegara karena manfaatnya banyak sangat ya kak

    BalasPadam
  2. Tahu saffron...dulunya byk digunakan dalam menu masakan tp kini lebih kepada produk kesihatan...terbaik

    BalasPadam