Takut ‘tua’ menjengah diri..

by - Khamis, Ogos 18, 2016

 

Sedang aku sibuk di event Gillette pagi tadi , aku dapat panggiilan dari mak aku. Dia mengadu pada aku dan minta aku ke rumah bila abis event. Hurm.. Berbelah bagi sebentar. Perlukah aku balik rumah dan amik wife serta anak anak di rumah dan kemudian baru ke rumah mak aku ? Wife dah sarat mengandung.. kena jaga dua budak comel tu lagi.. Kalau aku pergi terus ke rumah mak , pasti aku diminta jaga ayah sebentar .. paling tidak hingga ke lewat petang. Risau jugak aku tinggalkan keluarga di rumah. Wife bukan tak pernah jatuh tergelincir. Haish.. Jiran jiran semua kerja. Kalau jadi apa apa ??

Aku call wife.. Dia kata dia ok. Dia suruh aku terus ke rumah mak.. Berat hati. Sana keluarga , sini ayah.. Aku terus ke Cheras dulu. Di sana , kelihatan abang aku serta adik lelaki ada di rumah. Masing masing jaga ayah. Diorang sendiri pon dah banyak berkorban jaga ayah. Hurmm..

image

Aku suruh adik laki aku pulang ke rumah. Dia pun ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Maka tinggal abang dan aku jer. Ayah , tidur.. Kalau dia tidur , semua dapat tarik nafas lega.. Kalau dia jaga , hurmmm.. dia takkan dapat duduk setempat untuk seminit ! Sekejap baring.. sekejap nak duduk.. sekejap nak jalan.. Dan sesekali nak masuk tandas ! Serius aku respek sapa yang jaga orang tuanya , di kala mereka tidak sihat ! Bukan mudah ! Serius.. bukan mudah ! Kesabaran diperlukan sehingga ke tahap tertinggi ketika ini !

Aku tengok bagaimana abang aku uruskan ayah. Tak pernah tengok dia sesabar ni. Begitu juga dengan adik lelaki aku. Hurmm.. Semoga Allah rahmati mereka. Ayah aku lebih gemar memanggil mereka berdua dari aku , bila memerlukan apa apa bantuan. Huhuh..

Melihat keadaan ayah , aku terfikir. Sekarang ni aku berusia 40 tahun. Untuk capai ke usia ayah aku tu , tak lama dah. Pejam celik pejam celik.. Cuma satu dua persoalan bermain di minda aku..

Apakah isteri aku nanti mampu menjaga aku andai aku seperti ayah aku nanti ? Apakah anak anak aku akan menjaga aku seperti mana aku menjaga mereka ? “.

Benarlah kata orang tua.. Kalau nak cari pasangan hidup , carilah yang boleh menjaga kita di hari tua kelak. Bukan yang jaga rupa paras serta bentuk badan mahupun kerjayanya , saja !

Tunduk sayu..

Ayah hulurkan tangan pada aku..

Hang jangan jadi macam aku ni..”. Pesanan dia.

You May Also Like

8 comments

  1. Sabar banyak2 aben, insyaallah kita semua doakan yang terbaik....

    BalasPadam
  2. Kalau kita buat baik pada ibu bapa Insyaallah nanti anak2 akan buat baik pada kita. Yang penting didikan...kan..

    BalasPadam
  3. menjaga orang tua memang perlukan kesabaran tinggi..bukan semua orang mampu lakukannya..

    BalasPadam
  4. insyaallah...moga di permudahkan

    BalasPadam
  5. InsyaAllah, Allah akan balas balik pada aben sebagaimana jasa yang aben dah curahkan pada Mak Ayah ..

    BalasPadam
  6. Kena banyak bersabar dan beristifar.. insya-Allah moga dpermudahkan segala urusan dan dlindungi oleh Allah SWT aamin..

    BalasPadam
  7. Entah la Ben...Bneda tu bukan setakat Ben ja ja yang fikir.Kami pun sama..Kadang2 orang ada anak 10 pun,blm tentu semua boleh jaga mak ayah dia....

    BalasPadam