Terima kasih HOSPIS MALAYSIA kerana sudi merawat ayah !

by - Jumaat, Ogos 19, 2016

 

“ Ada nurse datang rumah. Dia check ba.. “.

Itulah yang diberitahu adik aku sejak ayah keluar dari wad , bulan lepas. Hurm.. Tertanya tanya gak aku.. takkan nurse datang rumah periksa ayah ? Tak tau pulak aku ada perkhidmatan begitu. Ingatkan untuk ibu ibu yang baru lepas bersalin jer.. Hurmm..

Rupanya HOPSIS MALAYSIA ! Dan hari ni aku berpeluang bertemu jururawat NGO yang dikatakan oleh adik aku tu.. HOSPIS MALAYSIA ni adalah satu badan NGO yang membantu masyarakat dari sudut perubatan. Mana mana pesakit yang ada sakit merbahaya dan dikatakan ‘tidak berpeluang untuk hidup lama’ , mereka akan datang membantu memberi rawatan secara percuma termasuk ubat-ubatan !

Pagi semalam , dia dah datang check ayah. Tekanan darah tinggi dan gula kurang. Ayah memang tak berdaya dah nak berdiri apatah lagi nak berjalan. Dia bagi ubat dan khidmat nasihat.

Dan tengahari tu aku datang.. ayah mengadu sakit di bahagian perut. Aku pegang.. keras ! Aku ingat angin.. Dia kata dia tak leh kencing. Air minum banyak dah ! Adik aku call sekali lagi HOSPIS MALAYSIA.

Malam , nurse yang sama datang.. Dia lewat kerana ada pesakit lain yang perlukan rawatan. Dia periksa.. Ayah ada masalah kat pundi kencing. Terus dia pasang wayar.. Aku tak tau la apa nama betul dia.. kiranya sambung terus ke beg air kencing tu laaa..

Pastu ok dah ayah. Baru dapat tidur dengan lena..

image

image

Sempat aku memperkenalkan diri dan menawarkan ‘perkhidmatan’ andai mereka memerlukan bantuan dari sudut awareness dan sebaganya..

Aku bertanyakan juga mengenai HOSPIS MALAYSIA dan ianya sangat menarik sekali. Tak pernah aku tau langsung mengenai badan NGO sebegini ! Mulia sungguh laaa mereka.

image

“ Hospis Malaysia cares for over 2,000 patients and their families who are affected by cancer and non-cancer life-limiting illnesses annually. Our clinical team makes home visits to assess patients and help with the problems related to a life limiting illness, be they physical, psychological or social. Patients will need to submit a referral letter by the attending doctors to be registered under Hospis Malaysia.Our care is provided free of charge.

Hospis Malaysia is a non-governmental, non profit organisation that offers professional palliative care to patients suffering from life-limiting illnesses within the Klang Valley. It is also a leading provider of training and education on palliative care and a strong advocate for greater accessibility to this area of medical specialty in the country. The organisation is committed to advancing palliative care programs, education, and research with the aim of to ensuring that palliative care, which is already part of the WHO definition of “Universal Health Care”, becomes fully integrated into the country’s health care system. “ - Hospis Malaysia
 
Abis je nurse tu rawat tu mintak diri. Sebelum dia balik , dia borak jap ngan ayah aku sambil usap kepala ayah aku. Terharu aku melihat tindakan dia tu.. seolah olah dah merawat ayah berbulan bulan lamanya. Lembut je cara dia cakap..

Katanya , jika ada masalah lagi.. jangan tunggu.. terus call HOSPIS MALAYSIA. Akan ada nurse lain datang andai dia cuti.. Huhuhuh.. Ada aku tanya.. Ubat-ubatan tu camana boleh diberi percuma ? Katanya , ubat tu didermakan oleh individu individu tertentu. Kita sendiri pon boleh menderma andai ada lebihan ubat yang tak digunakan..

Terbaik HOPSIS MALAYSIA !
image

You May Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah..semua itu usaha yang perlu ..kesihatan kena jaga...

    BalasPadam
  2. kali pertama jugak tau ni.. bagus kalau diwar-warkan hopsis ni kat umum.. dapatla bantu mereka yang sukar nak pergi dapatkan rawatan.

    semoga ayah beben diberikan kesihatan yang baik. inshaAllah

    BalasPadam
  3. saya tak keje kat sini but thanks a lot for promoting it. malaysian need to know. better to donate as well since it depends on donations to operate.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, mulianya hati berkhidmat membantu dengan ikhlas macam tu.

    BalasPadam
  5. Salam. Boleh saya share catatan saudara dlm FB?

    BalasPadam