Jatuh cinta dengan Perlis

by - Jumaat, November 29, 2019


Dari Perak , bergerak ke Perlis. Sasaran perjalanan , 6 jam !  Bukan jauh pun tapi aku yang memandu dengan had kelajuan dan mengikut peraturan , harapnya ! Huhuh.. Wife dalam kereta risau dah. Katanya nak sampai sebelum malam sebab ada banyak kerja perlu disiapkan sebelum keesokkan harinya. 

Aku cam.. Hurm..

Tengok jam. Pasang Waze. Jika aku memandu tanpa henti , maka kami akan sampai pada jam 3 petang gitu. Apakah aku mampu memandu begitu ? Dari Impiana Hotel Ipoh , aku memandu tanpa henti ke Kangar , Perlis ! Kenapa aku berjaya memandu tanpa henti. Cuaca begitu baik. Tidak begitu panas dan tidak begitu mendung. Alhamdulillah.. cantik sekali. 

Melalui pintu gerbang menyambut kedatangan orang luar ke Perlis. Tidak begitu sesak dengan kereta dan pemandu di sini memandu dengan baik sekali. Mata aku meliar mencari restoran untuk berhenti singgah makan tengahari. 

Tak jumpa ! Pelik !! Restoran mamak pun tak nampak ! Hahahah.. Adoiyai. Perut makin keroncong. Nampaknya makan di hotel je la.

Tiba di The Putra Regency Hotel , Kangar. 

Orang kata first impression tu penting ! Dan ketika aku tengok hotel ni dari luar , aku cam.. sekadar Hurm jer ! 

Hurm jer???? 


The Putra Regency Hotel , Kangar

Daftar Masuk !

Parking mudah. Banyak kosong lagi waktu siang . Dan ikutkan hotel ni dah penuh. Tapi rezeki aku ada kenal kawan , maka dapatlah bilik keluarga di hotel ni. Dikatakan The Regency Putra Hotel Kangar ni , antara yang terbaik di Perlis. Alhamdulillah.

Masuk bilik. 

Alhamdulillah.. Luas ! Pada awalnya aku rasa cam hotel ni cam tak beberapa menepati citarasa aku tapi.. tapi ! Haaa... teruskan membaca ! 


Old skol tapi nasib baik tak hitam putih punya ! Kena tukar dah tv ni .

Kagum tengok padang sekolah ni. Luas kauuu ! 

Permandangan dari bilik waktu senja. Cantik !

Katil... bantal.. aku kasi 5 bintang ! Selesa dan best ! Lantai dia ok tapi jika basah , merbahaya. Aariz terjatuh tapi salah dia la. Dia berlari dan ketika tu lantai basah dek kerana baru naik dari kolam mandi. Benjol di kepala tapi dah surut. Hurmm.. 

Bilik air , kecil dan kena berhati hati sangat ! Jika budak suka main air dan sabun , akan jadi licin. Ini sangatlah merbahaya. Ibu bapa kena pantau mereka ketika mandi. Segerakan ! 

Selepas semalam menginap di sini , yer..  aku akui hotel ni best Ada tarikan tersendiri yang sukar nak dimengertikan.! Dan benarlah kata kawan kawan yang syorkan hotel ni.. terus terang memang best ! Jika aku ke Perlis lagi , hotel ni akan aku pilih. Kenapa ??? 

Kolam mandi dan makanan ala carte yang sedap ! 




Di coffee house , aku tanya waiter di sini. Di sebelah hotel ni ada satu restoran steam boat. Ok ke tak restoran tu ? Harganya.. Dan jawapannya membuatkan aku rasa cam.. nampaknya kena keluar cari makan di luar malam ni ! Huhuh...

Makanan di coffee house tu , sedap ! Aku test mee kari dia.  Tapi aku nak kena gak try makanan di Perlis ni. Dan rezeki aku , kawan di Facebook beritau lokasi lokasi restoran yang sedap patut aku gi cuba ! 



Malam menjelma. Kitorang ke Kuala Perlis. Dalam perjalanan , nampak Petronas. Berhenti beli air mineral dan sebagainya. Risau tak jumpa kedai runcit dan... hahaha.. Bodohnya aku aih !! Rupanya bersepah kedai runcit di sini. 

Bukan apa.. ketika di Ipoh ari tu , malam harinya memang agak sunyi. Rupanya orang kata , segala keseronokkan dah dipindahkan ke Bandar Meru. Di sana baru havoc ! Di Perlis ni.. Kangar malam hari agak tak sibuk tapi banyak kedai makan dibuka ! Cuma.. nak tau yang mana sedap dan best tu , korang kena ada 'petunjuk'. 

Malam pertama... aku degil ! Nak mencuba sendiri kedai kedai yang ada. Kononnya nak explore la ! Lokasi pilihan,.. Kuala Perlis. Dan aku kecewa ! Makanan , ok ok jer. Saja test keow teow goreng. Hurmmm..  

Dek kerana aku kecewa maka aku buat keputusan , lain kali makan KFC je la.. Huhuh.. 

Meriah KFC !

Orang kata.. Haa , orang kata ! Di sini patut cuba makan masakan ikan bakar ! Tapi kena pandai cari la. Kalau tak , mau tepuk dahi gak harganya. Huhuh.. 

Ok... Esok harinya.. makan pagi di hotel. Tak begitu banyak pilihan. Dan simpan sedikit kelaparan untuk makan tengahari ! Destinasi pilihan , Suri Corner atau Suri Masakan Melayu Asli !  First Impression aku ? Huhuhu.. 

Wow ! 

Best ! 

Tak sabar nak makan weh ! 









Aku kasi 5 bintang ! Nasib aku sampai lewat . Aku rasa kalau sampai dalam jam 11 atau 12 tengahari, pilihan makanan lagi banyak dan lebih panas ! Huhuh.. Dan harganya , bagi aku murah dah. Takda la harga sembelih orang luar dan ini memberikan satu pandangan positif pada pelancong domestik. Disyorkan !

Selesai makan tengahari... makan malam lak ! Anak anak siap mengeluh.. Makan lagi ??? Tapi dah dirasuah dengan mandi kolam petang tu , diorang tak membebel lebih la.. Huhuh.. Ikut je la. Ditambah dengan masing masing pun kelaparan.. dan mengantuk.  Ikut jer la.

Lokasi : Restoran Nyiru Klasik Ikan Bakar

First Impression : Kakitangan restoran yang peramah dan mesra. Restoran yang bersih , menarik dan mesra pelanggan terutama orang luar. Kemas. Aku suka !









Sesungguhnya .... sesungguhnya ! Masakan mereka sangatlah sedap ! Aku tak terasa seperti ada perisa makanan pon .Memang asli sungguh la ! Masakan melayu gitu.  Biasanya kalau makan begini di KL , lepas tu aku akan mencari air suam. Terasa dahaga dan kemudian sakit kepala. Garam banyak tapi di sini , wow ! Patutlah orang kata , sekali makan kat sini , akan kembali ! Huhuh.. 

Harga ? Di restoran ni murah dan berbaloi ! Kenapa  ?? Sebab tanah dan kedai ni tiada hutang. Nahhh.. kos sewaan tiada ! Sebab tu boleh murah tapi sedap ! Huhuhu.. Bayangkan aku makan ni pun baru RM108 jer. Tak dapat kau kat KL ! 

Dan aku mencuba mentarang bakar dan ikan gerut dibuat dua jenis masakan. Jatuh cinta lak aku ngan ikan Gerut ni. Tak pernah makan . Hahahaha..

Selesai makan. Borak dengan staff restoran. Macam macam info dapat. Alhamdulillah. Dan pastinya, aku akan kembali lagi ke Perlis selepas ni. Cuti panjang, kena buat percutian ke Utara.. Perak , Perlis dan Kedah ! 

Perlis begitu damai. Tiba tiba rasa cam nak pindah Perlis ! Hahaha..

You May Also Like

12 comments

  1. Betul.. mmg kalau pergi Perlis boleh jatuh cinta.. dulu ambil anak buah UUM tapi wajib terus ke Perlis. Tak jauh dah

    BalasPadam
  2. Tak sangka pulak perlis ada tempat makan best macam tu 😅 selalu bila mention perlis mcm krik2 ja 🙊

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    salam jumaat
    indhanya anum pun suka jalan ke perlis

    BalasPadam
  4. Wooow bestnya...ni yg buat i is nak mai Perlis lagi ni...nak cuba masakan kampung kat situ...

    BalasPadam
  5. Seronok juga ya. Ada banyka pilihan ikan bakar dan kedai makan.

    BalasPadam
  6. nasib baik perlis kecik ja kan. jadi memang syok lah boleh jalan2, hehe

    BalasPadam
  7. amboiii .. mcm mcm ben cuba makan .. muat ke perut tu hahaha... nampak sedap plak tu

    BalasPadam
  8. Wow byk tmpt mkn yg best2 di perlis ye..tahun ni x sampai perlis lg..InsyaAllah one day hope sampai la sana..nice sharing abg ben..

    BalasPadam
  9. ramai yg datang Perlis x nak balik dah ,takde traffic jam .

    BalasPadam
  10. sy orang perlis..banyaaakkkkk lagi tempat makan yg best2,sedap & murah kat cni. nampak cam kedai makan tepi jalan tak rasa nak singgah pon tapiiii sedaappp berbaloi2 :D

    BalasPadam
  11. Rindunya perlis! Dah lama tak pergi sana

    BalasPadam
  12. Terima kasih, Abg Ben, sudah bertandang ke Perlis. Nyiru Klasik memang pilihan yang tepat,Tn Ben.

    Abg Ben sempat tak ke Kepli Nipah Nyiru?

    Hotel Seri Malaysia Kangar juga tak mengecewakan ,Abg Ben.

    Alamak dah lama saya tak berblogging dan blog walking. Saya antara follower blog Abg Ben since 2011,dgn 1 blog peribadi lain. Tp dah lupa password dan email blig tu😅

    BalasPadam