Kenapa Sellection @ Branded Handbags by Rafidah ?
Aku cukup takut kalau wife berjauhan dari aku ! Maksud aku, kalau dia pergi kerja tu la. Kenapa ?? Sebab dia suka benar tengok Instagram ! Dia bukan skodeng orang bagai.. tapi suka tengok barangan yang dijual secara online di situ. Barangan perempuan semestinya. Barangan lelaki ? Hahahah.. Takda maknanya.
Bila dia jumpa , dia send kat aku..
" Cantik tak,bang ? " tanya dia melalui whatsapp.
Aku cam... " Hurm " jer..
Kenapa ?
Sejujurnya la kan.. aku tak minat nak beli barang mahal melalui online ni ! Lebih lagi lak kena tunggu berbulan lamanya untuk dapat. Dah beberapa kali dah wife beli. Aku pernah ikut la gi amik barang tu di lokasi. Jauh jauh lak tu. Dek kerana sayang , ku turut je la. Hahahaha.. Tapi tu pertama dan terakhir ! Tamo dah kata aku. Rela bayar mahal skit dari tunggu berbulan !
Bukan apa.. bagi aku la.. kalau dah berkenan , duit ada.. amik je la ! Sekali seumur hidup atau setahun dua , sekali beli... biar berbaloi dan puashati. Ni beli pastu tunggu lama baru nak dapat , cam.. Tu pun kalau panjang umur.. Huhuh.. Faham faham je la kan. Tu bagi aku la.
Bulan lepas , ternampak sahabat blogger KBBA9 , UmmiNani membeli belah beg tangan di sebuah butik handbag terkenal di Wangsa Maju. Aku rasa peminat handbag luar negara mesti dah kenal butik ni. Kenapa aku kata gitu ? Menurut kawan aku ni, founder dan staff rajin buat live di Facebook. Bukan sekadar mengenai jualan tapi juga mengenai handbag , perkongsian tips dan sebagainya.
Wife aku pun dah sedia maklum mengenai butik ni. Branded Handbags by Rafidah kalau namanya di Facebook. Katanya ramai je kawan kawan dia dok follow Sellection ni. Dan aku bagitau wife mengenai Sellection , dia setuju je ke sana untuk melihat lihat dulu..
Kenapa aku setuju Sellection by Rafidah ni ?
Ada beberapa faktor yang buatkan aku setuju ke sini. Disebabkan faktor menarik inilah wife juga berminat ke sini walaupun jauh dari rumah kitorang sedangkan dia juga ada banyak pilihan untuk membeli beg tangan berjenama ni.
- Lokasi mudah. Parking senantiasa ada kosong walaupun selalu penuh. Datang seawal butik buka lagi mudah.
- Aku suka bertanya macam macam. Maklumlah , aku ni dungu bab fesyen. Dan bila staff layan dengan baik , pastilah aku tergoda.
- Puan Rafidah sendiri turun padang melayan pelanggan. Layanan sama tak kira kau datang pakai selipar atau selekeh ! Baginya, semua adalah pelanggan yang berkualiti.
- Tiada paksaan dalam membeli. Kau bebas memegang , mencuba dan termenung ! Jika perlukan bantuan , panggil je mereka. Mereka akan membantu menyelesaikan masalah tak tau nak pilih beg mana satu ! Masalah biasa je ni. Huhu..
- Sellection ni bukan baru buka semalam. Dah beroperasi sejak 2018 lagi. Pengalaman sebagai Puan Rafidah sebagai Trusted Seller sejak 2014 lagi ! Lama dah woo.. Bermula di Canada.
- Trusted Seller ! Barang yang dijual, memang asli. Tiada barang tiruan dalam tu. Hanya dari USA saja. Mereka ada team Sellection USA yang bertujuan dapatkan fesyen atau design terkini.
- Kalau dah terjebak beli di butik, pastinya akan jatuh cinta. Lain kali beli online jer. Diorang boleh pos je barang tu. Pilih dan bayar ! Gituuu..
- Duit tak cukup lagi tapi risau buah hati akan 'dikebas' orang ? Tak perlu risau.. Boleh bayar secara ansuran. Tak bawak tunai ? Debit boleh ! Kredit kad pon boleh. Asalkan jangan curi !
- Jika dah jadi pelanggang setia, boleh dapat cashback 2% dan jika korang rekemen pada kawan kawan, turut dapat bonus ! Ada referral programme gitu !
- Ada barangan lelaki juga ! Fuh... bukan sekadar beg je tapi jam tangan.. tali pinggan dan juga baju berjenama dari USA !! Ko rasa??
Kenapa tak beli je kat Personal Shopper atau butik lain ?
Kalau ikut pada pengalaman aku la... sepanjang wife aku membeli melalui online, masalah dia ialah dari segi size dan juga tak boleh pegang barang tu ! Kau kena beli dan tunggu sampai ke tangan. Baru boleh tau ok ke tak.. sesuai ke tidak !
Aku lebih suka jika nak membeli barangan berjenama ni , aku pegang.. rasai sendiri kesedapannya. Barulah puashati membeli. Setakat beli tanpa 'menikmati' keindahan ketika membelinya , bagi aku satu kerugian la. Hahahaha.. Beli barang mahal tapi tak dapat try dulu. Lainlah barang tu memang payah nak dapat atau aku tak sempat ke butik.. Tu aku beli online jer pon tak pe la..
Dan ada banyak kes gak la pasal Personal Shopper ni. Aku malas nak kata lelebih lak. Tak la semua tapi dek kerana orang kata .. nila setitik punya pasal ! Korang boleh sambung sendiri. Huhu..
Baik beli kat butik mereka jer ! Kan ? Ada yang pikir gitu tapi aku tak nak sebab bila kau melangkah masuk dalam butik, semua mata memadang kau.. atas bawah. Maalu wehh ! Aku bawak duit syiling je masuk. Huhuh..
Macam aku cerita dalam entri lepas, selepas dua kali datang.. akhirnya wife membawa pulang beg yang dia nak gunakan sangat dengan lasak ! Huhu.. Ikutkan dia nak beli satu lagi handbag tapi dek kerana aku dah jeling... ( Nanti nanti la beli pulak !) dia pun keluar dari butik Sellection dengan hati yang cukup girang. Lama tak pakai beg mahal katanya. Asik fokus pada anak anak jer. Nak gak self reward gitu..
Dia puashati.. aku lagi la puashati ! Maklumlah , dia kan bekerja untuk membantu aku. Apa salahnya belanja sesekali.. kan ?
Facebook: Sellection dan Branded Handbags by Rafidah
Instagram : Sellection
Oh ya.. jangan lupa ikuti live mereka di Facebook , setiap hari ! Pastikan korang dah tandakan See First yer.
9 comments
Betul, beli online nampak besar, sampai2 cinonet je haha pergi butik puah hati, boleh terus bergaya :p cantik semua beg yg ada kat sini
BalasPadamHahahaha untung aaaaaa.... wife aben tuu
BalasPadamBetul Tu..Bila nak beli barangan berjenama ni salah satu kepuasan dia adalah proses memilih dan membelek tu.. Pilih, beli, belek barulah puas hati kan..
BalasPadamSemua koleksi kat sini cantik2. Suka tengok. Nak2 jenama MK. Best gak ni sekali sekala cuci mata pastu shopping utk reward diri.. Wife Ben mesti happy dapat handbag baru..
BalasPadamCantiknya Coach! Satu satunya branded bag i pernah beli, sbb suka sgt brand Coach. Sanggup menabung masa tu hehe. Puas hati mmg berkualiti. Ni kalau i pi butik tu, mau semua rasa nak angkut balik hahaha
BalasPadamkepuasan diri dapat membeli di butik dan merasai... self reward itu penting., 👍👍👍 Terbaik lh...
BalasPadamPergh lawa semua..mata ni tak berkelip tengok
BalasPadamAda masa nanti mak datang juga jenguk2 kut ada yg berkenan di hati
BalasPadamItulah..sy pun suka seller yg buka butik boleh kita pergi sendiri tgk depan2 kan..x la kekok mcm kat butik betul..kalau boleh santai2 mcm kat rumah lg best..hehe..ada ke mcm tu..
BalasPadam