Takutnya dengar bila pasangan nak keluar bekerja !

by - Isnin, Mei 31, 2021

 " Abang.. jap lagi nak gi pejabat jap. Esok, sapa sapa tak dibenarkan berada di pejabat dah. Boss suruh siapkan semua kerja yang ada. So nak gi sign semua kertas kertas yang staff dah buat. Ikutkan Rabu ni tapi dah kata tak boleh pergi pejabat. Pastu nak gi cari barang dapur jap." kata wife. 

Oh ya.. untuk pengetahuan , aku bekerja dari rumah sejak 10 tahun dulu yer. Kang kata kenapa aku biarkan wife aku keluar gi kerja dan aku duduk rumah lak ! Haaa... Mau tau , aku keluar bila perlu dan memerlukan. Selebihnya , duduk rumah jaga anak dan buat kerja.


Tarik nafas dalam dalam. Sebelum ni , aku takda masalah langsung dengan semua ni. Malah aku sendiri ulang alik ke gym yang mana dalam gym tu pun SOP ke laut dalam.. tapi Alhamdulillah, sampai sekarang takda kluster gym. Huhuh.. 

Tapi kebelakangan ni, nak keluar depan rumah pun pikir panjang. Nak borak dengan jiran pun pikir panjang. Risau dijangkiti satu hal.. risau kita ni pembawa senyap pun satu hal ! Automatik jadi trauma. Kena pulak kebelakangan ni dok kata Covid 19 ni airborne lak ! Adoilah, satu hal tul la !

Ditambah lagi bila rakan rakan terdekat terutama di media sosial update akan kehilangan orang tersayang , atau ahli keluarga yang dimasukkan ke ICU dan sebagainya membuktikan yang Covid 19 ni bukan sekadar angin lalu di hujung hidung kita tapi mampu membunuh jika kita alpa ! 

Nak tak nak.. aku relakan je wife gi pejabat sekejap. Katanya sekejap je. Tapi aku tak benarkan dia gi ke pasaraya yang ramai orang. Kena gi kedai kedai runcit yang tak ramai orang dalam satu satu masa. Masuk amik barang yang penting dan keluar ! Selebihnya boleh beli secara online. TERPAKSA ! 

Namun aku respek dan tabik hormat la pada mereka yang TERPAKSA keluar rumah dan bergadai nyawa demi negara, demi sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Mereka tau risiko yang bakal mereka hadapi tapi tetap teruskan juga. 

Cuma peliknya la..pelbagai cerita yang aku dengar dari rakan rakan blogger mengenai sikap segelintir manusia yang tak takut langsung dengan bahaya Covid 19 ni. Tak jaga SOP di pejabat. Endah tak endah jer. Termasuklah dengan bos bosnya sekali ! Bila dah kena, baru nak mengelupur ! 

Kalau kita gagal putuskan rantaian Covid 19 ni, entah camana pulak virus ni nak bermutasi. Jangan sampai kita kena pakai pakaian astronaut bila keluar rumah sudah. Jika dah boleh jangkiti melalui udara maka dalam rumah pun dah tak selamat ! Takkan nak tunggu sampai gitu ? Nayaaa woi ! Nayaaa ! 

Kita bukan kena jaga kita dah sekarang ni. Kalau nak selamatkan negara kita ni, kita kena tolong tengok sekali orang lain yang mangkuk hayun tu.. yang jenis tak reti jaga SOP dengan buat report terus ke PDRM ! 


You May Also Like

2 comments

  1. Semoga dilidungi semua yg terpaksa bekerja n org sekeliling

    BalasPadam
  2. Merisaukan. Sepi. Walau kawasan taman tempat tinggal PC ni ramai kanak-kanak..tapi dah sepi sangat. Sebelum ni masih ada dengar lagi mereka main-main luar rumah.

    BalasPadam