Perasmian THE SHORE Shopping Gallery , Melaka

by - Ahad, Mac 22, 2015

 

THE SHORE Shopping Gallery , sebuah lagi mercu tanda di Melaka yang baru dirasmikan semalam dengan penuh kegemilangan menandakan Melaka sudah seiring dengan bandar bandar besar di Malaysia ni ..

Terletak di lokasi strategik di laluan sungai dan monorel serta bertentangan Eye Of Malacca , THE SHORE SHOPPING GALLERY ni hanya memerlukan pemanduan singkat dari tengah tengah tempat bersejarah Melaka , Jonker Street dan Chinatown yang terkemuka.

Pusat membeli belah ini hanya menumpukan kepada pelancongan  gaya hidup penuh bergaya menempatkan lebih 100 buah kedai hebat dengan keluasan 300,000 kaki persegi . Ia memaparkan senibina moden dan elegan , lanskap yang harmoni serta pelbagai perkhidmatan untuk menjadikannya syurga membeli belah untuk semua peringkat umur.

Pusat membeli belah ini menampilkan laluan pesisir Sungai Melaka , yang akan mengagumkan setiap pengunjungnya dengan pancuran bermuzik selain amfiteater untuk kedua dua acara luaran dan dalaman serta ruang makan.

THE SHORE SHOPPING GALLERY ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka , Yang Amat Berhormat Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PHB ( Pelaburan Hartan Hartanah Berhad ).

IMG_7571IMG_7576IMG_7585

Pusat membeli belah ini adalah sebuat asset hartanah yang amat penting bagi PHB dan turut diransang oleh tiga penyewa utama iaitu TANGS Lifestyle Store, The Shore Oceanarium dan Lot 10 Hutong  Food Gallery.

DSC05207DSC05209 DSC05212DSC05214 DSC05219DSC05226DSC05234 DSC05286

Oceanarium bersebelahan THE SHORE SHOPPLING GALLERY bakal menampilkan terowong akuarium dan terumbu karang terpanjang di dunia selain berperspektif tinjaun 360 darjah yang pertama di Asia Tenggara yang mana akan jadi tarikan utama di Melaka !

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pusat membeli belah ini , sila layari www.theshoreshoppinggallery.com atau THE SHORE SHOPPING GALLERY di Facebook.

You May Also Like

2 comments

  1. rasanya baru 2-3 bulan lalu monoreal tu. cepatnye berubah ( mungkin masa malam-malam tak perasan)

    BalasPadam
  2. raya memang berkumpul di Melaka..makanya nak ajak adik bradik jenguk tempat ni lah...sambil raya..sambil berjalan gituuu..the shore tungguuuuuu

    BalasPadam