Wajarkah disebarkan sebegini rupa ?

by - Khamis, Mac 12, 2015

 

Gambar anggota polis bertugas tertidur dirakam dan disebar di media sosial lalu kedua anggota polis tersebut diambil tindakan tatatertib !

image

Persoalannya , wajarkah buat begitu ? Apakah niat orang yang merakam tu ? Hurmmm.. Bagi aku , sungguh tidak bertanggungjawab perangai begini !

Aku bukanlah nak backup sangat tapi aku pun manusia. Aku yang jaga dua orang anak aku di siang hari pon kerap juga tertidur ! Bukan nak sangat tidur tapi dah tak boleh lawan bijik mata ! Apakah orang yang amik gambar ni tak pernah tertidur ?

Oh.. kalau dia polis maka dia tak leh tertidur ? Hurmmm.. Agak agak la.. Diorang ni pon manusia ! Kalau letak robot kat situ , baru padan muka ! Cakap la ngan robot.. Haa.. Kalau kena saman , takde budi bicara dah ! Sila bayar tanpa ada rayuan.. Haih..

Kita ni , part nak jatuhkan orang lain .. laju je kan ? Kena kat batang hidung sendiri.. baru ada akai !

You May Also Like

14 comments

  1. apa motif orang yang ambil gambar tu. kemudian sebarkan pulak. ni lah jenis gurauan tak bertempat sampai menganiaya orang.

    BalasPadam
  2. tak wajar sangat! suami saya pun kerja badan beruniform, bomba.. kalau dpt curi masa lelap sekejap masa kerja tu memang seribu rahmat.. sebab bila byk kes mmg takde masa langsung nak rehat, kadang makan pun tak sempat.. blk rumah baru kebulur cari nasi.. so yg sebarkan gambar ni janganlah anggap dia sengaja lakukan sebegitu.. mungkin dia nak lelap seminit je utk hilangkan penat..

    BalasPadam
  3. Ada segelitir orang yang suka cari kesalahan orang..marah betul mereka dengan Polis..mereka tak tahu masaalah yang anggota keselamatan hadapi..kekadang kerja lebih 8 jam besok dah kena masuk balik ada stanby dan sebagainya..tanpa boleh membuat apa2 tuntutan OT dan sebagainya.

    BalasPadam
  4. isy! tak patut langsung, mana la tau, entah2 tidurnya itu waktu rehat...

    BalasPadam
  5. tak wajar buat macam tu..cuba letakkan diri kita di tempat tu..ada kala kita pun buat perkara yang sama..ihsan itu penting...

    BalasPadam
  6. ha'ah.setuju sangat.apa motif sebenar orang yang ambil gambar ni? hendak aniaya orang kah atau tidak puas hati?
    kalau gambar ini diambil pada pukul 3 atau 4 pagi memang logik la mereka boleh tertidur. mereka manusia.kalau tak nak tidur, letak robot sekor kat meja pertanyaan tu. 24 hour boleh bagi khidmat tanpa pejam mata.

    BalasPadam
  7. Polis ke..tentera ke..siapa pun dia lah..dia tetap manusia...manusia tak perfect pun...cian nyer..dah kena tatatertib...

    BalasPadam
  8. betul tuh.. kesian kat mereka..

    BalasPadam
  9. betul tu.sy pun setuju sangat sbb polis pun manusia juga perlukan rehat dan tidur sama mcm kita.mungkin yg mengambil gambar & menyebarkannya tu ada niat terselindung?sy setuju lepas ni kalau kena saman tak perlu buat rayuan lagi...bayar saja saman

    BalasPadam
  10. yang ambil dan viral gambar ni memang ada niat tak baik...

    BalasPadam
  11. manusiakan ada keluarga, ada masalah masing. Tapi yg polis ni tetap ada salahnya. yg p tidoq dua2 sekali buat apa. Salah sorang kena backup la. bergilir-gilir tidur. Nak melelap pun kena cover2 la..alahai shift malam gini la..sangat mencabar.

    BalasPadam
  12. Biasalah manusia tak boleh nampak salah sikit, nampak salah je terus snap pastu viralkan.. tak tahu kisah sebenar terus post.

    BalasPadam
  13. Kesian pada mereka berdua.. buruk rekod perkhidmatan mereka.
    Kalau mereka salah sekalipun.. takde salahnya kalau yang ambil gambar dan viralkan tu kejutkan mereka. Sekurang-kurangnya mampu menjaga nama jabatan dan balai polis berkenaan, dan bukannya dengan menyebarkan gambar tersebut.

    Ingatlah.. hidup kita ni ibarat roda..

    BalasPadam