“ Yeo’s Yeogurt “ dan Peraduan “ Drink & Win “

by - Jumaat, Mac 13, 2015


Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), syarikat minuman dan makanan tempatan terkemuka, telah melancarkan Yeo’s Yeogurt, minuman tanpa perlu didinginkan yang mengandungi susu dan asid laktik.

Yeo’s Yeogurt mempunyai enam pilihan yang lazat, antaranya ialah Asli, Anggur, Oren, Mangga, Epal Hijau, dan Laici. Selaras dengan pegangan slogan, “Yeo’s, Pilihan Semulajadi”, kesemua  Yeo’s Yeogurt ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.



image





Manakal peraduan “Yeo’s Yeogurt‘Drink & Win’ yang telah mula untuk selama 10 minggu, yang bertujuan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah yang lumayan.

Selama 10 minggu berturut-turut, peraduan yang akan bermula dari 12 Mac hingga 22 Mei 2015, bakal menyaksikan 3 pemenang mingguan memenangi satu unit iPad Air Wifi 16G keluaran terbaru setiap seorang. Pada penghujung peraduan, pemenang utama akan membawa pulang sebuah Macbook Pro 13” bersama wang tunai sebanyak RM10,000. Pemenang tempat kedua pula akan menerima sebuah Macbook Air 11” diikuti pemenang tempat ketiga akan menerima iPhone 6 64G.

Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan Yeo’s Yeogurt ‘Drink & Win’ ini, bolehlah mengikuti langkah-langkah seperti dibawah;

1. Beli mana-mana jenis Yeo’s Yeogurt dalam apa sahaja jenis saiz kotak.

2. Ikuti akaun wechat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada bahagian atas poster yang terdapat di cawangan-cawangan yang terpilih, atau ikuti akaun Yeo’s Wechat melalui Wechat ID: YeosMalaysia




image image



3. Peserta hendaklah mengambil gambar resit dan masukkan jumlah kotak yang telah dibeli. Gambar resit haruslah disimpan bagi tujuan pengesahan.



image



4. Setiap penyertaan yang berjaya, anda akan menerima pemberitahuan dari akaun rasmi Yeo’s Malaysia diikuti dengan lampiran imej.


5. Jawab soalan mudah yang berkaitan dengan imej berkenaan: “Yeo’s Yeogurt mengandungi khasiat? ” Pilih A : Susu atau B : Coklat


Bagi maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari www.yeos.com.my/drinknwin

You May Also Like

3 comments